Bee Gees

Saturday 19 January 2013

Sejenak 17 dan 18 Januari 2013

Khamis ni, disebelah malamnya, saya terpegun seketika menihat foto foto kota Jakarta yang tenggelam dek banjir. Kedua dua foto ini menjadi mercu tanda dan tempat yang biasa saya lenggangi bila berkesempatan merayau ke Jakarta.

Bela ikan dalam RollsRoyce....kat area Thamrin, dimana tempatnya saya pekena satay kambing.

Bulatan ini juga merupakan mercu tanda kota Jakarta

Sebenarnya saya tidak dapat kemaskini #HKR112 , kerana laptop sudah semput, dan dimasukkan ke pusat servis. Kesemua foto tersimpan didalam laptop tersebut, jadi terbantutlah kisahnya #HKR itu.

Sudah 3 hari tidak bersama laptop tersebut, dan terpaksa pinjam laptop anak anak ni. Jadi sekadar kemaskini dari foto foto Ipad dan Hardisk Luar yang tersimpan foto foto dari kamera rakan rakan MediaMaya Sg Layar.

Petang Jumaat ni, sebaik selesai Asar, saya terus ke kebun, ternyata padi sudah dituai dan talian anak sungai ini mula kering. 

Kelihatan jiran kampung ini sedang memasang perangkap untuk anak anak ikan ...

Air dah mula kering.....tak dalam mana. Sekatan dibuat bagi menghalang laluan anak anak ikan

Ralit buat kerja, tak perasan ada yang memerhati

Haaa, baru perasan yang foto dirakam. katanya abang ini, semalaman boleh menghasilkan sekitar 8-10 ikan dari setiap perangkap.

Hmmm, tapi kena tempah perangkap ni, tak reti nak buat bsendiri.

Saya terus menyambung kerja mencantas dedaun kering pohonan pisang ini.

Angin barat melanda - memang seakan tepian pantai pagi ini. Pagi 19012013

Ini Pisang Berangan pertama, yang bakal saya cantas sekejap aje lagi.

Untuk rekod , pokok pokok pisang berangan ini sudah mula mengeluarkan buahnya, dan dari pengiraan rambang saya, sudah menanti 50 tandan untuk saya cantas mengikut susunan setiap minggu, dan semakin banyak yang mula mengeluarkan jantung .

Memamg meriah

Setandan pisang Berangan - beratnya 6.8kg

Saya masih belum berminat untuk menjual hasil hasil kebun ini. Walaupun sudah menanya kepada peraih di Pasar tani itu, tetapi dek kerana belum kenal mesra, mereka agak 'jual mahal' bila saya membuat tawaran kepada mereka. 

Tak jadi hal pun, In Sya Allah, pasti ada yang mahukannya nanti.

Ini sebagai selingan menanti laptop diperbaiki.....

Latiff Hariri
1118 19012013
Sungai Petani

No comments: