Bee Gees

Wednesday, 23 February 2011

Pulang ke Kampuong........

Saya memang suka bila ada saudara-mara dan sahabat handai yang mengendeng saya untuk membawa mereka ke kampuong halaman nenek kepada nenek nenek saya ini. Dah melebihi sepuloh rakan rakan yang saya bawa kesini, termasuk rakan rakan dari Indonesia. Wan, Rodz, Hafis, Osman,Suparmin, Kak Yus, Badrul, Sham, Zul, Mokhtar, Nasir dan ramai lagi.

Semua atas kemahuan mereka untuk melihat kehidupan sebenar anak anak Minang ni, yang sering saya canangkan . Tak kurang, keluarga pangkat makcik makcik dan pakcik pakcik saya.

Tetapi, hairan jugak, mengapa sepupu duai saya di Malaysia seakan akan tidak berminat....

Semua kawan kawan yang mengekori saya sering mengingatkan saya supaya ada acara melawat Kampung Haraban ni. Mereka yang beria ria untuk menghadirkan diri.

Kami bergerak dari hotel menghampiri jam 230 petang. Dan hanya tiba sekitar pukul 345 petang. Ya, jraknya 44km dan jalannya berliku. Jalan utama dari Bukit Tingg - Medan.

Kira kira 1 km sebelum tiba , saya berhenti sebentar disini...., dan meminta rakan rakan berfoto dihadapan pintu gerbang Masjid Hikmah Desa Sipisang ni....


'Masjid Hikmah Sipisang dibiaya sepenuhnya oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim'

Desa Sipisang bersebelahan desa Haraban.

Teruskan perjalanan ke desa bersebelahan, Desa Haraban. Mata saya terkedu melihat rumah Pak Tuo disisi jalan yang semakin usang dan hilang serinya.....


Ad memakir Innova supaya tidak menghalang laluan
Rumah usang Pak Tuo....kini tanpa beliau selepas pemergian isteri tercinta mak Tini.

Saya mula menjejakkan kaki kerumah ini sekitar tahun 1998, dan akan bermalam disini setiap kali bertandang. Kini ia diinapi oleh anak buah Pak Tuo. Sedih pulak tengok, makin usang rumah ini tanpa Mak Tini

Memandangkan tiada siapa disini, kami menuruni curam bukit disisi rumah Pak Tuo untuk ke rumah Gadang Moyang saya. Paling tepat, tapak rumah Gadang, kerana Rumah Gadang sudah diubahsuai kerana dimamah usia. Sekurangnya saya pernah berada didalam rumah milik Moyang moyang saya dari sebelah emak....



Di laman rumah Pak Tuo sudah menanti Si Yus(saya kira 3 pupu saya), termenung dipinggir pondok usang. Izzuddin keluar dan terus menanya , ingat tak? Tentu Si Yus ingat, sebab baru sahaja bertandang ke SP tahun lalu.

Setelah mengeluarkan beg serta keperluan, kami menuruni lereng bukit mengarah ke rumah Gadang.



Ini tapak asal Rumah Gadang Moyang Sariah, serta moyang moyang saya dari salasilah Nenek Bulan/Adam

Rumah Gadang Nenek Sariah
Izzuddin memberi gula gula/cokelat kepada anak anak yang berkumpul menyambut kedatangan kami


Kami dihidangkan dengan segelas teh o dan biskut kering sebagai penghilang dahaga.

Tak sempat pun habis segelas(yang sebenarnya terlalu manis), semua rakan rakan saya sudah bergegas menuruni anak bukit menghala kearah jeram yang terletak kira kira 300m dari rumah gadang.

Saya menyusul kemudian kerana mahu berjumpa Mak Juli yang semakin uzur dirumah bersebelahan.
Sham, antara yang tak sabar sabar nak berendam

Menyusur air segar diantara celahan sawah bendang di lereng bukit ni. Saya dah puas mandi disini
Saya tiba disini kira kira 15 minit kemudian. Si Mokhtar, Nasir dan Zul sudah menghilang kehulu jeram mencari tapak yang lebih dalam dan deras.

Airnya jernih

Saya kira mereka berendam melebihi 30 minit, bila secara sepontan, semua mula naik ke perbatasan untuk mengeringkan badan dan bertukar pakaian.

Yang pasti....., mereka mula kelaparan bila kesejukkan. Tak mengapa, Tuan rumah pun saya pasti sedang menyediakan sesuatu untuk mereka.

Berjalan agak laju kedepan, seolah olah tahu sudah ada hidangna tersedia.

Anak anak SD(Sekolah Rendah) menjadi penunjuk jalan kepada mereka berenam ni.

Menyusuri lereng kecil disamping sawah bendang. Saya memang suka suasana ini , seolah olah saya berada pada suasana 70an di Lenggong, tertamanya disekitar Kampung Sira Sekolah, setiap kali saya dan abang pergi mengaji kerumah makcik yang dihujung kampung. Ada bendang dan sungia di rumahnya. Lagi satu di Pulau Chery

Saya perasan diwaktu saya bertandang kerumah sebelah, Si Yus sudah mengarah anak gadisnya membeli telur untuk dibuat lauk kepada kami. Memang simple, tapi sedap!!

Tengok rakan rakan saya ni, bukannya tak makan siang tadi!

Tengok , mereka menjamu saolah olah belum kana tengahri. Padaahal waktunya sudah melepasi 530ptg(wib) . Lauknya sambal telur rebus dan ikan danau sebesar ikan bilis yang ditumis berlada jugak. Baru mereka tahu betapa hebatnya masakan kampung orang orang Minang ni.

Sham mengajar anak anak ini menerbangkan burung mainan yang kami titip dari Jam Gadang

Terus ke rumah Si Chan, ada lagi makan nasi. Kali ini lauk lomak pucuk ubi pulak!!

" Aku respect hang Mokhtar" Dia yang mulakan dahulu. Suasana ini tiada di Malaysia di era milinium ni, saya hanya ketemu begini di daerah pendalaman Lenggong tahun 70an, bilamana saya bertandang kerumah kenalan bapak, nasi menjadi hidangan walaupun bukan waktunya untuk makan.

Selesai bersalaman dan mengirim titipan, kami bersalaman, malangnya...., mengapa terlupa nak ambil foto beramai ramai disini?

Terus mengarah ke utara, kira kira 1.5km ke kampung Air Kijang, kerumah Mak Sawi.

Dari jauh saya sudah ternampak kelibat beliau berkaki ayam berjalan mendaki ke arah selatan, lalu Ad membuat pusingan U, untuk bertemu Mak Sawi.

Izzuddin yang turun dahulu, memperkanalkan diri.

Kami berpatah balik mengekori Mak Sawi yang sendirian di jalanan. Kemana agaknya dia...?

Mahu Mak Sawi mengajak kami bertandang kerumah beliau untuk sesuap nasi lagi. Saya menolak kerana sudah terlalu kenyang. Marah beliau, tapi apakan daya, terlalu 'full'.


Suasana di Kampung Air Kijang.

Saya tahu seperti ribut kami datang, dan seperti ribut kami pergi. Terpingga pingga keluarga disini, tapi, begitulah, saya tiada rencana untuk kawan kawan bermalam disini.

Berpatah balik ke Bukit Tinggi untuk 44 km kali kedua.

Kami tiba selepas azan Maghrib. Semua kelihatan tetapi masih tidak dapat melupakan keenakkan masakan di Kampung Haraban.

Ad masih menunggu di lobi, sedangkan kami berMaghrib dan bersiap untuk makan malam. Makan malam? Berapa kali punya makan?! Ya, memang saya mahu kawan kawan merasa lagi keenakan makan malam di Kota Padang ni.


Latiff Hariri
1844 22022011
Sungai Petani

No comments: