Bee Gees

Tuesday 29 January 2013

Cuti Cuti Awal Tahun 2013

Sempena cuti panjang bulan Januari ni, saya hanya mohon sehari sahaja dari majikan saya, dan saya akan dapat 5 hari cuti yang panjang.

Bermula Khamis dengan Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallawllah Ailaihi Wassalam, di ambil cuti tahunan, bersambung dengan Sabtu dan Ahadnya, terus ke percutian thaipussamnya pada Isnin , 28 haribulan.

Berbagan rancangan yang bermain diminda seawal bulan lagi, ditambah dengan berita dari seberang yang menyatakan akan kehadiran beliau untuk bertandang ke rumah , serta rancangan bersama abang dan adik adik lelaki untuk pulang ke Taiping sempena cuti ini.

Tetapi , akhirnya semua menjadi rancangan sahaja, tidak terlaksana. Yang mahu bertandang ke utara ini pun, tertunda rancangannya. Jadi, saya yang tiada rancangan kemana selain hanya mahu pulang ke Taiping ini, terpaksa menukar rancangan pada saat akhir.

Saya tunggu kehadiran adik saya dari Shah Alam pada petang Rabu, 24 haribulan.

Mereka tiba setengah jam sebelum azan maghrib.

Selesai beratur panjang di Imigresen Danok, Thailand

Sekitar pukul 11 pagi Khamis, kami memasuki lebuhraya Plus mengarah ke Bukit Kayu Hitam. Saya memang kebelakangan ini , sudah jarang memasuki sempadan. Jadi , tidak terfikir bahawa cuti panjang begini, akan menyusahkan perjalanan warga Malaysia untuk memasuki Thailand.

Berjaya melepasi halangan pertama Imigresen Malaysia sekitar 110 petang, dan mimpi ngeri beratur panjang untuk Imigresen dan Kastam Thailand , hanya berakhir sekitar pukul 3 petang!

Sebiji buah kelapa pandan harganya RM1.50 . Gerai makan tidak beroperasi sempena cuti Mauliddurrasul.

Kami tahan ajelah perut yang kelaparan ini , dengan membungkus 3-4 bungkusan pulut ayam goreng, untuk dimakan didalam kereta.

Destinasinya Songkhla.

Mahu makan tengahari di tepian pantai. Bukan makan tengahari lagi, kira makan malam. Kami hanya berjaya makan sekitar pukul 530 petang.



Pantai Songkhla berhadapan Teluk Siam, sebaris pantai timur Kota Bharu.

Perjalanan dari Danok ke Songkhla mengambil masa 2 jam pemanduan. Ini kali kedua saya memandu 'sendirian' dengan bantuan google. Yang pertama dahulu bersama rakan rakan pejabat, yang berpandukan tunjuk arah 'Wan' yang sudah sering ke Hat Yai itu.

Kira ini yang secara rasminya saya memandu tanpa bantuan sesiapa.

Semua kelaparan.

Saya memesan makanan mengikut 'nafsu' kelaparan saya.

Memang sedap masakannya, ditambah dengan angin Teluk Siam yang bertiup.

Tomyam, siakap 3rasa, Sotong goreng, telur dadar.

Tapi bila sampai sahaja bilnya, baru saya sedar, peniaga disini memang 'sembelih' pelanggan.

Jadi nasihat saya kepada rakan rakan yang mahu mencuba makanan disini, hati hatilah. Saya katakan harganya 2 kali ganda dari makan di Malaysia!!


Kat Pantai PCB, Kelantan, aktiviti ini memang ada

Sekitar 6 petang bergerak keluar meninggalkan Songkhla.

Saya hanya berpandukan Google untuk menuju ke Hat Yai selain dari papan tanda yang terpacak dipinggir jalan. Memang menarik bila kita mengepalai keluarga ke suatu destinasi yang kita tidak pasti dimana titik akhir pencarian kita.

Saya sudah berkali kali ke Hat Yai, tetapi dengan menggunakan pengankutan bas pelancung atau, kereta yang dipandu rakan rakan, tapi yang ini memberikan kelainan kerana saya yang menerajui perjalanan ini. Terima kasih kepada teknologi, kerana saya berjaya mencari pusatnya Bandar Hay Yai dan terus berlabuh sebelum Maghrib.

Lega!!!

Latiff Hariri
2028 26012013
Sungai Petani

No comments: