Bukan daya usaha saya seorang, tetapi, Pak Lan, Din dan Hariri, dan yang penting, kemahuan mesti ada pada yang empunya diri.
Bergerak meningglkan SP , berdua dengan Izzuddin, hujan sepanjang jalan bermula dari Kepala Batas, hingga ke Rawang.
Di Permatang Pauh, menjemput Faizan, tepat 240 ptg, mengarah ke Parit Buntar/Bandar Bharu untuk menjemput Nazir.
315 menunggu di tol Bandar Bharu, si Fuadi talipon , minta saya perlahankan perjalanan ke tol bandar Bharu, saya ia kan aje lah. Yang penting hati dia terbuka untuk meraikan rakan rakan semua.
Faizan didalam hujan renyai menaiki kereta, bersalaman dengan saya dan Izzuddin.
Sepanjang jalan, saya persoalkan banyak perkara kepada Faizan untuk beliau jawapkan.
Ni, abang Baharul Fuadi ni, saya dah sampai tol , baru beri kata setuju nak ikut sama.
Nazir sampai 10 minit awal dari Fuadi.
Dalam hujan lebat mengarah ke selatan, jalan sesak gara gara kemalangan yang banyak berlaku.
Tiba di Simpang Pulai, untuk menjemput Nazri Noor. 510petang
Nazri jemputan terakhir. maknanya saya, Faizan, Nazir Nawar, Baharul Fuadi, Nazri Noor dan Izzuddin
Berhenti Asar di Tapah 540ptg, dan maghrib 715
malam di R&R Jejantas Sg Buloh.
Tiba di Al-Rawsha 810mlm.
Kami yang jadi Tuan Rumah!? Macammana ni?
Kami sambut Badrul Hisham dan Pak Lan, bersama Hashim.
Di ekori Hariri Kassim
Azmi Azuar
Azman Isa
Azuan Radzi
Norwazee
Din Selamat dan Lebai Ibrahim Saud
Mustaffa Ahmad
Hatta Ghazali...., Naseer Hanapi dan isteri
Hatta, Nazir, Fuadi, Hashim dan Roslan.
Memasuki gelanggang untuk memulakan acara menghampiri 900 malam
Quarter Half, Forward, Back.... masing masing mengambil tempat masing masing
Doa diterajui oleh Mohd Naseer Hanapi, disebalah kiri , isteri beliau yg juga camerawoman khas Al=Rawsha. Kelihatan juga Nazir membelakangkan, dan Hashim disebelah Naseer
Doa dah selesai, perlawanan dimulakan.......
Izzuddin memulakan mande kambing, Cameraman , anak bongsu saya yang berusia 14 tahun.
Izzuddin memulakan mande kambing, Cameraman , anak bongsu saya yang berusia 14 tahun.
Rakan rakan tanya main rugby tak? Badannya mengalahkan remaja Tingkatan 5.
Sedang kami enak mengatur gerak gempur, pemain tambahan mamasuki Gelanggang, dimulai oleh Razak Yusuf, dan 15 minit kemudian Mohd
.
Makin semngat kami berjuang.
Nassir dan Mohd, pertama kali jumpa lepas SRP/SPM. Dua dua staff IPTA.
Hariri dah berat kepala separuh masa pertama pekene nasi mande kambing ni, jangan berundur, teruskan, pastikan kita menang.
Permainan tamat bila pemain terakhir Mohd berjaya menyelesaikan sepinggan Mande Kambing
Kesemua pemain mula berkumpul untuk menanti sepakan terakhir dari beliau.
Peneraju Utama Malam ini, Roslan Abdul Rahman, aka Pak Lan, memberi taklimat arah tuju malam ini, serta wawasan beliau untuk 1 May 2011, semua tumpu beri perhatian.Hariri dah berat kepala separuh masa pertama pekene nasi mande kambing ni, jangan berundur, teruskan, pastikan kita menang.
Permainan tamat bila pemain terakhir Mohd berjaya menyelesaikan sepinggan Mande Kambing
Kesemua pemain mula berkumpul untuk menanti sepakan terakhir dari beliau.
Pak Lan , Din dan saya , mempunyai misi yang sama, sepertimana rakan rakan SMDA jugak
Saya kemaskini lapuran rakan rakan kurang bernasib baik, termasuk waris waris Allahyarham2
Aziz Bashir, Zainal Azmi(mc Helm), Azhar Aziz, Yusri Yusuf ,Zulkifli Bahrain dan yang terkini, yang mengejutkan saya, Marzuki(KTMB) pada minggu yang lalu!! Innillillahhiwainnahirojiun....
Aziz Bashir, Zainal Azmi(mc Helm), Azhar Aziz, Yusri Yusuf ,Zulkifli Bahrain dan yang terkini, yang mengejutkan saya, Marzuki(KTMB) pada minggu yang lalu!! Innillillahhiwainnahirojiun....
Ada yang mengusik saya,
"Hang ni Latiff , dimana mana ada, hari tu kat SMDA, sekarang kat KE pulak"
"Tip, hang dulu kat Lenggong ke? Bukan ke hang kat KE dari sekolah rendah?"
Terima kasih kepada semua yang tahu perkembangan diri saya.
Tapi, Arwah Marzuki adalah rakan sekolah rendah KE hingga Tingkatan 5. Pertama kali jumpa beliau 3 tahun SPM 1981 diaatas koch KTMB mengarah dari BM-KL petang Khamis jam 240ptg, di awal rumahtangga saya dengan Roziah.
Dari jauh beliau mula periksa tiket tiket penumpang, saya memang cam sangat arwah, saya tunggu aje, hingga beliau meminta tiket, lalun saya kata, "ya, en Marzuki..."
Terkejut beliau, lepas tu saya jadi pembantu beliau dari koch ke koch hingga di hujungnya kami duduk kerusi berdua, bercerita hingga ke KL.
Adalah 2-3kali saya satu koch dengan dia, tamat disitu sahaja, hingga kini, selepas lebih 20 tahun, hanya berita kematian yang saya terima. Kecewa dan sedih.
Alfatihah. Kita pun menuju kesana.
Setelah semua jelas dengan arah tuju Pak Lan, envelope putih bertukar tangan, dari satu ke satu, hingga kesemua 20 pemain ' melakukan drop' terakhir untuk jaringan disaat saat wisel penamat.
Topi bertukar tangan untuk pengisian dana Class of 1981 SMKEVII
Sementara menanti Juri memberi kemenangan kepada perlawanan malam ini, pemain bertukar no handphone
Sementara menanti Juri memberi kemenangan kepada perlawanan malam ini, pemain bertukar no handphone
Tahniah, dalam sekelip mata RM1500.00 terkumpul!! Hebat! Juri malam ni, Pak Lan ketua juri, latiff , Din dan Sham pemerhati
Tapi ditolak (-) bil makan malam ni, ada lagi setengah berbaki, yang dijadikan mata pusingan , memihak kepada Class 1981. Al Rawsha gagal mengalahkan Class of 1981!!
.
Kehadiran 20 wakil SPM 1981 SMKEVII menentang Al Rawsha, diaraikan bersama
Dalam nak berfoto, masih bergurau
Dalam nak berfoto, masih bergurau
Scrumdown now! Kesemua dalam mood ceria atas kejayaan di AL Rawsha
Di luar gelanggang, kami masih belum mahu meninggalkan malam bersejarah ini, sambung berborak didepan pintu masuk hingga mencecah 1115 malam.
Yang Pertama, Mustaffa Ahmad, diikuti Nassir Hanapi dan isteri, dan wakil utara yang diterajui saya , yang ketiga memohon diri.
Acara berpelukan sambil mengusap belakang badan rakan adalah biasa bagi saya, sertak kata kata doa dan harapan agar kesihatan dijaga selalu.
Bergerak ke arah Plus Bukit Lanjan. Memang mengantuk, tapi Nazri tak henti henti berkisah pengalaman berniaga dia. Seronok jugak ni. Kami berhenti rehat agak lama di R & R Tapah, saya lena setengah jam dlm kereta, dan dibekalkan setin ari dan sebungkus kopi panas, yg menyegarkan mata saya.
Tiba di Simpang Pulai jam 245 pagi.

Fuadi cek tayar keta didepan rumah Nazri Simpang Pulai, 320 pagi, 12122010
Dan kali ini Fuadi pula peneraju bicara pagi didalam kereta, bersama Faizan dan Nazir.
Saya berkongsi pengalaman dengan mereka tentang keakraban saya dengan Raja Anuar, serta Wizan, setiap kali berpeluang untuk bercuti bersama.
Remaja dari utara, masih siang, baru jam 0400 pagi
Teruskan perjalanan, tinggal kami bertiga didalam kereta ni. Kami tiba di Permatang Pauh pada jam 430 pagi, dan berpisah dengan Faizan

Saya sudah berbincang dengan Faizan, dan akhirnya sesuatu rahsia yang saya simpan selama ini hampir terungkai diantara saya dan Faizan. Saya sudah tahu kisah ini sejak tahun 1973, tetapi tersimpa begitu sahaja. Faizan sudah berjanji akan merungkai segalanya dalam masa terdekat ini.
Saya dan Izzuddin teruskan perjalanan ke sungai Petani, dan hanya berada didalam rumah seawal jam 0500 pagi 12122010.
Terus upload foto terkini kedalam FB.
Tapi kena tunggu hingga penulisan ini siap sepenuhnya.
Dari subuh 11122010 jam 4 pagi mengambil anak saudara yang datang bertandang dari Padang, Sumatera Barat hingga kesaat ini 2130mlm 12122010, sudah mencecah 51 jam, mata saya belum mahu lena.!!
Terima kasih kepada kesemua 20 Warga SPM 1981 SM KING EDWARD VII TAIPING,
pasti SESUDAH 30 TAHUN akan terlaksana pada 1 MAY 2011
MAGNI NOMINIS UMBRA
Latiff Hariri
2133 12122010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment