Bee Gees

Tuesday, 30 October 2012

Talil dan Doa Selamat diEidAdha 1433

Saya memang tak kira dah , berapa hari pemergian emak, kecuali diingatkan oleh Rahman.

Beliau mahu diadakan tahlil sempena 40 hari pemergian emak, yang bertepatan dengan Hari Raya Kurban. Jadi saya turuti ajelah permintaan beliau yang mahukan adik adik berkumpul di rumahnya .

Tiba di Bandar Tun Hussein Onn pun sekitar 310 petang. Hanya MakCak yang bertandang.

Saya segerakan kerja kerja dapur ini supaya masanya terurus, walaupun rancangannya hanya bermula pada Hari Raya Haji.

Sebaik selesai solat maghrib, bertakbir , kami berempat memulakan tahlil untuk keseluruhan keluarga terdekat, yang kami boleh ingatkan.

Hanya kami empat beranak aje malam Raya ni.

Selesai tahlil, terus kami makan malam bersama. Ada yang secara rasminya berbuka puasa, jadi pasti enak makanannya, walaupun ala kadar. Anak borek goreng sambal, gulai jantung masak lemak, rebus pucuk ubi dan terong belanda yang bercicahkan sambal belacan.

Tak sedap ke?

Selesai solat Isyak, sebaik selesai Takbir, sekali lagi Izzuddin menerajui , kali ini Doa Selamat.

Faiqah melayan Makcak dengan makan malamnya

Saya tidak tunggu lama malam ini, sekitar pukul 1030 malam, saya sudah 'hilang'. Itupun sebaik hadirnya adik saya fadhil sekeluarga dari Pulau Pinang.

Seawal pukul 430 pagi saya sudah terjaga, termanggu manggu, bila sekitar pukul 5 pagi terdengar batu lesung bertumbukkan sesama mereka.

Hm, orang orang rumah dah bangun ni.

Ketupat disambung rebusan sejak dari malam tadi.

Selesai Subuh, kami bertiga ke pusara emak........, buat kali pertama Hari Raya menziarahi pusara emak.



Kami solat di Surau berhadapan Taman Suadamai ini, agak kecil kerana tetamu tetamunya melimpah hingga ke parkir.

Pulang sekitar 930 pagi, sudah tersedia juadah pagi.

Masakan bersama Sungai Layar dan Bandar Tun Hussein Onn.

Makan ala kadar aje, tapi kira kenyanglah jugak, kerana hidangan utama sudah tersedia - Nasi Beriani Kambing.
Amin dan Fatimah dalam pangkuan pakcik Boy mereka.

Fadhil, Zali, Latiff dan Rahman, hanya empat beradik.

Nasi Beriani yang ditanak berkali kali kerana periuknya comel.

Tahlil Utama khas untuk Emak kami mulakan sekitar 1115 pagi, kami adik beradik yang ada serta cucu cucu Emak. 

Tahlil diterajui oleh Haikal, sepupu Izzuddin juga.



Hanya kami adik beradik

Haikal menerajui

Jiran Rahman yang saorang hadir.

Sekitar 1140 acara selesai, dan yang mampu, pekena Nasi Beriani kali kedua. Saya tidak termasuk didalam kategori ini, saya jaga badan.

Acara bersembang disisi luar rumah

Zali melayan abang dan anak anak buahnya tentang "skill" komputer yang ada pada dirinya?

Akhirnya, yang lentok awal adalah si Amin, yang terlebih aktif.

Saya mengundurkan diri sekitar 1215 tengahari . Banyak rumah yang harus saya kunjungi, dalam masa  cuti yang singkat ini. 


Kepuasan, bila ada yang memuji keenakan Nasi Beriani kambing ini.



Terima kasih.



Latiff Hariri
1828 30102012
Sungai Petani

1 comment:

Rahman Hariri said...

Thank you for coming all the way from SP. Thanks for the delicious briyani kambing (tho nxt time I would double the kambing in the nasi).

And thanks everybody coming - Fadhil, Zali and Ani.

To me it is a meaningful Raya even tho now Mak is no longer around.