Pada awalnya saya hanya jangkakan sekadar RM1,000.0o yang akan berjaya dikumpul. Saya tidak mahu mengganggu simpanan sedia ada, kerana tiada guna simpanan kiranya kita asyik menggunakannya tanpa ada gantian.
Senarai 17 pelajar yang menerima RM50.00 seoarang sempena Jubli Emas OE81
Senarai 15 pelajar yang menerima Biasiswa OE81
Saya bertiga dengan anak anak bergerak ke Taiping dari Sungai Petani sekitar 630 pagi. Memasuki kebun untuk memungut durian sebagai memenuhi hajat untuk rakan rakan Edwardian nanti.
Pamanduan pagi itu yang terlaju pernah saya lalukan. Melapasi tol Kepala Batas sekitar 710 pagi, dan berada di Tol Kamunting sekitar 8 pagi.
Saya betul betul berada di parkir Hoter Traders jam 815 pagi, disambut Cikgi Siva dan rakan rakan beliau.
Sebaik bersalaman, satu foto disejarahkan bersama guru guru King Edward
Mrs Long Heng Hua, isteri mantan mendiang Pak Long, Pengetua kami
Kami menaiki lift sekitar 840 pagi, terlewat dan disambut dengan paluan kompang yang sedia menanti di tingkat 3 Hotel Traders.
Dr Yeoh menandatangani buku Pelawat.
Saya tak menjangkankan bahawa kami dari OE81 ini diberi Meja VVIP bersama tetamu Kehormat. Saya terasa kerdilnya diri
Pegawai PPD Larut Matang Selama, Tiger71 Dr Yeoh dan Pengetua Tiger 71 Hj Aziz Shamsuddin.
Sebaik kata kata aluan dari Tuan Pengetua, kata kata aluan dari Pengerusi PIBG En Lim, yang juga merupakan OE, dan perasmian oleh Dr Yeoh yang saya kira tamat sekitar 1 jam kemudian, diumumkan kehadiran Prof Khairul Aidil Azlin dari UniMas.
Saya tahu Prof terkejut jugak dengan sambutan yang diberikan.
Dan tak sempat pun beliau berkenalan dengan tetamu semeja, pengumuman alu aluan di bacakan oleh pengacara majlis, sepasang guru yang 'memuji muja' angkatan OE81!!
Saya terkedu dengan kata kata yang 'besar' tentang betapa sudah dua tahun OE81 menyumbang tenaga dan wang ringgit semata mata mahu membantu pelajar pelajar lepasan SPM dan STPM!
Betapa bagi Guru Guru King Edward, OE81 lah satu satunya angkatan yang memulakan sesuatu yang lain dari angkatan yang lain dengan kembali memasuki bilik darjah berdialog dan memberi tunjuk ajar kepada anak anak bangsa yang lahir dri satu bumbung sekolah..
Saya tertunduk 'malu' campur terharu!!
Terus di jempuntnya Prof Azln untuk kepentas menyampaikan Sumbangan LCD kepada Sekolah, yang diwakilkan kepada Pengetua!
Fuh! Macam majlis kami pulak, padahal ianya adalah majlis untuk anak anak pelajar yang berjaya mengharumkan nana Sekolah!
Terus tanpa henti, Profesor Azlin diminta menyampaikan Sijil dan Biasiswa untuk pelajar pelajar yang berjaya.
Di Layar LCD tersenarai nama OE81 penyumbang biasiswa, Sempena Jubilee Emas....dan nama OE81 sebaris dengan nama nama besar penyumbang Biasiswa OldBoys!
Cenderahati dari Sekolah untuk Prof Azlin.
Tidak berhenti disitu, Tiger 81 Dr Rahizad pula dijemput ke pentas bagi acara seterusnya pemberian Sijil dan Biasiswa.
Dr Rahizad Shukor turut menerima Cenderahati.
Saya agaklah, kalaulah 20 wakil OE81 yang hadir, kesemua dua puloh akan terima Cenderahati!!
Izzuddin tergamam melihat betapa 'gah'nya Hari Hadiah Cemerlang KEVII, duk semeja lagi dengan Guru Guru KE.
Abang Latiff pun tak ketinggalan.
Saya jua pertamakali hadir untuk acara begini. Selama ini berPIBG dengan SunLay adalah sekali dijemput , tetapi acaranya biasa biasa sahaja diantara Pelajar dan Guru Guru serta Ibu Bapa jemputan.
Tapi yang ini lain dari yang lain. Untungnya kerana sekolah saya ini sudah melebihi 130 tahun usianya, jadi bantuan kewangan dari Oldboys memang banyak membantu.
Anda harus melihat senarai Biasiswa peribadi mahupun berkumpulan dari OldBoys bukan Melayu yang gigih membantu Sekolah. Tiada pilih bulu mahupun kaum.
Saya masih tertanya, dimanakah nama nama OldBoys Melayu yang boleh sebaris namanya dengan penyumbang OldBoys bukan Melayu didalam 'membayar' balik jasa yang Sekolah berikan kepada kita. Bukan tiada, ada. Tapi tidak seramai mana penyumbang anak Peribumi.
OE81 harus mulakan dan lakukan sesuatu. Kita boleh 'berdinner' sesama kita, tapi tak salah kalau dalam berdinner yang harga semejanya mencecah RM1,000.00 itu, kita sedekahkan 'Cash' kepada Sekolah.
Apa ada pada RM1,000.00 pada usia 50 tahun ini?
"Magni Nominis Umbra"
Once a Tiger, Always a Tiger!!
Tigers!! Roar!!
Latiff Hariri
2058 17062014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment