Bee Gees

Monday 5 November 2012

Solat Hajat dan Yassin SPM 2012 SMKSL

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM untuk keseluruh anak anak warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar. Moga tenang menghadapinya, dan semoga berjaya. Ini acara terakhir, saya kira, untuk sesi 2012 ini.

Sebelum ini, pada bulan yang lalu telah berlangsung acara yang sama, khas untuk anak anak PMR.

Acara Solat Hajat dan bacaan Yassin ini berlangsung di Pusat Islam SMKSL. Diterajui Ustaz jemputan dari SK Simpor, Batu Lintang, Sungai Petani, yang dihormati Ustaz Zulkifly, pada Khamis 01012012.

Bermula sekitar 1030 dengan acara Solat, diteruskan dengan bacaan Yassin dan tazkirah, dan acara selesai sekitar 1140 pagi. Saya kalau acara begini, memang saaya wajibkan diri untuk hadir.

Ustaz Zul memberi arahan supaya surah dibaca serentak dan dijaga bacaannya

Ibu ibu dan anak anak heroin mereka

Hero Hero SPM 2012

Tazkirah diberi Ustaz Zul amat sesuai sebagai peringatan kepada warga warga SPM 2012, yang bakal mengakhiri zaman persekolahan mereka hujung tahun ini.

GKM Cikgu Tuan Hj Subri dan Ustaz Zul

Seperti biasa, acara yang tak boleh ditinggalkan, makan makan dan pemberian cenderahati penghargaan.

Semoga berjaya .

Latiff Hariri
1958 03112012
Sungai Petani


No comments: