Bee Gees

Monday 12 November 2012

Sillaturrahim Emak diLangsungkan.......Makcik Limah Majidee

Kampung Majidee ini saya dengar sejak dari usia kanak kanak, sebab emak selalu menyebutnya, dan sejak meningkat dewasa ini, setiap kali, sekiranya diminta Arwah Emak, saya yang boleh dikirakan berapakali sahaja ke Johor Bharu ini, pasti akan ke rumah kawan baik Arwah emak ini.


Ya, saya bercerita panjang dengan makcik Limah tentang pemergian Emak."Ya, Aman ada call dan Ani pun beritahu Makcik Limah hari tu, tapi.....macamana ....jauhpun nak turun ke KL tu"

Makcik Limah saya kira merupakan tempat rujukan emak semasa remajanya. Makcik Limah kini berusia 82 tahun, sedangkan Arwah emak 73. Bermakna, anggapan saya, Makcik Limah adalah kakak angkat Arwah Emak. Mereka sama masa menetap di dalam kuaters KDRM sekitar tahun 40an-50an dahulu. Dahulu Tok Adam merupakan Pegawai Kastam, sama jawatannya dengan Ayah Makcik Limah ini.

Bila Tok Adam berpindah ke Pontian, keluarga Ayah Makcik Limah pun turut berpindah. Kata Makcik Limah, Tok Adam dahulu bahagian Impot/Ekspot kayu bakau, sedangkan Ayah Makcik Limah bahagian pintu keluar masuk perkapalan. Walaupun berbeza cawangan, tapi mereka rapat kerana duduk dikuarters yang sama.

SC_0803.JPG" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">

Bila Tok Adam berpindah ke Taiping, Ayah Makcik Limah pun turut berpindah ke Pulau Pinang.

"Emak dahulu , kalau dia rasa 'boring' dia akan ke Pulau Pinang rumah Ayah Makcik Limah, adakalnya sebulan, emak duduk dengan kami, tak nak dia balik, kadang kadang tu Makcik Limah hantar dia balik, lepas hantar....., lepas tu, dia ikut lagi kami balik ke Pulau Pinang"

Saya boleh bayangkan suasana yang dilalui emak ketika itu........, andaian sayalah.


Makcik Limah kini 82 tahun

Emak pun selalu terkenang akan  Makcik Limah dan suaminya, kalau tak salah saya Pak Lah namanya. Keluarga Makcik Limah ini, saya kira, pernah bertandang kerumah kami ketika kami menetap di Lenggong dan Taping. Bapak pun cukup hormat dan berbesar hati dengan kehadiran mereka. Saya rasa, masih tersimpan foto foto lama pasangan ini bersama Emak dan Bapak suatu ketika dahulu.



Saya cuba mencungkil dari makcik Limah, yang mana satu Makcik Limah....., ternyata bukan. Ini rakan rakan seangkatan emak, saya rasa di Taiping sekitar 1960.

Sekitar pukul 2 petang kami bergerak.

Saya sudah laksanakan tugas saya menyambung sillaturrahim Emak.

Terima Kasih makcik Limah kerana menjadi 'kakak' dan tempat rujukan emak diawal remaja emak.

Latiff Hariri
1938 12112012
Sungai Petani

No comments: