Cantik macam lampu kat ICT Shah Alam tu.
Berangan kedua dan ketiga
Emas yang pertama sudah berisi gemuk
Ini antara durian yang kulit dan isinya tebal , tapi, masih kedekut untuk luruh, purata sebiji sehari
Pagi Ahad, 18112012 ni, saya sendirian ke kebun. Sekadar mencantas anak anak pisang yang tidak diperlukan. Kerja mudah, tapi menghayun parang ni pun membuat badan lenjun.
Pulang ke rumah, ada kad jemputan kahwin didalam kotak pos rumah ni. Hm, jarang nak terima kad jemputan melalui Pos Malaysia ni. Selalunya yang jauh, hanya guna talipon atau SMS, atau FB sahaja.
Yang ini pengirimnya dari Kuala Kangsar, Perak.
Setakat cuti sekolah ini, saya sudah bertandang ke 4 buah rumah. Yang Pertama , Osman di Cheras, kedua Shukor jugak di Vheras, ketiga Nassir Hanapi di JB tu, keempat Taman Teratai Indah, abang Halim Samoja, kelima MakSu Ramlah di Baling, keenam Haji Marwan di Alor Setar.
Dan bakal ketujuh, anak sepupu saya, Arwah Baharin Mahmud di Taiping pada 22112012 mendatang. Ini wajib hadir ni.
Kedelapan, Noor Azmi Bahari di Kuala Kangsar, PADA 8 Disember 2012, ini pun wajib hadir ni.
Kesembilan , abang Azmee Abdullah, jiran sebelah kebun kami tu, ini memang 'liat', sebab paling dekat.
Kalau saya boleh penuhi kesemua jemputan ini, kira rekod terbaru lah ini , 9 rumah yang saya hadir tanpa ada 'skip'nya. Itu belum kira bakal bakal kadjemputan kawin yang saya belum terima lagi ni.
Dan petang ini jugak saya mengajak Tart dan Zul untuk petik sendiri durian di kebun. Dan dah menjadi rezeki si Fitri dan isteri, mengekori kami dari belakang.
Nikmat kutip sendiri ni lain dari durian yang kita hantar kat rumah orang.
Tart dapat 4 biji kutipan hari ini, dari 3 pokok berbeza.
Aik, cerita hindustan ke?! Fitri dan isterinya.
Latiff Hariri
1948 18112012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment