Bee Gees

Thursday 31 January 2013

Satu Malam di Hat Yai

Kami memasuki kompleks membeli belah ini sekitar pukul 7 malam. Untung bangunan ini terlalu tinggi, mudah untuk saya Googlekan.


Kaunter pendaftaran Lee Garden. Sebenarnya saya tidak berapa minat dengan Hotel ini, tapi tiada pilihan

Sekitar Maghrib dilantai 26

Selepas Maghrib

Saya sudah keletihan. Tidak berminat lagi untuk merayau malam bersama anak anak. Sebaik selesai kesemuanya, sekitar jam 9 malam, saya sudah 'hilang'. Sedangkan anak anak kesemuanya turun kebawah untuk berbelanja di persekitaran Hotel yang penuh dengan aktiviti malamnya. 

Makanan untuk orang orang Islam

Mempelam puluk.

Hakim pertama kali keluar dari Malaysia....

Kuih manis manis

Semua gembira dapat perabih Ringgit dan Baht

Akhirnya keletihan. 

Saya tersedar mereka pulang sekitar 1030 malam waktu Malaysia, dan saya dihulur semangkuk Maggi untuk alas perut, payah nak tolak kalau Maggi ni, hehehe.

Bangun, makan, dan sambung lena.

Paginya sekitar pukul 630 baru tersedar.

Kelihatan Heli Polis berlegar legar disekeliling Hotel

Saya tak peduli lagi dengan adik saya sekeluarga itu, pandai pandai lah engkau cari sarapan pagi sendiri. Lagi pun di sekeliling Hotel ini terdapat banyak restoran Muslim.

Sekitar pukul 1130 waktu kita, kami pun 'cek-out' dari Hotel. Dengan memakir kereta disisi jalan, saya benarkan mereka sekali lagi berhabis RM dan Baht untuk jam jam terakhir sebelum bergerak pulang.


Kasut, beg dan baju menjadi pilihan

Sekitar 130 petang kami bergerak pulang, dan memasuki pekan Danok bersebelahan BKH itu sekitar pukul 3 petang. Sudah melepasi waktu makan tengahari.

Puyu masak asam pedas, loban goreng bawang menjadi menu tengahari ini.

Kalau ke Danok, Restoran Norlaila menjadi pilihan saya.

Ternyata jalan sesak untuk masuk ke Malaysia, tetapi, entah macam mana, saya sekeluarga begitu cepat mepelasi pemeriksaan Kastam dan Imigresen Thai.

Melepasi Imigresen dan kastam Malaysia pun begitu, tiada soal jawabnya lagi.

Kami memasuki Malaysia sekitar 515 petang dan hanya tiba di rumah sekitar 6 petang.

Letih dan mengantuk, tapi tak boleh nak rehat selagi semuanya belum selesai.

Latiff Hariri
2038 27012013
Sungai Petani

No comments: