Saya buat selamba aje, nantilah saya pastikan dengan Rahman.
Khamis 15/11/2012, saya sempat bertandang ke BTHO , dan disahkan Rahman bahawa acara sudah ditukar ke 16/11/2012 , dan bukannya pada 23/11/2012.
Jadi , sempatlah saya warwarkan kepada Izzuddin akan penukaran jadual ini, serta lagu lagu yang bakal dimainkan oleh Akmal nanti. Saya dapatlah mendengar terlebih dahulu setiap lagu yang bakal didendangkan di rumah Rahman tengahari ini.
Dan yang sukanya, kawan kawan Izzuddin siap tanya, macamana hang tahu lagu lagu yang bakal didendangkan itu?
Sebahagian foto foto ini saya ambil dari pagefan Akmal Hariri
Arif Kashani, abang kepada Akmal, merupakan The Flying Musician , juga pemain piano dan biola.
Akmal dan Arif didalam studio menunggu giliran
Dah hensem dah.....
Ini rakaman yang diambil oleh Izzuddin, ditemubual Bienda
Lagu Skyfall lagu pembuka
Mimpi Sufi - ciptaan Akmal Hariri
Seperti yang dikatakan Rahman, yang bertanya kabar berminat untuk kerjasama , selain Rabbani, UNIC pun sudah menunjukkan minat.
Izzuddin, sekadar penonton dan tukang rakam, pun terasa gembira dengan kejayaan kecil Akmal ini, inikan pulak tuan punya badan.
Tahniah dari kami sekeluarga untuk Rahman-Sarah, Akmal Hariri dan Arif Kashani.
1428 18112012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment