Bee Gees

Saturday 7 August 2010

Jumaat 30 Julai 2010

Dalam perjalanan pulang dari masjid Kubang Buaya petang tu.

" Maz, rungkaikan khutbah khatib petang ni." Saya mulakan, nak uji minda adik nakal ni.

" Tak boleh bang, 3-4 kali saya terlelap." jawapan tulus Maz.

Satu kereta ketawa. Selalunya , kami berempat, atau berlima akan memberi ulasan disetiap khutbah Jumaat ni, tapi kali ni saya pasti ramai yang lena. Saya pun hampir hampir, tapi tahulah jugak inti patinya. Lebih kepada hiasan harta dunia - Isteri-isteri, anak anak, harta dunia, kuda(kenderaan) yang mana, semua ini malalaikan jika tidak faham pengurusan dari sudut Agama.

Kisah menarik Ling Liong Sik yang ditiduh menipu jemaah Menteri Dr M tu, ini komen Ah Seng, rakan pejabat saya.

" Mereka ni semuanya badut badut, yang akhirnya tiada penghujung, sepertimana kasus Eric Chia . Kenapa tak tangkap aje DR M , lepas tu baru tangkap Ling dan Samy. Samy dengan kes Mikkanya. Tapi, beranikah mereka menangkap Naga besar tu? Kes Teoh Beng Hock pun macam tiada penghujung, seakan akan ada 'orang kanan' yang terbabit didalam kes ini."

Haah, kasus Pelabuhan Kelang tu dilaporkan pada 2007 oleh The Sun, tetapi baru sekarang Ling Liong Sik didakwa, lebih 3 tahun SPRM dan PRDM bekerja. Najib pun lari bercuti tak mahu diungkit mengapa didakwa budak MCA dan jugak bekas pelajar King Edward ni. Ish ish ish, malunya.

" Hang tau Tip, PM pi bercuti ni, mesti ada agenda disebaliknya. Entah tanah/Pulau mana pulak yang nak kena gadai kat Brunei/Singapura tu. Aku rasalah, kes Ratu Monggolia tu , bukti video pun ada kat Singapura tu, hang baca ajelah pengakuan 'Bala' dalam akuan bersumpanya. Tak pun, dia duk 'tawar menawar' dengan Perancis, berapa juta RM untuk tutup siasatan Kapal Selam tu."

Hmm, jauh jugak pemikiran rakan saya ni.

Komen saya dan Maz tentang Guru-guru berpolitik ni. (Abang Nal baru saja komen kepada saya minggu minggu yang lalu sebelum cerita ini tersiar di akhbar arus perdana.

" Sebenarnya Guru guru yang berpolitik dalam DK&S aje yang dibenarkan aktif, yang masuk Bulan, Roket dan Mata, mesti kena tenyeh jugak. Mereka menindas rakan rakan satu sekolah yang anti mereka. Kena pindah kat sekolah hujung peta. Guru guru ini akan bermaharajalela sesuka hati kerana mereka kebal, hinggakan Pengetua/Guru Besar pun tak berani kata apa."

Contoh terdekat ada di Sekolah Sungai Petani ni.Sepanjang pengalaman saya beraktif didalam PIBG ni, budaya mendapatkan khidmat dari puak DK&S ni perlu, sebab mereka ada duit untuk ditaburkan kepada PIBG, walaupun mereka tidak perlu hadir mesyuarat bulanan PIBG, memadai 'duitnya' aje yang hadir.

" Tiada yang terlepas dari tindakan Undang undang, hatta Menteri sekali pun. Saya rela letak jawatan lah, saya rela segalanyalah........" Itu janji janji kosong setiap kali perlantikkan baru Ketua Pengarah SPRM. Kununyalah......Kasus Sime Darby baru dimulakan. Saorang 'Jeneral' Sime Darby dah didakwa. Bagaimana dengan Pengerusinya, Timbalannya? Berbilion tu!! Tak kan nak tunggu sampai dah jadi mantan menteri, baru nak didakwa? Kan kan kan.


Ya, selagi minda Melayu masih dijajah mereka, selagi itulah mereka bermaharajalela mengaut kekayaan Negara, dan menindas sesiapa saja yang menghalang laluan mereka. Hatta membunuh sekalipun akan mereka lakukan.

" Pada saya , Dr M punca segala galanya......., tak perlu dakwa beliau dengan kes kes rasuah , yang mana beliau pandai lakunkan dengan skrip SPRM, memadai dengan kes As-syahid Ibrahim Libya."

Walaupun saya menetap di Kedah ni sudah menghampiri 10 tahun, masih belum terlaksana niat saya, untuk menziarahi kubur As-syahid ni.


Latiff Hariri
0912 07082010
Sungai Petani

No comments: