Bee Gees

Monday, 14 February 2011

Petang Sabtu Makan laksa

05022011

Menginap di tengah tengah kota Kuala Lumpur pulak. Ada banyak rancangan yang diatur untuk hari ini, selain dari esok hari perpisahannya.



'On-line' sambil berbual talipon dengan rakan rakan


Hujan rinrik rintik petang Sabtu ni. Bergerak keluar dari Jalan Pinang menuju ke Setiawangsa. Tak sampai 20 minit, kami dah tiba di rumah Abang Rahman ni. Tak seperti pertamakali dahulu, hingga terbabas memasuki lebuhraya mengarah ke Kuantan.

Laksa sudah terhidang menunggu kami!



Siap dilayan Rosmah dan bang Rahman.

2 pinggan laksa saya baham!!

Agak agak dah kekenyangan baru saya beralih ke ruang tamu depan. Itu pun dah pekena 2 biji karipap yang masih panas serta kuih puding yang dibuat sendiri oleh Abang Rahman.... hm, kalah saya mcm ni.

Hasnah bersama anak terunanya hanya tiba 10minit selepas kami selesai menjamu selera. Saya dah mengalah, tak mahu temankan Hasnah makan semeja.


Sedang asyik berbual, ada lagi tetamu yang datang. Orang Lenggong jugak, hmmm, macam Hari Raya aje ni. Dapatlah jugak berkenalan dengan pakcik pakcik ni(tak pun abang abang). saudara mara kepada Rosmah.

Tetamu dari Lenggong dan Ampang. Mereka kenal Tok Penghulu yang banyak anak tu, tapi tidak kepada SO yang banyak anak tu. Dan mereka kenal ayah kepada Roziah. Kecilkan dunia ni.

Saya tahu abnag Rahman dan Rosmah harus melayan tetamu yang tak putus berkunjung, dan saya pun tak nak mengganggu mereka, jadi saya pendekkan acara bertandang ni dengan meminta diri seawal jam 7. Lagi pun adik saya sudah datang bertamu ke penginapan kami tu.


Tanda persahabatan muda ini mula bercambah




Malam tadi sepatutnya Rosmah hadir bersama di Al-Rawsha, tapi tiada rezeki kerana dia bekerja. Untungnya kami, dapat Nasi Arab dan laksa

Kami tiba sekitar Maghrib. Dah kelaparan anak anak buah saya ni selepas berenang di kolam tadi. Kami sediakan Nasi Arab lagi untuk mereka.

Makan makan malam 2 keluarga
Menghampiri jam 9 baru adik saya berangkat pulang ke Shah Alam.
Tak lah sunyi sangat, Meriah jugak malam ni. Sementara menanti mata kuyu, lepak lepak aje ditepi kolam ni.



Terjun Kolam tengah malam buta

Esoknya Ahad, 06022011 terjun kolam lagi

Kami bergerak ke arah Bandar Tun Hussein Onn untuk bertandang ke rumah Osman

Brunch (BFast/lunch) dirumah Osman

Orang perempuan biasalah bila berjumpa

Selesai di rumah Osman, terus ke rumah abang saya , berhampiran rumah osman. Bercerita kisah terkini, dan kami bergerak ke Nilai dan Shah Alam, untuk menghantar anak anak pulang

Di Nilai sekitar jam 2 petang


Hujung minggu Tahun Baru Cina kami penuhi dengan aktiviti bertemu rakan rakan Sekolah Rendah nampaknya. Sedang asyik memandu,Abang Man Faridah pulak minta kami singgah ke Chemor untuk minum petang, haruskah saya mengelak?

Minum petang dengan Sup Kambing , mihun sup tomyam, pisang goreng


Memang meletihkan tapi menyeronokkan. Yalah, dapat berjumpa anak anak di Kuala Lumpur, rakan rakan sekolah, rakan sepejabat, kaum keluarga. Semuanya terlaksana dalam masa 4 hari Tahun Baru Cina 2011


Latiff Hariri
0927 14022011
Sungai Petani

No comments: