Hakikat kita berkeluarga ni, pada saya, bermula pada awal perkahwinan saya.
Jangan salah anggap pulak, sebelum ini pun berkeluarga jugak, tetapi lebih kepada ekoran mata emak dan bapak, yang sentiasa mengikuti perkembangan anak bujang mereka ini.
Saya pada awal remaja sebaik tamat SPM, sudah memulakan karier mengisi masa lapang menunggu keputusan SPM. Waktu itu tiada yang pelik tentang kehidupan separuh kerja, separuh hati teruja untuk sambung belajar.
Tapi, bila saya membuat keputusan untuk bekerja sahaja, dan menolak tawaran untuk sambung belajar dari satu institusi milik MARA dan sebuah Jabatan Kerajaan itu , saya mula merasakan kelainannya.
Kelainan ini dari segi pemerhatian keluarga, samaada dari emak dan bapak, mahupun dari kakak, abang dan adik adik, serta sepupu duai serta makcik pakcik yang sering saya berhubung setiap kali percutian mahupun bertemu setiap hujung minggu.
Ada dua perbezaan, yang positif dan yang negatif. Semuanya dari persepsi mata hati sayalah. Bukan mahu mengkritik tetapi lebih kepada mahu berkongsi pengalaman bersama keluarga saya yang besar ini. Bukan sahaja adik beradik saya yang berjumlah tiga belas itu, tetapi dari keluarga emak dan bapak, yang begitu besar dan rapat hubungannya ketika itu.
Emak mempunyai lebih 10 adik beradik, begitu juga dengan Bapak.
Ini pengalaman yang saya mahu kongsikan untuk renungan anak anak , serta anak anak buah saya, supaya dijadikan iktibar.
Bila kita tidak berpelajaran tinggi, tiada kelayakan yang sepatutnya, kita sendiri akan merasa betapa rendahnya diri kita. Padahal, emak bapak waktu itu memang mahukan saya menyambung pelajaran, tetapi tidak untuk diri saya. Jadi, secara semulajadi saya merasa akan rendahnya diri ini dari mata mereka.
Saya tak mahu sentuh tentang pandangan rakan serta orang luar. Biar dari sudut mata saya tentang perhatian dari keluarga saya sahaja.
Saya bersyukur walaupun saya gagal memenuhi impian Bapak terutamanya, tetapi setiap kali ke tempat kerja, pasti Bapak menasihatkan saya supaya bekerja dengan penuh jujur dan ikhlas, tak dilupakan jua diberitahu beberapa ayat ayat AlQuran yang sesuai untuk diamalkan setiap kali dalam perjalanan ketempat kerja mahupun, bila berada didalam tugasan.
Bapak tidak menunjukkan kekecewaan beliau walaupun saya tahu diawalnya beliau agak 'marah' dengan kegagalan saya itu.
Tapi itulah, emak banyak memberi motivasi kepada Bapak, betapa setiap anak itu berbeda cara tegurannya, dan tidak semua anak akan menjadi apa yang ibu bapa inginkan.
Ini yang positifnya.
Ada pakcik makcik yang sama sama bekerja sebaik tamat SPM seperti saya itu, memberi galakan serta perangsang untuk saya terus maju walaupun pelajaran tidak sehebat mana. Saya tak akan lupa akan kata kata perangsang pakcik makcik ini.
Tetapi, tidak dinafikan , ada yang memandang rendah akan keupayaan saya ketika itu. Bukan mereka yang pandang rendah, tapi saya yang fikir begitu.
Mereka yang rapat dengan saya ini ada jugak yang dari lirikian matanya menyatakan ketidakselesaan dengan saya dek kerana mereka berjawatan, ataupun sedang berada di IPTA . Saya faham sangat .
Ada suatu ketika itu, sesaorang itu pernah memerli sinis,
" Alah, dari setandan kelapa, ada yang tak elok juga" .
Memang sinis, tetapi saya telan aje. Saya tiada apa pun nak dibanggakan.
Tetapi ada suatu ketika itu bila saya pulang dan bertemu dengan sesaorang itu bersama kereta jenama Jepun pertama saya itu, sesaorang itu bertanya yang soalannya dapat saya dengar,
" Eh, itu si Latiff ke? "
Sah ! mata duitan!! Kejayaan bukan dipandang dari harta benda, tetapi dari isi Agamanya, itu yang UAI selalu celotehkan.
- Latiff Hariri -
1738 05062012
Sungai Petani
Dalam keluarga saya anak kedua.
Bapak selalu kata saya ni keras kepala, suka melawan dan berani.
Dari kecil, saya tak suka belajar... Saya suka meranjau sekitar kampung, masuk hutan, main dan bersembang. Kelebihannya, orang orang kampung kenal saya sorang saja anak bapak berbanding adik beradik yang lain.
Bila time Raya pulak saya yang akan dapat duit raya lebih sebab saya akan sukat kampung sampai habis 3 hari raya.
Kakak saya? Memang saya tabik kat dia. Anak kesayangan bapak dan mak. Hobi dia, baca buku kot, sebab saya selalu tengok dia baca buku.
Kakak, saya rasa boleh baca ketika usianya 5 tahun sebab masa tu bapak dah bawak dia pi sekolah. Anak anak cikgu dulu dulu memang ada kelebihan, dapat pi sek awai dan boleh masuk kelas ikut suka tak payah ikut umur. Tapi bila time exam sek atau exam awam baru ikut umur dan kelas sepatutnya. Jadi kakak akan baca buku sepanjang hari dan sebelah malam dia akan belajar dgn bapak... Itu yang saya ingat.
Bila kakak cerita balik pada bapak cerita dari buku yang dia baca, saya akan jadi tukang dengar, sebab saya tak suka baca, pastu saya akan komen cerita itu dan buat tambahan sendiri ikut suka saya. Bahan2 yang saya dengar ini menjadi topik yang akan saya gebangkan bersama2 kawan esoknya.
Hehe... Kawan kawan akan anggap macam saya yang baca cerita tu.
Dipendekkan cerita, kakak menjadi pelajar pintar di sekolah. Dari darjah 1 - 6 dia akan dapat no 1, penilaian darjah 5 sudah tentulah 5 A.
Kemudian dia mendapat tawaran ke sek berasrama penuh Seri Puteri Kuala Lumpur. Waktu tu saya baru darjah 4. Kejayaan kakak bukan sahaja membanggakan mak dan bapak tapi cikgu kat sek dan orang kampung pun dok sebut2 pasai kakak. Bila orangg tengok saya, depa senyum ja.. Masa tu saya tak tau apa makna... La ni baru saya faham...
Hehe. Adik tak sebijak kakak.
Duduk di rumah saya selalu bertengkaq dgn bapak... Ada sahaja topik yang bercanggah pendapat sure kami bertikam lidah menegakkan hujah masing masing.
Bapak cepat panas, bila saya sentuh bab bab keagamaan, dia selalu melenting (walaupun tak sebijak kakak, saya dapat jugak melanjutkan pelajaran ke SMK Agama Kedah). Arwah mak selalu tegur saya sebab saya selalu lawan cakap bapak. Bab ni saya kalah, bila mak masuk campur, saya akan berundur dan minta maaf pada bapak. Tapi saya ni jenis ada ego jgk la... Tak mau minta maaf 'direct' pd bapak... Selalunya saya akan tulis surat minta maaf dan letak dalam diarinya. Tapi yg bestnya bapak saya berhati lembut, bila dia baca surat saya, dia akan jadi baik dgn saya esoknya.
Hehe...
Antara kata2 bapak yg masih saya ingat ialah,
" hang bukan tak pandai, tapi hang penyegan"
" Hang ni kalau dapat jadi kerani pun dah kira oklah dan dapat kawin dgn org reja kilang."
Kata2 bapak tu tak berbekas pun dihati saya.
Tapi bila saya nak kawin, bapak tanya, "laki hang kerja apa?"
Saya kata la, " Kan bapak suruh kawin dgn orangg reja kilang, dia ni kerja kilang la."
Lazer!!
Bapak diam ja...
Tapi bila saya bagi tau kata saya sambung buat master, bapak mula bangga dengan saya. Dan skrg bapak dok tanya bila nak sambung phD... Hehe, dia ingat senang ka?
-Umifathimah-
11:11 14062012
Kedah Darul Aman
No comments:
Post a Comment