Bee Gees

Wednesday, 28 November 2012

Perkahwinan Nur Adilah Baharin

Ini sebab utama saya pulang ke Taiping hari ni, Sabtu 24112012

Majlis perkahwinan ke-7 saya sekeluarga hadir untuk musim cuti bulan Disember 2012 ni.

Memang wajib hadir, sebab ini anak anak angkatan anak anak saya juga. Saya , arwah Baharin dan arwah Baharom, bersaing dalam nedirikan rumah tangga sekitar 1986-1988 dahulu. Beza usia anak anak kami pun setahun dua sahaja.


1240 sudah menapak memasuki perkarangan rumah pengantin

Berpelukan dengan pangkat abang sepupu saya, abang Nai, dari Sitiawan/Sri Manjung.

Ini anaknya kepada pasangan Hasdian Baharom-Latiff Ibrahim. Kira cucu saudara sayalah ni.

Pasangan Hasdian Baharom dan Latiff Ibrahim. Kisah mereka ....klik aje kat nama mereka ni

Doa yang diberi oleh wakil pejabat Parlimen Bukit Gantang Ir Nizar Jamaluddin. Memang ada kelainan dari yang dibawa berkarat sejak dahulu oleh kepimpinan Umnu. Sepatutnya YB aktif meraikan pasangan dengan doa doa begini.

Foto ini saya curi dari salah saorang blogger dari Bukit Gantang yang turut hadir dimajlis perkahwinan ini. Terima kasih na, saya malas nak kedepan ambil foto dari jarak dekat

Anakanda Nur Adilah Baharin

Pasangannya dari Temerloh, Trong, Perak. Saya lupa nak tanya nama pengantin lelaki ni

Semoga tabah menghadapi gelora berumahtangga, kena sabar banyak banyak.

Santapan bersama sekitar 210 petang

Senduk nasi sendiri ek

Aqilah duapupu Adilah, Ende , emak pengantin perempun dan Roziah. Emaknya kawin dalu, Aqilah hadir sebagai baby!!

Kami berundur diri sekitar 220 petang

Kesempatan beginilah yang ada pada kita untuk bersua muka sesama sanak saudara ni. Di majlis perkahwinan, dan saat duka kematian. Selain itu di Eid Fiti atau Eid Adha.

Hm, bila dah tengok pangkat anak anak mula mendirikan rumahtangga ni, terasa semakin diri menghampiri disaat perpisahan sebenar ......

Selamat Pengantin Baru anakanda Nur Adilah Baharin.

Latiff Hariri
1938 27112012
Sungai Petani

No comments: