Bee Gees

Tuesday, 24 June 2014

Pertamakali Jambatan Kedua

Sebaik selesai acara Hari Hadiah Cemerlang King Edward itu, kami bergerak pulang sekitar pukul 330 petang. Saya hanya gunakan laluan Negeri menuju ke Pulau Pinang. 

Sebabnya saya mahu memasuki Tanjung Piandang untuk titipan ikansepat masin yang saya beli diperkampungan di situ.

Syukur dapat sekilo lebh sedikit. Harganya RM60.00 sekilo!!

Dari Tanjung Piandang, saya teragak agak samaada mahu measuki Pulau Pinang untuk kiriman baki durian yang belum habis ini, kepada adik saya pulak.

Jambatan Sultan Abdul Halim

Saya rasa tak sampai sampi bila guna jambatan ini, memang teramat panjang dan terasa belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Jambatan lengang!!

Amin yang excited bila jamuan terhidang.

Ini titipannya.

Sepanjang akhir Mei 2014 ini, ada sesuatu yang menarik berlaku di Taman Teratai Indah ini, banjir!!

Tapi, Syukur, rumah saya ditapak yang tinggi, cuma jalan raya memasuki Taman saya menjadi anak Sungai yang mana, kereta kecil seperti Viva akan 'takut' untuk mengharunginya.

Sungai kecil malam tu, dek hujan lebat sepanjang petang.

Dan berlaku kemalangan sekitar lepas Maghrib di hadapan Taman, bila motosikal terjerlus didalam lopak, yang tidak kelihatan kerana banjir kilat. Anak dara pulak tu!!

JPAM kali ini memang slow.....mungkin terlalu banyak kemalangan.

Jadi tamatnya aktiviti bulan Mei 2014 ini , yang penuh dengan warna warni.

Latiff Hariri
1958 23062014
Sungai Petani

No comments: