Bee Gees

Saturday, 5 February 2011

Revolusi Mesir di Masjid Negara

Hari ini Jumaatnya di Masjid Negara, seawal 1230 tengahari saya sudah berada disini, dibarisan hadapan saf. Agak lengang, mungkin juga dek kerana cuti panjang.

Khutbah biasa biasa aje, ikut teks. Paling senang kata, lesu. Harus terlena makmum dengan Khatib yang terkunci mulutnya dari berkata kata yang benar dan terkini. Lebih sedap mendengar 'penceramah' bebas NGO yang berdemontrasi di bawah tangga Masjid sebaik tamat Jumaat. Walaubagaimanapun, sebaik selesai Solat Jumaat tadi, terus diadakan Solat Hajat , memohon keselamatan anak anak kita yang berada di Mesir.

Ada anak OE1981 di sana tau....tapi, alhamdullillah....dia cukup cekap!!


NGO Hizbut Tahrir :- Melaungkan kejatuhan rejim Mesir, dan menolak segala bentuk demokrasi yang ditaja Barat khususnya Amerika. Kita harus kembali kepada sistem Islam selepas Nabi Muhammad Sallallahhualaihiwassallam iaitu sistem 4 Kahlifah Utama yang diterajui para Sahabat.

Saya menerangkan apa yang dilaungkan NGO dibawah, kepada saorang pelancung Arab yang bertanya, mengapa diadakan demontrasi dibawah tangga.


Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan mengarah ke Kedutaan Amerika, yang dimualakan dari Masjid As-syakirin KLCC . Tapi kerana ia dianjur pehak pembangkang, maka yang berbaju merah menyambutnya dengan serangan air 'water canon' serta hayunan cotar. Mereka memang dah dilatih memukul rakyat sewenang wenang, tiada diplomasi.Mungkin mahu mengajar Hosni Mubarak , ini caranya bila berdepan dengan Rakyat. Kita dahulukan Rakyat dalam semua hal.





















Perarakan aman , tetapi dicemari oleh Polis RDM.


Dataran Merdeka 430 petang 04022011, depenuhi pelancung luar melebihi 10 buah bas

Sebenarnya , mereka takut pada kebangkitan rakyat. Ya lah, sepertimana mantan First Lady Tunisia yang mebawa keluar bertan tan emas dengan pesawat sebelum dia turun takhtha, begitu juga agaknya dengan Hosni Mubarak . Sedang kumpul harta untuk dibawa bersama ke Amerika.

Dah 53 tahun kita di tipu dan dijajah Penguasa yang zalim!!

Berubahlah......dengan cara yang lembut saya pohonkan.


Latiff Hariri
1123 05022011
UiTM Shah Alam

No comments: