Bee Gees

Friday, 27 August 2010

Tahniah KASE!!

Pagi Nuzul Quran ni, tersiar berita .... akhirnya, PRDM mengalah, dan bersetuju membuat penilaian semula untuk setiap kategori saman yang dikeluarkan.

Pada saya, ini satu kemenangan besar Rakyat dalam menentang kerakusan PRDM dalam mendisiplinkan rakyat. Ini satu pengakuan, bahawa mereka kalah , bila kita bersatu menentang.

Bukan saya tak pernah kena saman, seawal 1987 saya sudah disaman. Kalau nak dikira tak sampai 5 saman yang saya kena sehingga 2009. Percaya tak? Semua saman had laju bandar 60km/90km sejam. Dan semuanya saya selesaikan dengan membuat surat rayuan beserta 'money order' , dan tiada pulak bayaran saya ditolak. Ya, saya akui kesilapan dan saya bayar denda yang dikenakan.

Tapi semenjak penghujung 2009 hingga kini, saya sudah menerima 5 saman had laju lebuhraya, rata rata tidak melebihi 130km/jam . Yang mana dipandu anak saya, emaknya yang kena bayar, yang mana saya yang pandu, saya tak nak bayar!! Jadi, tersadai kancil merah saya selama sebulan lebih.

Saya setuju denda kesalahan yang dikenakan, tapi harus ada budi bicara, bukan dengan mengenakan RM300.00 tanpa tawar menawar. Mereka dengan rakus mengugut akan menyenarai -hitamkan nama pemilik kenderaan dengan bantuan JPJ. Itu membuli namanya. Saya memang bertekad, sekiranya tiada perubahan, saya sanggup naik Mahkamah untuk selesaikan 3 saman saya ni melalui budi bicara Hakim.

Ada yang berkata kepada saya, "Hang minta sipolan tu, sipolan ni, settlekan saman hang tu."

Maaf ya, saya tak suka menggunakan kabel untuk mendapatkan kemudahan. Saya senang berurusan terus di kaunter. Adakalanya, dapat jugak diskaun dengan budi-bahasa saya bila berurusan dengan kakitangan kerajaan ni. Mereka pun manusia biasa, bila kita merendah diri, mereka lagilah merendah diri, betul tak?

Polis harus lebih mesra rakyat, dan bukannya membuli rakyat dengan saman ekornya.



Latiff Hariri
0912 17 Ramadhan 1431/Nuzul Quran
27 Ogos 2010
Sungai Petani

Dengar khabar, setiap hari kutipan saman PRDM ni RM9 juta!! Hebat tu.!!

Boleh diswastakan ni, jadi GLC pulak. Lantik lah saya jadi CEO, saya tak minta lebih, RM400,00.00 setaraf dengan Syabas pun kira ok!!

No comments: