Bee Gees

Sunday 5 June 2011

Mengenang Zulkiffly Bahrain 1964-05062007

Zulkiffly Bahrain anak keempat dari 17 orang adik beradik.

Bersama dengan rakan rakan Edwardian dari 1977-1981.

Sebaik tamat SPM, beliau sambung persekolahan di SM Sri Perak, hingga tamat STP.
Selepas itu beliau memasuki Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzam di Pahang, dan saya kira beliau memulakan tugas sebagai guru sekitar usia 23 tahun. Mula mengajar di Pahang dan akhirnya kembali ke daerah Hilir Perak untuk mendidik anak anak daerah kelahiran beliau.

Saya kurang pasti, tapi dari ceritanya, beliau sambung belajar dalam bekerja untuk segulung ijazah, dan memulakan alam rumah tangga sekitar 1997.



Zulkiffly menamatkan usia bujang beliau pada 20041997, pada usia 33.(Masa ini anak sulong saya berusia 10 tahun)

Nak jadikan ceritanya, keluarga beliau menyambut kehadiran menantu, Aspah Isni Ishak pada 05061997 . Aspah Isni juga saorang guru. Mereka mula mengenali ketika mreka mengajar disekolah yang sama di Hilir Perak.

Satahun kemudian, lahirnya waris pertama beliau , Muhammad Aliff Firhan (1988), kedua Muhammad Bakhtiar Haziq.

Ini foto terakhir Idil Fitri 2006.

Zul saorang ayah yang penyayang, kata balunya, kesemua anak lelaki beliau lebih rapat dengan ayahnya..

Kehilangan beliau amat dirasai oleh balu, dan anak anak pada awalnya begitu 'murung' , tidak dapat menerima permrgian saorang ayah. Zul kemalangan ketika bermotosikal di jalan Batu 6, Teluk Intan, kira terlalu hampir dengan rumah beliau.

Dan perginya pun genap 10 tahun keluarga beliau menyambut kehadiran menantu , pada 05061997.

Sama sama kira sedekah Al-Fatihah untuk arwah pada hari ini, sempena genapnya 4 tahun pemergian beliau, pada tarikh 05062007.

Alfatihah.

Latiff Hariri
0001 05062011
Sungai Petani

No comments: