Bee Gees

Thursday, 10 February 2011

Sarapan Bersama Dhiyaa Dhamyra

Berjanji sarapannya pagi Jumaat, tapi ditunda ke petangnya pulak. Saya memang tiada apa apa rencana untuk hari Jumaat ni.

Tapi, sepertimana saya, Din pun begitu. Terlalu letih. Akhirnya temu janji ditukar ke pagi Sabtu pulak, di restoran Cili Merah di seksyen 9 Shah Alam.

Makanan mewah sungguh di restoran ini. Semuanya mengasyikkan. Tapi, saya sudah atur menu saya dari semalam lagi

Lontong.




Awalnya mcm tu lah, tak lepaskan ayahnya, seolah olah Dhiyaa saorang yang ada ayah..,Lepas tu dia melentok kat saya pulak. Memang bebudak mudah dekat dengan saya walaupun muka serius gila

Dhiyaa menjenguk bila kamera difokus, walaupun jauh

Bila ada baby, memang akan menjadi perhatian kita disektar usia begini

Kan, saya dah boleh bawa Dhiyaa lari dari ayah dia
Foto kenangan sarapan pagi di Shah Alam.

Saya ada berinteraksi dengan rakan rakan OE1981 yang menetap di Kuala Lumpur, tapi tak kesampaian untuk secawan atau dua teh tarik. Sekadar mendengar suara buat pertama kali rakan sekelas Tingkatan 4-5sc1, saudara Hasnan yang tak pernah bersua lebih dari 30 tahun. Beliau menetap di Selayang, dan terlah saya warwarkan rencana 1 Mei 2011.

Kami bergerak meninggalkan Shah Alam sekitar jam 2 untuk menetap di persekitaran KLCC dan minum2 petang di rumah Rosmah Rahman di Setiawangsa. Menu laksa tak boleh dibiarkan mendidih lama diatas dapur tu.




Latiff Hariri
2132 08022011
Sungai Petani

Sengaja saya atur supaya tulisan ini tersiar dimaya pada jam 755 pagi, 10 Februari, ketika pesawat Airasia berangkat ke Padang bersama rakan2/jiran taulan saya.

No comments: