Bee Gees

Sunday, 21 October 2012

Sarapan di Shah Alam 20102012

Selalunya , kalau nak berjalan jauh ni, malamnya sebelum bergerak memang dah susah nak lena.

Selesai Ishak awalpun, bergolek diatas tilam hingga pukul 10 pun masih belum terpejam mata. 
Dah di'set' alarm talipon bimbit ni pun, sekitar pukul 330 pagi, 'alarm' dalam diri sendiri yang menggerakkan diri untuk bangun sekitar pukul 2 pagi, akhirnya mengantuknya tetap seperti tidak tidur awal dan terbangun awal itu....ish ish.

Akhirnya kami bertiga bergerak meninggalkan rumah tepat pukul 408 pagi, sempatlah isi penuh tangki minyak sebelum memulakan perjalan yang akan melebihi 400km ini.

BerSubuh di Tol Jelapang Ipoh, sekitar 608 pagi, 2 jam perjalanan dari Sungai Petani.

Sebaik selesai Subuh, terus bersms dengan dua rakan OE1981 yang berhampiran dengan Shah Alam itu. Seperti biasa Din memberi jawapan segera, sementara yang saorang lagi ini, saya kira nasiblah, jika ada rezeki, pasti beliau membalas. Saya agak sahaja bahawa saya pasti sampai Shah Alam sekitar 815pagi.

Cuba menggoda Dhiyaa dengan fotonya yang terakam didalam Ipad uncle Latiff.

Januh memujuk, Dhiyaa tak layan.....

Rakan yang saorang ni saya terima jawapannya sekitar saya melepasi Rawang, dan beliau berjanji akan turun untuk bersarapan bersama.

Terima kasih Noor Hariri.

Pelukan selepas 31 tahun?

"Tak lah Latiff , kita pernah berjumpa di kaunter bank masa saya mula mula kerja sebaik tamat SPM dahulu."

Hmmm, saya cuba mengingati kenangan 30 tahun yang lalu, mungkin bukan saya , mungkin pernah betembung di Kuala Lumpur sekitar pusat perbankan, sebabnya, saya tidak bekerja di pusat bandar, waktu itu saya bekerja di kawasan Pudu. Mungkin bertemu di luar.


Noor Hariri masa remajanya, badannya berisi, sekarang sudah sederhana. Dan wajahnya pun saya anggap, agak berbeza  dari zaman persekolahan.

Kami bersarapan disini sekitar satu setengah jam.

"Kenapa tak datang dinner minggu lepas Tip?" soal Hariri, yang merupakan ahli seumur hidup OEKL.

Entahlah, saya rasa tak ada 'mood' . Mungkin lepas kehilangan emak, mungkin juga keadaan dan masa tidak mengizinkan. Tapi, yang pasti, saya boleh rasa , 'dinner 2012' kurang 'gigitan'nya. Mungkin sebab sering berubah tarikh dan berubah lokasinya. 

Mungkin yang ini pun ada juga, 'tidak mesra'nya team penganjur, kecuali saorang dua senior, saya lebih suka ber'dinner' bersama OEClass81 sahaja.

Kan ? Saya kata Noor Hariri bukan Mok yang dahulu.

Kami berpisah sekitar 940 pagi, Din pulang ke rumahnya, sedang Hariri mungkin menengok anak tunggalnya di UiTM, dan saya bergerak ke rumah adik di Shah Alam jugak.

Banyak acara yang harus saya selesaikan dengan segera untuk tempoh masa 12 jam siang ini, dan jika berlarutan kemalam, akan memenatkan minda dan badan saya.

Terima Kasih Harir & Din Selamat dan anak abah, Dhiyaa.

Latiff Hariri
1138 21102012
Sungai Petani

No comments: