I'LL DO WHAT IT TAKES TILL I TOUCH THE SKY TAKE RISKS, MAKE CHANGES,AND BREAKAWAY. (BIAR BUDI SETITIK, NAMUN DIDALAMNYA ADA LANGIT DAN BUMI.......)
Bee Gees
Friday 13 August 2010
Pesan Bapak
Pada usia remaja , saya amat berminat dengan kerjaya Askar/Tentera. Pernah saya 'berperang' besar dengan emak gara gara mahu menyertai bidang tentera. Saya beranggapan emak tidak menggemari Askar kerana ada dua adik emak yang berkerjaya tersebut, mungkin apa yang dilihat emak terhadap kedua adik adiknya ini, menjadi emak begitu berkeras menghalang niat saya. Tapi, ini cerita lamalah. Masa tu fikiran memang cetek.
Tetapi sebagai remaja, memang teruja bila melihat pakaian seragam tentera , dan semangat setiakawan yang ditanam didalam dada anggota tentera ni. Minat saya berkubur begitu sahaja bila tamat Tingkatan 5.
Apa yang saya tulis ini tiada kena mengena dengan rakan rakan, pakcik pakcik atau ipar duai , sanak saudara yang berkhidmat didalam Tentera dan "Kepolisian' , mahupun apa jua jawatan yang berkaitan dengan keselamatan Negara. Lebih kepada nasihat arwah Bapak saya, yang tidak mahu anak anaknya berkhidmat didalam dua bidang diatas.
Bapak pernah berkata," kalau boleh elaklah bekerja didalam jabatan Kerajaan terutamanya yang berpakaian seragam."
" Mengapa Bapak? Bukankah Bapak bekerja dengan Kerajaan dan salahkan berjuang untuk Negara?" Itu soalan dalam hati saya.
" Banyak yang tak betul dalam pentadbiran didalam Kerajaan ni. Rasuah berleluasa "
Bapak memulakan kisahnya.
Ya , saya setuju, memang payah bagi Bapak bekerja didalam Pejabat Tanah ini. Terlalu banyak dugaan . Selain dari orang ramai, orang orang didalam pun merupakan 'api didalam sekam' , membakar sedikit demi sedikit keikhlasan warga yang jujur. Yang berkepentingan serta pandai 'berkolek' akan hanyut dengan kemewahan. Yang jujur,kira ajelah berapa hari yang tinggal untuk persaraan. Itu Pejabat Tanah tempat Bapak bekerja.
Yang saya nak cerita, tentang jawatan berpakaian seragam.
Saya tidaklah anti sangat, lebih kepada ingatan arwah Bapak, sempena 26 tahun pemergian 13 Ogos 1984.
"Bila berkuasa dan berpakaian seragam, kita akan terlupa bahawa tugas adalah amanah dariNya. Bila warga melakukan kesilapan , kita dengan senangnya menangkap atau menjatuhkan hukuman gara gara kita berkuasa dan ramai. Serta atas arahan orang atas, yang rata ratanya mengamalkan rasuah dan kaki bodek"
Bukan hanya dua jabatan yang saya sebutkan ini, bahkan Majlis Kerajaan Tempatan pun ada yang berpakaian seragam. JPJ dan Imigresen pun.
Dari 13 anak anak Bapak, hanya 2 yang bekerja Kerajaan. Itupun sebagai Pendidik. Yang lagi 11:- swasta dan kerja sendiri.
Kerja apa pun ok bagi saya, yang penting 'nawaitu'nya.
Alfatihah untuk Bapak.
Latiff Hariri
1437 130810
Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment