Bee Gees

Wednesday, 16 January 2013

#HKR112 - KTM/Bulatan Bas Stand Kelang/Jalan Silang

Sebelum kita ke Stadium, kita lihat dahulu dua tiga empat foto foto ini , suasana sekitar pukul 11 pagi diperkarangan Masjid Negara.


Lihat, pasangan Tionghua ini selamba aje 'kecek' dengan pemuda Melayu , sama sama nak gi Masjid

Ini sekitar 1130. Saya memang malas nak berpusu pusu didalam perkarangan Masjid

Kami baru nak bergerak mengarah ke Bulatan Masjid Negara

Heli macam biasalah, kawal keadaan. Tapi, tak mengancam langsung tanpa kehadiran FRU!!

Ketika ini Pemimpin PAS/PKR sudah berada dibawah Flyover Masjid Negara

Baru saya perasan, bahawa, perarakan ini bukan hanya berkumpul di Masjid Negara, tetapi di sekitar balakang Masjid Negara, serta taman taman di prsekitaran.

Saya berani kata , kehadiran 100,000 orang di Masjid Negara!!

Pemimpin PAS/PKR sudah melepasi KTM, sedangkan rakyat masih berpusu pusu keluar dari Masjid.

Mereka tidak mengelilingi Bulatan Masjid Negeri, sebaliknya terus melawan arus

Memang terpegun, dari mana datang manusia seramai ini!!

Nak kata apa. Solat Subuh yang dihadiri rakan sepejabat saya di Masjid Negara ini, makmumnya melebihi solat Jumaat, ini 99% orang Melayu Islam. Sedangkan Solat Jumaat dipenuhi warga Islam Bangla, Arab, Indonesia dsbnya.

Disisi kanan foto, kelompok kedua Unit Amal mengawal keadaan supaya tidak bertembung dengan yang mengelilingi bulatan.

Pemimpin dah ke depan

Mengagumkan!!
Sekitar 15 minit, perarakan sudah melepasi Bangunan Public Bank mengarah ke bulatan 'Bus Stand kelang

Tengok!! Lautan manusia!!`

#HKR112 menguasai jalan raya seketika brhampiran bangunan 'UMBC'

Pemimpin PAS/PKR melepasi bulatan

Aman tanpa provokasi Pulis

Sementara ini rombongan Masjid Negara yang tak ikut rombongan, mereka guna 'Flyover' Jalan Kuching/Cheras. Mengelat ni.

Akhirnya perarakan ini bertembung bersama yang potong jalan pintas

Ini dihadapan Bangunan Dewan Perhimpunan Cina, mengarah ke jalan Silang/Petaling Street

Memasuki Jalan Silang, jurukamare kami naik kereta 4 wheeldrive

Saya sememangnya mahu menyegerakan Muatnaik  foto foto #HKR112 ini, tetapi selain dari masa yang agak terhad, minda saya terganggu kerana terlalu banyak foto yang menarik yang boleh saya kongsikan. Saya rambang mata!! 

Saya sendiri membawa Ipad dan kamera compact Canon, sementara Budin dengan Nikon D90nya, itu tidak termasuk camera HP Najib dan Tart serta Alang dan Nuar yang turut berkamera. Kira kami bertujuh ini punya foto yang menarik untuk dikongsikan.

Saya masih belum mendapat foto dari Hariri Brothers yang berada di dalam Stadium seawal pukul 12 tengahari, serta saorang rakan Bersih 3.0  yang tiba dari Kulim seawal subuh di Masjid Negara.

Cukup setakat ini untuk ketika ini, kita sambung lagi pada siri ketiga.

Nak tambah sikit, saya bangga pada tarikh 16 Januari 2013 ini, 'hit' blog ini sudah mencecah 26000. Saya catitkan pada malam hari Natal, hit mencecah 25,000. Ini bermakna sekitar 20 hari, meningkat 1000 hit , purata 50hit sehari. 

Terima kasih atas sokongan.

Latiff Hariri
2118 16012013
Sungai Petani

No comments: