Bee Gees

Friday, 23 November 2012

Bedak Bedak Durian

Nak ucap tahniah kat adik bujang saya ni, yang bejaya meraih Hadiah Saguhati didalam pertandingan fotofrafi Lonely Planet tempohari. Dapatlah di'frame'kan untuk tatapan sejarah nanti.



Ghazali Hariri mewarisi minat  dari arwah Bapak Hariri Bab


Petang Selasa ni, saya berkesempatan melihat projek landasan berkembar KTM ni, berhampiran dengan kebun saya ni. 

Seronok jugak tengok kemajuan yang bakal dinikmati, tapi bila tengok logo Syarikat kroni yang mengaut kekayaan dari keperitan rakyat, serta rasuah yang dimentekedarah oleh pemimpin mereka itu, hati rasa hiba pulak.

Jambatan melintasi landasan Kepala Batas-Pinang Tunggal

Saya teruskan ke kebun, mencantas dan mengemas apa yang patut. Saya suka bila ada rakan sepejabat saya ni, yang sering memberi saranan dan nasihat. Dia dah masuk kedalam kebun saya sendirian tempohari, untuk diambil anak anak emas , sambil itu sempat pulak dia menanam sekitar 10 anak anak berangan ketapak yang kosong. 

Nasihat beliau, biar ada 2 pokok sahaja pada serumpun pisang, anak anak yang tumbuh harus dicantas. Kalau tidak, setandan pisang yang sepatutnya sekitar 8-10kg itu, akan menghasilkan sekitar 4-5 kg sahaja. Ianya merugikan......

Terima kasih Bad.

Pagi Jumaat ini jugak, mahu saya rekodkan 11 biji(terbanyak) durian yang luruh disebelah malamnya. Syukur.

Boleh saya titipkan kepada anak anak emak yang akan pulang ke Taping esok.

Sebenarnya, saya sudah mula kumpulkan bermula Isnin 19 haribulan, sekitar 5 biji purata sehari. Tapi, faham ajelah, saya harus membedak bedak jugak kepada jiran jiran terdekat sekeliling rumah saya ini. Jadi, secara rasminya, pagi ini juga, terlangsai segala hutang kpada kejiranan. Cuma rumah adik saya Imam Ibrahim, Pak Tam Det, Budin , ipar duai serta kejiranan di kebun yang belum sempat.

Pagi Jumaat 23112012, dapat sekitar 11 biji, rekod baru. Boleh saya bawa balik ke Taiping esok.


Ada jugak rakan kenalan yang saya minta mereka hadir kekebun untuk mengutip sendiri buah buah kayu ini, tapi masih belum bersambut. Setakat setandan dua pisang awak, terung belanda dan pucuk ubi tu adalah.

Moga pemberian kecil ini dapat merapatkan silaturrahim sesama kejiranan saya serta sanak saudara.


Latiff Hariri
0958 23112012
Sungai Petani

No comments: