Bee Gees

Friday 2 November 2012

Ziarah EidAdha 1433/2012

Saya tahu hari ini Jumaat, pergerakan terbatas dan harus disegerakan.

Saya harus bertemu dengan abang baik saya ni, ada kiriman yang dipesan beliau, kiranya gagal bertemu, saya tak kuasa nak berpatah balik semula, memasuki Kuala Lumpur

David Koh OCBC - Orang Cina Bukan Cina

Pengatahuan David tentang Melayu, lebih Melayu dari orang Melayu.

...dari Pandan Jaya, ke taman bersebelahan - Taman Dagang. Dah banyak laluan yang disehalakan dan ditutup, jadi agak tergendala rancangan saya untuk bersegera ke destinasi utama.


Bersama Kak June di rumah Abang Kudus. Jarang kami nak berhari raya bersama, tahun ini berkesempatan.

Kak June

Segera juga saya gerakkan perjalanan ini memasuki Hulu Langat. Ini pun wajib diziarahi. Saya dah tak jumpa lebih dari 2-3 tahun ayah yang saorang ini, hanya sekadar menyakat melalui talipon bimbit aje.

Pak Cik Dain Ibrahim, di Kg Semerap, Batu 18, Langat. Dekat Air Terjun Gabai tu.

Izzuddin sudah memberitahu saya bahawa beliau mahu menyimpan sebahagian dari kantung perut beliau untuk menjamah nasi di rumah Pak Cik Dain.

Hanya mereka yang pernah merasai masakan asli air tangan orang Kerinchi ini sahaja yang akan menghargainya. Kira iras iras masakan minang - , cabeinya power!

Makan lagi!!!!

Sambal berlado dan jengkol tuo gulai lomak cili padi, waduh Pak!! Pecel Lelenya digoreng garing.

Kami sekeluarga memang dah tahu menu di rumah ini, tak kiralah rumah anak anak Pak Cik Dain pun, hidangan nasinya memang kami tunggu tunggu. Disini juga, PakCik Dain bekalkan 3 batang lemang yang dimasak sendiri oleh beliau. Kami datang berlenggang bawa perut sahaja!

Dan sebelum berpisah sekitar pukul 4 petang itu, saya titipkan 3 tunas tebu hitam dari kebun saya, yang saya kisahkan dibulan Ramadhan yang lalu, tentang hasilnya yang saya jual sempena Ramadhan bernilai RM40.00 . Pokok tebu itu adalah yang dibawa PakCik dain dari Langat, dan ditanam sendiri oleh beliau di kebun saya, sekirat tahun 2000 yang lalu.

Tapi, kini tebu tebu beliau sudah kepupusan, dek dikerjakan oleh babi bai hutan yang bersidai di kebun beliau bila terlepa dari pandangan. Kira saya bayar balik lah.....

Tapi , awalnya dahulu, PakCik Dain kata, tebu hitam ini sesuai untuk di'pagarkan' kawasan tanah/kebun kita, saya tak lah ambil peduli pun, sekadar ikut aje nasihat orang yang berpangkat Ayah ini.

Terima Kasih Pakcik Dain, tak dapat berjumpa makcik, sebab isterinya menziarahi kematian keluarga di Kelang.

Latiff Hariri
1938 02112012
Sungai Petani

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,pakcik dain,saudara saya juga..sy.mohd abu hassan sepupu dengan tarmizi kerinchi yg baru2 ini bercuti di sini..jauh perjalanannya sampai ke utara..telah pulang ke indonesia pd hari ini.Blog tuan menarik juga...Wasalam

Unknown said...

Terima Kasih sdr Mohd Abu Hassan, ya, kita bersaudara sesama Islam dan serumpun jua...