Bee Gees

Sunday 28 October 2012

Abdul Shukor Osman - Rakan Darjah 1-2 SRJK(I) Lenggong

Si ZulRahim yang menjemput saya bagi pehak Abdul Shukor.

Saya tertanya tanya siapa dia Shukor ni, nak tanya dari yang menjemput, segan pulak, jadi ditengah malam buta itu, sekitar jakm 12 saya menalipon sesaorang, kerana saya tahu rakan saya ni jenis 'kelawar', tak tidur malam, hahaha.

"Eh, Tip, biar betul, dah pukul berapa ni? Engkau selalu time ni dah lena dah.", beliau mempersoalkan perubahan jadual tidur malam saya.

"Ha ah, kena ambil anak dengan aktiviti persekolahannya , jadi tidur lewatlah"

Akhirnya beliau menerangkan saya siapa dia Shukor, katanya 'bapak budak' Changkat Berangan, yang juga merupakan rakan SRJK darjah 1-6 beliau.

Saya masih bingong. Kena pergi terjah ni, kalau tak, tak akan kenal siapa budak Shukor ni, hahaha.

Sebaik selesai menzairahi adik saya di Shah Alam, saya terus bergerak laju ke Kuala Lumpur, menuju ke rumah abang saya Rahman untuk mengirimkan barangan dapur yang dipesan. Sempat bertandang kerumah Osman yang agak bersebelahan dengan rumah Rahman itu, bagi menjengok pengantin.

Sekitar pukul 12 saya sudah tercangak cangak di persekitaran Flat Sri Pulau Pinang, Cheras. Nombor talipon yang diberi ZulRahim itu, terus saya dailkan.

"Salam Shukor, Latiff ni kawan sekolah rendah u. Nak pergi ke rumah u ni masuk kut simpang mana ek?" 

Jawapan tegas dari Shukor," Hang jangan duk cakap KL dengan aku, toksah duk u i u i, dengan aku, budak Lenggong jangan duk cakap KL pulak."

Aik !!! Apa ke hei nya Shukor, hahahaa.

Alah , mudah aje mencarinya, tapi ternyata saya di'tipu'. Sebenarnya Shukor masih dalam perjalanan dari Temerloh 'menangkap' lembu untuk direbahkan sempena kenduri esok!!

Sakan sungguh ni, KL tak ada lembu ke?


Bersama isteri Shukor yang begitu gembira menalipon Shukor memberitahu kehadiran dua rakan sekolah rendah beliau.

Kami bertandang sekadar 40 minit, walaupun ditahan isterinya Shukor supaya menanti kepulangan abangnya, kami tetap menolak. Saya dah teruja nak melihat pengantin di Dewan FRU Cheras itu.

Janji tetap kami kotakan, yang kami akan bertandang kali kedua untuk bertemu Shukor.

Saya terus ke rumah Shukor sebaik keluar dari Dewan FRU, dan menyapa antara orang ramai yang bertandang itu, ternyata pertanyaan saya kena kepada Tuan Rumah, dan sudah tentu salaman serta pelukan pertama selepas tahun 1972!!




Ini daging daging lembu yang diimpot dari Temerloh, 3 ekor tu!!

Memang saya masih 'bingong' dengan Shukor ni, saya tak boleh nak ingat.

Tapi, terima kasih Shukor, hang ingat kat aku, hahaha, tak ada u i u i ya.

Minum petang semangkuk bubur kacang dan air oren dingin sebagai pembuka cerita cerita lama.

Ke'besaran' hati Tuan Rumah menyambut kehadiran kami amat menyentuh hati kami berdua


14 khemah dan 3 ekor lembu tumbang untuk anak kedua pengantin pertama Shukor dan isteri.

Tahniah Shukor!!! Terima Kasih atas layanan.

Latiff Hariri
0758 23102012
Sungai Petani

No comments: