Bee Gees

Wednesday, 2 February 2011

Hujung Minggu 29-30012011

Dah tahu lama, yang rakan ni dah balik ke utara, tapi tiada kesempatan untuk bertanya khabar. Hanya lewat sms berbicara.

Jumaat pagi , ada Asri menalipon, ajak bertandang, saya tak berani nak kata ya, tengok keadaan dahulu.Akhirnya pagi sabtu, 29012011 baru saya beri jawapan, tapi sudah lewat untuk bersua, gara gara rakan kita ni balik ke kampung, mengadap ibu tersayang, jadi saya batalkan sahaja niat untuk bersama dengan Asri.

Sebaik selepas asar, rakan ni sms, bertanyakan samaada akan datang bertandang kerumah beliau, jadi saya katakan ia sahaja. Janji selesai hutang saya berziarah kawan kawan ni.

Mihun dan kerepek jadi jamuan kami malam ni

Kami tiba sebaik jam 2030 malam. Pertamakali bertandang ke rumah Zulkifli Rahim. Rakan sekelas saya darjah 1 dan 2 di SRJK(I) Lenggong, dan rakan baik/sekelas Roziah dari darjah 1 - 6 sekolah yang sama.

Zul Rahim memasuki King Edward Taiping di suku pertama 1977, hingga tamat Tingkatan 5. Sayangnya kami tidak pernah sekelas kerana kami mempunyai 7 kelas lain dan pelajar melebihi 300 orang. Yang pasti Zul jenis pendiam.




Zul dah mula bekerja dan boleh memandu

Mengikut rekod ingatan saya, saya mengenali Zul seawal tahun 1968 , bilamana Bapak saya bertugas di Pejabat Tanah Lenggong, dan kami menyewa di rumah berhadapan dengan JKR Lenggong. Rumah tersebut terletak diatas bukit. Mungkin sebab itu saya kenal Zul seawal itu, dan bertadika di Dewan Bunga Raya . Tapak rumah tersebut kini dimiliki oleh Cikgu Aziz Debok, yang merupakan guru favourite Roziah.

Berbual punya berbual, tak sedar jam sudah melepasi 2200 malam, dan kami mengundur diri. Dengan harapan Zul dan Ani tabah menghadapi apa jua dugaan mendatang.

Ada lagi hutang ni, Asri aje yang tahu, masih tak kesempatan.

Ahad

Seperti biasa , temujanji dengan peniaga Pasar Tani Sungai Petani. Tapi sebelum tu, sempat jugak berjoging di Taman Jubilee berhampiran rumah . Lega sangat sangat bila berpeluh ni. Dan acara wajib, bersarapan dengan rakan rakan rapat di pekan Pinang Tunggal, Kepala Batas, minum kopi secawan, tapi gosip yang lebih, hahaha.

Petangnya , hujan masih melanda seperti biasa, mungkin penghabisan sebelum kemarau mendatang di akhir bulan Februari nanti.

Sedang asyik bermain tenis meja ni, sempat jugak saya ber FB dengan Zawawi. Bertanya khabar dan kemaskini berita rakan rakan . Hingga ke Maghrib acara mengeluarkan peluh ni, lega teramat sangat

Backhand dari Lin Dan Latiff tak bisa dibalas Zul Chong Wei
Izzuddin menentang Zul pulak, saya dah ralit berFB dgn rakan rakan



Minggu ni kira oklah. Dapat beriadah mengeluarkan peluh, minggu depan belum pasti. Teringin juga membawa basikal untuk berkayuh di Shah Alam, tapi agak kalut untuk semua itu.

Chong Wei kalah ditangan Lin Dan, Cikgu Mala kalah ditangan Toi Ai. nak buat macamana, mereka dah sebati , tak mahukan perubahan. Johor tu banyak yang asalnya Jawa, pro parti Golkar. Tak gitu?

Osman kena jawab.


Latiff Hariri
2137 30012011
Sungai Petani

Perjuangan harus diteruskan.

No comments: