Bee Gees

Sunday, 11 November 2012

1111-2012 Nadia-Meor/ Helmi-Ella


Secara rasminya, untuk minggu pertama cuti sekolah ini , kami sudah terima 3 jemputan perkahwinan. Yang pertama datangnya dari jiran terdekat kami di Taman Teratai-Inndah ini, iaitu abang Halim . Ini sambutan menantu kedua beliau, yang pertama dahulu menantu perempuan, kini menantu lelaki pulak, dari satu satunya anak dara abang Halim ini.

Saya mengatur langkah seawal pukul 1150 , menapak sahaja kerumah abang Halim ini yang terletak kira kira 200m sahaja dari rumah.

Kain Adang yang digantung dihadapan Taman.

Kerana kami sampai awal, maka tiadalah dapat melihat pengantinnya. Sekadar melihat emak dan bapak pengantin sahajalah.

Abang Halim Samoja, orang kuat Sungai Petani.

Menapak pulang sekitar 1230 tengahari.

Terus memecut kearah Pekan Balin. Orang kedah sebut Baling tanpa 'g'nya, kerana dicuri oleh orang TenuKite.

Sampai sekitar Zuhur, cuaca panas elok, tapi awan hitam sudah mulah berarak.


Helmi dan Ella

Minum beradab muka, hahaha

Zaki dan saya. Zaki abang pengantin lelaki. Seronoknya berkenduri dirumah emak Zaki ini - makanan dan tetamunya.

Makanan terlalu mewah, nasi kenduri, laksa, bubur, kuih muih , semua ada, siapa boleh bungkus bawa balik lagi.



Emak kepada pengantin lelaki, Mak Su Ramlah 

Tetamunya sejauh dari Thailand, kerana boleh dikatakan kesemua warga Islam pekan Betong itu adalah sepupu sepapat mereka sekeluarga. Penuh plate kereta Siam kat rumah depa hari ni, hahaha.

Korang yang tahu jaraknya Betong dan Baling ni, pasti boleh terima, yang tak tahu, sila datang SP, kita pi Betong ramai ramai.

Selamat Kedua Dua Pasangan Pengantin 1111-2012 ini

Latiff Hariri
1808 11112012
Sungai Petani

No comments: