Subuhnya di Malaysia pada pukul 615pagi, sedangkan disini subuhnya 520(wib), atau , kalau kita guna jam Malaysia, maknanya beza 5 minit sahaja. Tapi, semuanya lewat satu jam. Kita dah pukul 8 pagi, pejabat Kerajaan dah mulakan tugas, tapi, disini kena tunggu lagi sejam untuk berurusan dengan kantor Pemerintah.
Seingatan saya, menu sarapan tetap sama di Ambun Suri. Nasi goreng menu wajib , adakalanya berpasanagan dengan mihun goreng, berulamkan timun dan tomat dan telur dadar yang dikoyak koyak halus(scramble). Soto tetap ada . Airnya teh dan kopi.
Saya tetap memesan telur setengah matang untuk sarapan pagi, tapi yang ini kena bayarlah.
Memang biasa aje, tapi, sedap!!
Kami bergerak sekitar pukul 8 pagi(wib) mengarah ke Pagarruyung untuk melihat Istana Baso yang saya kira sudah siap pembinaan semulanya. Terakhir saya kesini pada tahun 2010 bersama Aziz.
Melepasi pejabat Datuk Bandar Kota Bukit Tinggi
Perjalanan mengambil masa melebihi 1 jam untuk sampai ke Pagarruyung. Tetapi di pertengahan jalan, kami berhenti disekitar lereng lereng yang cantik untuk merakam keindahan alam Bumi Minang ini.
Perhentian pertama untuk pagi ini ialah ke pusat memproses kopi.
Menghampiri satu perkampungan ini, sudah terhidu oleh kami akan aroma kopi yang mengancam hidung kami.
Nampaknya seperti perusahaan IKS sahaja, tapi tuan punya kilang ini memiliki mobil BMW parkir diluar. Macam main main je, tapi......
Maaf ya adik adik bujang, tak ada awek yang kerja disini.
Kami ke arah belakang kilang yang tersedia meja dan kerusi untuk tamu menikmati kopi/teh dan daun malberi , disediakan percuma untuk pelawat.
Sekitar 30 minit disini dan selepas membeli serba sedikit sebanyak kopi dan ole olenya, kami teruskan perjalanan ke Pagarruyung. Dan terpandang keindahan Masjid ini.
Bermacam macam posing yang kami lakukan didalam kawasan Istana ini. Memang cantik, tapi biar pos pos istimewa itu saya siarkan lewat Fb sahaja.
Sedang asyik berpanorama dipersikataran ini, makcik makcik penjaja ini menhampiri, dan Hisham yang sentiasa lapar terus membeli 10 biji ciku siap di potong untuk kami menjamu selera di dataran Istano.
Agak lama jugak kami disini, kami kebelakang Istana untuk melihat tapak dimana berlangsungnya acara Primuka/Pengangkap Sekolah tahunan antara Indonesia/Malaysia.
Sudah menghampiri pukul 11, bergerak untuk makan tengahari direstoran yang kami lewati tadi. Kelihatan cantik sebab dikelilingi kolam ikan dan sawah bendang.
Masakan Minang memang enak, tak perlu saya komen lebih. Tapi suasana restoran ini memang unik.
Kami bergerak melepas 1215 (wib) untuk mengerjakan solat Jumaat. Saya minta Ad menghentikan kenderaan di masjid yang berhampiran bila waktu zuhur betul betul menghampiri. Tiada masaalah disini, kita pasti jumpa Masjid setiap 1 km perjalananan.
Ini saya lakukan sebab nak jimatkan masa perjalanan , walaupun pahalanya berkuranganlah.
Dan mata kami terkedu bila air kolam ini disalur dari sungai/mata air berhampiran, dengan anak anak ikan berenang renang didalamnya. Izzuddin tanya saya, boleh ke guna air ini untuk berwuduk? Mengapa tidak. Air kolam masjid dari sungai berhampiran.
Kami terlewat, jadi hanya terpacak disisi pintu masjid sementara menanti Khatib memulakan Khutbahnya. Walaupun, kesemua pintu sisi ditutup, tapi dek kerana berada di tanah tinggi, nyaman sungguh suasana didalam Masjid ini
Khutbah hari ini bertemakan MauliddurRasul. Khatib hanya berpakaian batik dan berkainkan pelekat. Pada pembukaan Khutbah , beliau membaca teks, tetapi bila sudah melepasi 1/3 , kisah dan nasihat beliau adalah bersahaja dan santai tanpa teks. Yang ini saya gemar kerana ternyata Khatib Khatib sudah dilatih supaya berkata kata dengan bebas tanpa telunjuk dari mana mana pehak.
Selesai solat melepasi pukul 1 tengahri. Kami segera ke mobil untuk meneruskan bahagian kedua acara lawatan untuk hari Jumaat ini. Pada saya ini acara sebenarnya bila setiap kali pulang ke kampuong.
Saya warwarkan kepada rakan rakan supaya kita singgah di hotel sebentar untuk mengambil baju dan tuala kerana hati rakan rakan ni dah teruja bila saya katakan di kampuong , kita boleh mandi air dikali.
Dan mereka terus 'membalas' tuala hotel, yang sengaja diberi lebih oleh pehak pengurusan, mungkin dah tahu yang kami akan bermandi di luar petang ini.
Latiff Hariri
0928mlm 20022011
Sungai Petani

No comments:
Post a Comment