Bee Gees

Monday, 16 August 2010

Syabas!! Gaji Pertama Anda!















Bila kita menjangkau keusia ini, ada kah diantara kita sudah mula merasai gaji pertama anak anak kita? Saya pasti ada rakan rakan yang sudah mula menuai hasil
dari anak anak . Mungkin tidak sebanyak mana, tetapi penat lelah mendidik, menjaga dan berkorban akhirnya, terbayar dengan pemberian kecil dari anak anak ni.

Ingat bila gaji pertama anda? Tahun berapa dan berapa jumlah gajinya? Ada yang memulakan kerja seawal umur 17 tahun? Ya, sebaik tamatnya SPM ? Kerja main main?
Tak kisahlah, janji kerja.

Ini catatan kerja saya, yang saya mulakan seawal tahu 1978, percaya tak? Tak perlu
saya ceritakan kerja apa yang saya buat, tapi gaji hariannya RM20 sehari. Besar waktu tu, dan 50% saya serahkan kepada emak. Hm, masa tu, nak buat apa duit banyak banyak ni? Kerja hanya dilakukan pada cuti sekolah sahaja.

Seterusnya sesudah SPM, saya kerja main main di A&W Imbi Plaza selama hampir 4 bulan, sebelum saya mulakan karier 'betul betul' saya semasa umur saya mencecah 17 tahun 11 bulan dan 28 hari. Belum 18 tu!

Berapa gaji masa tu? Hm, bolehlah hidup membujang, bayar bil letrik, air dan kadang kadang bil talipon rumah MakCak, sebagai bayaran bulanan sewa bilik bujang masa tu. Ditolak kos pengangkutan bas mini berjumlah RM1.00 sehari. Masa tu, tak menjadi masaalah sangat. Saya boleh berjalan kaki dari Lebuh Ampang hingga ke Jalan Pasar, melepasi Pudu Jail, semata mata nak jimatkan perbelanjaan. Gaji teramat 'ciput',
tapi, boleh lah , yang penting tak menyusahkan emak bapak dan orang disekeliling.

Ada yang bertanya saya, terutamanya, angkatan muda sekarang ni, tentang berapakah sumbangan bulanan saya kepada Emak dan Bapak sepanjang saya bekerja hingga kini? Kebanyakan adik adik ini, ya lah, lelaki. Mereka tidak pasti sebanyak mana sumbangan yang patut mereka kirimkan kepada keluarga di kampung.

Jawapan saya mudah, 10% dari pendapatan bersih anda. Jadi, kalau gaji kasar RM1000.00 , dicampur purata OT RM200 , ditolak Perkeso dan KWSP, jumlah bersihnya RM1060.00, maka dikirimkan RM106.00 kepada Emak dan Bapak di kampung. Ya lah, mestilah bujang lagi, kalau dah kawin , gaji banyak tu mana nak cukup tanggung anak bini. Tapi, saya pasti , kalau dah kawin pun, zaman sekarang ni, ramai yang isterinya berkarier jugak. Emak Bapak pasti mengerti sekiranya anak bergaji kecil dan tidak mampu mengirim setiap bulan.

Tapi, bagaimana, kalau yang bujang, gajinya mencecah RM2000 keatas? Adakah memadai mereka mengirim RM200 sebulan ke kampung. Saya kira, memadai, tapi tertakluk kepada taraf ekonomi kerluarga mereka di kampung. Saya pasti , yang bergaji besar melebihi itu, sudah tentu keinginan untuk berkereta, untuk bergaya , melebihi rakan rakan yang
bergaji purata RM1000 sebulan.

Ada jugak rakan rakan bujang yang pendapatan mereka melebihi RM4000, tetapi kiriman hanya 5% sahaja kepada orang tuanya. Saya kira, tak patut!

Peratusannya, 10% ini saya kira dari pengalaman saya sepanjang 28 tahun bekerja makan gaji ni. Saya tak pasti dengan rakan rakan , atau adik beradik yang lain. Masing masing ada kos tersembunyi masing masing. Tapi, kalau nak di kira, semasa gaji pertama saya, saya mengirim hampir 14% dari gaji pokok saya kepada Emak/Bapak , berbanding dengan sekarang yang saya padankan 10% itu. Ikut situasilah.

Adik nakal ni pernah bertanya, " Bang , kalau gaji saya RM400,000.00 sebulan, berapa saya nak kirimkan?"

OOOO, nak menyakat saya ni. Macam ni..

"RM40,000.00 kirim kat Emak Bapak, RM40,000.00 derma kat ketua ketua bahagian cawangan parti, sebab hang bendahari Cawangan Sungai Dua. Baki tu, simpan aje untuk ditaburkan masa pilihanraya. Hang biasalah, Pengerusi Syarikat milik kroni tu! Patutlah tak pernah untung Syarikat hang, gaji hang sebagai CEO aje melebihi RM5.1 juta setahun!!"

Siap kena luku kepala lagi adik sorang ni. Orang serius, dia main main pulak!

Syabas kepada 'dia' yang kununnya membekalkan air kepada rakyat Selangor tu!


Latiff Hariri
0719 16082010
Sungai Petani

No comments: