Bee Gees

Thursday, 9 August 2012

Malam 9 Ramadhan/28072012

Sempena Sabtu Malam ke 9 Ramadhan ini, kami yang setaman ini, bertarawikh diluar kawasan Parlimen kami.



Kami berIsyak dan bertarawikh di Masjid Merbok.  Sekejap aje acaranya, macam biasalah, 8 rakaat aje, ish ish. Hanya hari minggu ni sahaja kami berkesempatan untuk lepak lepak bersama. Hari bekerja memang saya tidak berkesempatan.

Lihatlah makanan kami malam ini.

Seolah olahnya, 'teruk' benar berpuasa disiang hari tadi.

Bagi saya , biasalah, sejam dikebun membuat saya lesu seharian, begitupun, waktu berbuka tadi, saya hanya makan sepinggan kecil nasi sahaja.

Gerai ini beroperasi sebulan sahaja, dan untungnya disimpan setahun.

Tiadalah kelebihan apa apa masakannya, sekadar memeriahkan suasana malam malam Ramadhan.

Rojak buah.

Keistimewaannya adalah makanan bertemakan sup. Sup tulang , sup daging, mihun sup , kueteow sup dan mi sup, yang lain lain tiada. Hanya dibuka disebelah malam Ramadhan hingga ke pukul 2-3, tertakluk kepada cepat atau lewat habisnya makanan.

Tapi, dibulan bulan yang lain, tidak beroperasi, kerana untungnya berniaga sebulan ini, boleh dimakan sehingga ke Ramadhan tahun hadapan.

Latiff Hariri
1958 09082012
Sungai Petani

No comments: