Bergerak meninggalkan Butterworth setepat jam 545 petang, dan tiba di Tol Bukit Lanjan seawal jam 900malam. Perjalanan lancar mengarah selatan kecuali yang megarah utara. Ada kemalangan yang agak ngeri menghampiri sempadan Selangor.
Tiba di Nilai jam 950mlm, dan sempat bertemu anak rakan baik saya ni.
Kami tiba di Shah Alam sekitar jam 1045 malam, terus ke Medan Selera di seksyen 7, sebelum cek in ke rumah tamu didalam UITM
Tahun Baru Cina
Berjanji seawal pukul 7 dengan adik saya untuk bersarapan sama, sebelum beliau berangkat pulang ke Taiping bersama 4 cahayamata beliau. Masih gelap pukul 7 pun. Kami yang antara terawal berada didalam Restoran Gembira, Seksyen 3 , Shah Alam .
Antara kelebihan restoran ini, nasi lemaknya serta roti canai. Ini pun tempat kami anak beranak melepak sejak dari tahun 1989.
Selesai sarapan pukul 8 dan terus ke Seksyen 17.
Ini salah satu flat yang berhampiran, diawal inapan kami ditahun 1986, dan diawal kelahiran anak sulong kami. Seksyen 17 Shah Alam, bersebelahan Kolej Pengajian Persediaan UITM.
Roziah memulakan karier awalnya dgn UiTM disini. Menapak aje ke pejabat.
Selesai kerja di Seksyen 17, kami terus ke pusat bandar Shah Alam. Paling tepat ke Darul Ehsan Medical Centre. Ziarah anak comel kawan ni
Tak sedar dah hampir genap setahun kelahirannya, dan tiada hadiah yang saya bawa...
Untuk lebih peribadi, kami sambung sembang di ruang tamu Wad Tingkat 5. Kemaskini aktiviti serta cadangan cadangan untuk pertimbangan Din. Saya setuju kiranya pertemuan Sesudah 30 tahun ni, diadakan berasingan dari rakan rakan hostel. Kita perlu buat acara 'lunch' atau 'hi-tea' sahaja, kerana Hostel seperti biasanya,'dinner'.
Sebab tu Dhiyaa comel, tengoklah ayahnya
Kami berpisah sekitar pukul 10 pagi untuk pulang kerumah tamu. Saya sambung lena, hehehe.
Sebaik selesai solat Asar, kami bergerak ke Kelang untuk menjemput Nora , bertandang ke Kuala Lumpur. Seawal pukul 6 kami sudah di Pandan jaya. Sementara menanti waktu temujanji dengan rakan Sekolah Rendah kami ni pada pukul 8, kami bicara petang di restoran di pekan Pandan Jaya.
Dan bermaghrib di dalam Restoran AlRawsha.
Saya sekadar mengusik dengan Hasnah kerana tersenarai dalam 'top 5' list of frens Hasnah didalam Fb beliau. Tapi beliau beria ria mahu adakan jamuan untuk kami. Hm,
saya cadangkan sorang steng-steng pun dibantah oleh abang Hadi kita ni.
Bertemu semula pada 820 malam Tahun baru Cina .
Saya kurang ingat pada Hasnah, sekadar bersama dari darjah 1-2. Sedangkan Roziah ingat sangat sangat sebab mereka bersama hingga darjah 6 . Nora pula bekas pelajar SMDA dan Convent Taiping. Jadi dia kenal Hasnah dan Roziah sangat sangat.

Bersalaman dengan abang Hadi, terakhir jumpa di rumah Ismail Talib di Rawang 2010 .
Untuk pengetahuan rakan rakan , abang Hadi ni pakar memasak. Anda kena cuba masakan nasi beriayani atau apa jua nasi berempah beliau. Saya dah pekena pertama kali di Lenggong pada Raya yang lalu, memamg ada power. Kalau Abang Hadi digandingkan dengan Ismail Talib dan diselia oleh Faridah Baharum, saya kira dah selesai bahagian kita untuk mencari katering jamuan makan besar besar SMDA angkatan 1981.

Roziah dan Hasnah rakan se SRJK 1976, Hasnah dan Nora se SMDA 77-79, sedangkan Nora dan Roziah se Convent Taiping 80-81. Di AlRawsha sebagai gantinya meja kantin sekolah yang pernah mereka duduk makan bersama suatu ketika dulu
Acara makan makan ini kami mulakan sekitar pukul 9 malam, nak selesaikannya sekejap aje. Saya dengan kambing ni memang pantang banyak, pantang tengok dan pantang mulakan.
Selesai makan, berkisahlah pulak. Bukan senang nak dengar kisah abang Hadi dengan Hasnah diawal percintaan mereka hingga ke terkini. Bila duduk semeja, kisahkan memori silam kita sikit, maka terbongkar 1001 kisah suka duka kehidupan hingga ke kelahiran anak anak. Terima kasih Hadi. Terima Kasih Hasnah.
2 srjk, 2 smda dan 2 convent, jumlah tetap 3
Kami berpisah sekitar pukul 11 malam. Terima kasih Hasnah. malam ni kami dibelanja makan oleh beliau. Tahniah juga atas kejayaan di tempat kerja tu!!
Saya sekeluarga bergerak ke Kelang untuk menghantar Nora pulang, dan kami terus ke UiTM selepas itu, dah hampir jam 12 malam, tapi saya duk ralit melayan rakan rakan dalam FB dan hanya lena sekitar jam 1 pagi. Tak kedengaran mercun di sini berbading dengan di Sungai Petani.

Latiff Hariri
1957 04022011
UiTM Shah Alam
No comments:
Post a Comment