Bee Gees

Saturday 2 February 2013

Makan Malam/Sarapan Bersama Warga Selangor

Sebenarnya, sebaik selesai makan tengahari yang lewat di Pekan Danok itu, sekitar pukul 4, saya menerima panggilan talipon dari rakan baik saya ini, bertanyakan sekiranya bertolak dari Kuala Lumpur sekarang, boleh tak sampai sekitar pukul 8 malam?

Jawapan saya, boleh!!! (itu pun bila terkenang cara pemanduan penanya ini).

***

Saya keletihan, dan saya tahu, adik dan anak anak buah saya ni pun keletihan. Tetapi, bila fikirkan yang mereka harus bergerak pulang diawal pagi Sabtu (esok), saya paksakan jugak kaki ini untuk bergerak.

Tak kemana pun, hanya ke kebun sekitar 630 petang.

Sekitar 650 petang. Suka bebudak ni dapat masuk kebun.

Saya segera tumbangkan serumpun pokok ubi kayu ini.

Sekitar maghrib baru kami masuk ke rumah .

Sekitar maghrib ini juga, rakan saya ini memberitahu yang beliau seudah melepasi Tol Juru. Saya agaklah, sekitar jam 830 malam beliau boleh berada di Hotel yang saya tempahkan tadi .

Ternyata saya meleset, sekitar 820 malam, terpacak kereta'baru' beliau dihadapan pintu pagar rumah saya.

Ish, dia ni, memandu macam pelesit apa?

Jadi, kena tunggulah , sebab nasi belum sempat ditanak.

Lauk yang kami bungkus dari Danok. Puyu asam pedas, telur dadar dan ulaman.

Laju rupanya Osman sekeluarga ni makan. Bertukar angin.

Saya hanya memerhati, tak makan sama, sebab masih kekenyangan.

Selsesai makan, berbual panjang sahingga pukul 10 malam, bila Osman bergerak pulang ke Hotel.
Osman rupanya harus hadir ke majlis pertunangan anak buahnya, yang datang berombongan dengan sebuah bas dari Muar!!

Ok, selesai satu bab, rumah saya penuh dengan tetamu malam ni.

Esok paginya, Sabtu 26haribulan, sekitar pukul 840 pagi, sekali lagi Osman bertandang. Kali ini untuk sarapan pagi nasi lemak masakan kami. Sedangkan adik saya pun sudah bersiap untuk bergerak pulang ke Shah Alam.

Nasi Lemak Kopi O aje pagi Sabtu ni. Ditambah cucur kodok dan cucur cempedak .Semuanya hasil dari kebun.


Osman bergerak sekitar 930 pagi, sebaik memasuki kereta, Wan dan Fazrin pun sampai, semata mata untuk bertemu Osman.

Dapatlah mereka bersalaman......

Dan saya terus menjemput mereka untuk bersarapan sekali lagi...

Memang dah  lama kami bertiga duduk makan bersama ni.....

Sekitar pukul 10 pagi, adik saya Rashi, bergerak pulang ke Shah Alam. Serentak dengan Wan dan Fazrin


Rashi akan singgah Taiping seketika.....

Hm, sebaik semua pulang, sekitar pukul 11 pagi, saya 'hilang' untuk kesekian kalinya. Memang saya susah nak lena disiang hari.

Petangnya merayau dengan bebudak bujang Taman ini, dan sempat berjanji dengan Osman untuk makan malam bersama. 

Dan pertemuan kami sekitar pukul 930 malam ini, berlabuh di Restoran TomYam dipinggir Bandar Sungai Petani.

Sempat menonton bolasepak liga Inggeris.

Pada awalnya mahu ke Tg Dwai, tetapi Osman beralih arah, jauh katanya

Pulang sekitar 1130 malam.

Pagi Ahadnya, sekitar 12 tengahari Osman pun sampai kerumah untuk kali ketiga. Kali ini atas ajakan saya untuk mencantas apa yang ada di kebun saya itu. Osman sempat membuat paspot untuk anaknya di Pejabat Imigesan Sungai Petani. 'Part' ini, Osman memang cekap mencuri masa.....

Dapatlah 3 tandan pisang Emas, Berangan dan Awak, buat ole ole  dari kebun saya ni.

Tiada yang lebih menyeronokkan bila ada tetamu, samaada adik beradik, atau rakan taulan yang datang bertandang ke rumah buruk kami ini. Semuanya bagi saya membawa rezeki bersama mereka memasuki rumah saya, dan mengeluarkan segala musibah didalamnya, In Syaa Allah.

Rumah kembali sunyi, tunggulah Tahun Baru Cina ini pulak, siapa yang sudi bertandang. Saya ada terima kemputan kahwin di Taiping dalam masa terdekat ni, tak pasti samaada dapat hadir atau tidak.

Petang 1 February ini pun, saya menanti akan kehadiran kenalan saya yang akan datang bersama isteri dan anak terunanya, untuk 2 hari 1 malam di Sungai Petani..

Terima Kasih Osman-Zila, Rashi-Hanim, Wan dan Fazrin kerana memeriahkan hujung minggu kami.

Latiff Hariri
2038 31012013
Sungai Petani

No comments: