Bee Gees

Friday, 31 May 2013

'Pengantin Baru Sebulan' Datang Bertandang

Sabtu 18 Mei 2013

Acara ini sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya, serta anak anak abang Omar ni. 

Dulu, masa abangnya yang sulong kahwin pun , acara ini pun berlangsung. Cuma saya tidak rakamkan melalui blog saya ini. Ya lah, masa tu kamera tiada, dan kalau ada pun yang jenis berfilem, tak reti macam mana nak upload kedalam blog saya ini.

Yang ini, dapatlah saya rakamkan serba sedikit kenangan hari pertama Zul  membawa isterinya Wawa berkenalan dengan kami sekeluarga.



  ''
Menunya Nasi Kabsah kambing.

Mula mula tu acah acah dengan si Zul tu, tanya, " Korang nak datang sarapan, makan tengahari atau makan malam?"

Zul merendah diri kata, 'belah malam la bang, jangan susah susah nak buat makanan, just minum minum aje."

Saya mula masuk jarum. " Kalau sarapan menunya Nasi lemak sambal sotong. Makan tengahari Nasi Arab Kambing. Malam menunya kueteow goreng je..."

" Hehehe, dah tentu Nasi Arab Bang Latiff."

Tau pun kau! Bukan saya main main nak sambut adik ipar baru ni. Kenalah makanan yang sempurna untuk mereka berdua.



Mereka malu malu berdepan dengan kamera. Bawa adik untuk temankan kak ipar.

Akhirnya , satu rumah Bang Omar saya jemput makan kecuali Bang Omar, Mubarak dan Fadzil sekeluarga. Semuanya beralasan tertentu kerana tidak hadir.

Tapi puas hati, kerana bukan kami dua keluarga sahaja yang dapat menikmati Nasi Arab ini. Turut hadir disebelah malamnya adik bujang yang lagi sorang tu, si Budin, dan dapat kami kirimkan sebaldi lagi ke rumah kakak ipar saya di Taman Keladi.

Semua menghargai keenakan Nasi Arab Kambing ini.



Tersandar kekenyangan!!

Kami dah pandai mencari dimana 'stock' kambing murah di bandar Sungai Petani ini.Sebelum ini agak susah mencari, saya harus membelinya di Tesco dan Giant sahaja. Sudah pasti harganya agak merimaskan.

Kalau ada yang nak menikmati Nasi Arab kami, beritahu awal supaya senang kami sediakan juadahnya.

Latiff Hariri
2028 30052013
Sungai Petani

No comments: