Bee Gees

Sunday 22 June 2014

Aziz Bokhari Bab

Nama ini terkenal sekitar tahun  70an hingga awal 80an.

Dia merupakan abang kepada Bapak , anak ketiga dari 9 beradik. Sedangkan Bapak adalah anak keempat. Beliau merupakan bekas Guru Besar SK Jalan Pasar era 60 dan 70an dahulu, serta pernah mengjadi GB di SK Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Saya cuba mengorek awal permulaan beliau sebagai guru, yang saya kenali dengan panggilan Pak Lang ini.

Katanya sebaik tamat Senior Cambridge beliai mula memohon kerja melalui Jabatan Pendidikan di Kuala Lumpur. Masa itu, saya bertanya, Pak Lang menetap dimana dan siapa yang saya kira biayai persekolahan Pak Lang ketika itu. Saya tahulah jugak serba sedikit perjalanan hidup anak anak Tok Bab ini, nak kata tepat sangat tu tidaklah.

Pak Lang menetap di rumah Pakciknya , di Jalan Sulatan Ismail itu, yang kini merupakan tapak Hotel Concorde Kuala Lumpur....

Ohhhh, ok. Saya faham .

Pak Lang terus menalipon Pegawai Pendidikan Kuala Lumpur, yang ketika itu disandang oleh warga Inggeris, dan jawapan dari Pegawai tersebut amat mudah.

"Sure, you can come to us personaly, and can start yout work straight away"

Laa, mudahnya.

Mungkin kelulusan SC Pak Lang masa tu hebat!? Saya rasa saya tahu, dan memang terbaik kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

Pertama kali makan bersama selepas lebih 10 tahun kami tak berjumpa.

Pak Lang terus ditugas sebagai Guru disalah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, dan setiap hujung minggu diwajibkan menghadiri kelas di Victoria Institution ..

"Orang lain selesai belajar dalam tempoh tiga tahun, tapi Pak Lang 5 tahun." Ketawa Pak Lang menceritakan kisah silam beliau. Maknanya Pak Lang bukan lulusan Maktab Perguruan.

" Ya, Pak Lang dilantik terus menjadi Guru dan sebaik tamat latihan Pak Lang terus menjadi Guru Besar".

Wah! Hebat!!

Zakaria Bab dan Izzuddin.

Zakaria Bab merupakan anak kelima dari 9 beradik, dibawah Bapak anak keempat.

Jadi, sebaik beliau dilantik menjadi GB, banyak guru guru Maktab yang mencemburui beliau, kata mereka, ini GB GB Penjajah, yang dilatih penjajah untuk merosakkan minda anak anak Melayu.

Tapi, kata Pak Lang, walau pun guru guru lulusan MPSI dan Durian Tunggal Melaka itu anti akan GB GB lulusan VI, ternyata anak anak guru guru tersebut tetap dihantar ke sekolah aliran Inggeris yang diterajui oleh GB GB dari VI ini.

Pertama kali Izzuddin bersua Pak Lang ...pada usia 18 beliau dan Pak Lang 82

Aziz Bokhari, Kamarul Zaman, Zakaria dan Salmiah.

Dulu, masa kami bersekolah rendah, pakcik pakcik ini dam makcik inilah yang memberi motivasi supaya kami cemerlang didalam pelajaran. Untuk rekod, Pakcik Kamarul Zaman, LCEnya 7A!!

Pertemuan terakhir?

Kenangan bersama anak cucu 

Pak Lang sudah nyatakan ini mungkin yang terakhir untuk beliau bertemu anak cucu. Beliau tidak menjangkakan akan ada lagi kepulangan beliau ke Malaysia selepas ini......(!)(?)

Saya faham akan kata kata beliau. Walaupun Pak lang pulang ke Malaysia setiap tahun, tetapi, sekejap sekejap tanpa memberitahu anak anak saudara beliau. Jadi dikesempatan ini, kami saling berpelukan dan memohon keampunan sekiranya ada, kepada Makcik Pakcik kami ini

Pak Lang merupakan Mantan Setiausaha Agong BAM yang berjaya melahirkan Punch Gunalan serta keluarga Sidek, yang saya kirakan, pengorbanan masa tenaga dan wang ringgi beliau tidak terbalas oleh Malaysia.

Dan sepertima Pakcik Pakcik beliau yang lain, beliau turut menolak apa jua gelaran darjah kebesaran yang layak beliau terima

Kini beliau pemastautin tetap Kota Sydney, bersama sama isteri Mak Lang Rohaya dan anak beliau Azri yang seusia saya, serta Azni yang kini menetap di Perth.

Terima kasih Pak Lang kerana memenuhi putaran hidup kami dengan perkisahan ini. Semoga Allah memberkati satu satunya abang arwah Bapak yang masih ada ini.


Keluarga Pak Lang di Sydney, Australia.

Keluarga Janaton ni, sesuai dengan semangat anak anak Minang, memang suka merantau dan berhijrah terus.

Selamat Panjang Usia Pak Lang dan Mak Lang sekeluarga

Latiff Hariri
1328 22062014
Sungai Petani

No comments: