Jumaat yang lalu, pertamakalinya saya bersaff dengan penduduk Taiping untuk masa terdekat ni. Asyik berJumaat di Penang sahaja, patut juga bertukar Masjid.
Bila Khatib memulakan khutbahnya, saya dah mula rasa, mesti lena ni. Walaupun saya jarang nak lena. Hm, topiknya biasa, bukan isu semasa, dan akhirnya, pada peringkat kedua khutbah, tiada yang mengangkat tangan mengaminkan doa Khatib untuk seluruh Muslimim dan Muslimat termasuk Raja Negeri. Lagi hebat ni, boleh diibaratkan cakap cakap kosong, yang tidak diendahkan. Haruskah saya bertindak membuat lapuran Polis kerana tiada yang mengaminkan doa ni!?
Khatib kontroversi Ustad Zakaria tu , rupanya orang Larut & Matang jugak. Dia pendakwah bebas. Saya mengaminkan doa beliau terhadap Lim Guan Eng. Isinya tak melalut, lebih kepada dimohon hidayah dariNya kepada Lim Guan Eng dan sahabat sahabat beliau dalam mentadbir Negeri Pulau Pinang. Terdengar amin dari para Muslimin. Dan saya bermakmumkan beliau pada hari itu.
Bila lapuran Polis dibuat, maka Polis pun, seperti biasanya, mula membentuk satu badan khas menyiasat, kira jenayah ni lagi besar dari jenayah yang terang terang diluar tu.
Yang tukang buat lapuran , golongan kontraktor Bumiputera yang terpinggir dari mendapat projek dari Kerajaan Negeri. Ya lah, tender lebih telus, tiada sogokan untuk 'orang dalam'. Tiada lagi kabel.
Seminggu selepas insiden Khutbah, timbul pulak isu Kontraktor ini dianak-tirikan Kerajaan Negeri kerana tidak mendapat habuan projek. Kerajaan Negeri dituduh meminggirkan mereka atas dasar perkauman.
Kira macam , "hang tolong aku buat lapuran, aku tolong naikkan nama hang"
Apa sudah jadi dengan badan khas Polis tu, tak nak didakwa, atau dibubarkan sahaja siasatan, atau tunggu hingga hampir PRU13 untuk di dot dot dot kan ke Kemunting?
Macam tu lah kontraktor DK&S ni nak dapat perhatian sebab dah hampir nazak. Saya kenal juga saorang dua dari mereka ni yang hadir di Balai Polis tempohari. Rata ratanya mereka ini, bukan peniaga sejati. Ke hulu ke hilir menjaja kertas projek
, untuk di ali-baba, tak pun ali-alikan. Mereka ke hulu, ke hilir dengan kereta mewah , BMW, Mbenz dan setarafnya. Projek yang kosnya hanya 100%, di duakaligandakan menjadi 200%. Siapa yang menanggung semua ni?
Yang sukanya, setiap kali bertemu saya, atau rakan rakan saya, mereka akan menghulur kad perniagaan mereka yang berlambangkan parti itu. Hebat!! Ketua Bahagianlah, ketua Pemudalah, Ahli Majlis itu ini lah, yang JKKK kampungnya pun ada tertulis. Takut saya , hingga terpaksa saya 'tong sampah'kan kad perniagaan mereka ini.
Tapi ini cerita sebelum 2008lah. Sebab sekarang ni dah kurang mereka ni menjaja kad perniagaan mereka. Mereka pun tahu, rakyat dah tak pandang BMW mereka, dan tak angkat kening mata pada mereka lagi.
Ceritanya sekarang ni, kalau kosnya 100%, tender termurah tak melebihi 120%, dan adakalanya , kerana mahukan projek, tak ada untung langsung, janji ada kerja.
Tapi haruslah kualiti kerja setaraf dengan kosnya.
Itu kisahnya kontraktor DK&S.
Kisahnya Pengetua yang 'racist' tu, kununnya TPM bentukkan badan khas menangani isu itu. Biasalah , part bentukkan badan menyiasat ni, cukup cepat. Tapi, akhirnya kemana?
Tapi bila NameWee buat CD yang mengutuk Pengetua itu, lagi cepat mereka nak tangkap sebelum satu badan khas dibentuk.
Kecurian pasir di Selangor tu, di Kedah pun ada dimasa pemerintahan mereka. Di kampung Permatang Kedundung tu, tempat hutan simpanan kami, kecurian pasir sungai dan suapan RM300 sebulan untuk JKKK berleluasa sebelum 2008 . Saya tahulah jugak, tapi, tak kan nak buat lapuran polis, siapalah saya. Sedangkan MB Khalid Ibrahim pun kena belasah dengan media , inikan saya.
Adakalanya, saya fikir , erti merdeka ni, hanya mereka yang tentukan, dan hanya mereka yang memerdekakan Tanah Melayu. Golongan berhaluan kiri terutamannya yang Islamnya 100%, bukanlah pejuang kemerdekaan. Yang perjuangkan kemerdekaan hanya Tunku dan Perikatan. Yang lain lain tak masuk buku sejarah, sedangkan yang lain lain itulah yang lebih berani mengangkat senjata menentang penjajah.
Erti kemerdekaan ialah bila kekayaan negara dimilik keluargakan. Tengoklah dari PM kedua hingga kini, pasti ada pewaris dari anak anak mereka, tak pun menantu. Apakah hanya anak anak PM dan menantunya yang tahu bagaimana cara mengebas kekayaan negara ini? Warga bodoh yang mengharapkan suapan dari mereka ini yang masih menatang pemimpin mereka. Ramai dah mula sedar, tapi, biasalah, masih ramai jugak yang tidak sedar.
Jadi, teruskan tekad kita untuk perubahan di PRU13 nanti. Sekarang ni dah 4 negeri
menjadi milik Rakyat, pastikan minimanya 8 di PRU13 nanti. Kalau dapat 1Malaysia pun bagus jugak, tapi biarlah dulu, kita perkuatkan yang sedia ada. Kerana bagi saya, masa masih diperlukan untuk membuktikan bahawa pemerintahan berjiwakan Rakyat ini, benar benar bediri diatas satu tekad, menyatukan seluruh Umat Islam dibawah payungnya, dan mengukuhkan hubungan kaum kedalamnya.
Salam Perubahan.
Latiff Hariri
Sebelum Subuh 31 Ogos 2010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment