SGV - Dibaca denganminda yang terbuka sahaja
Kami tiba di Nilai melapasi jam 940 malam, dah menanti Suzaili di restoran berhampiran. Saya terus menelinap menyambut beliau. Pertama yang saya tanya,
"U tau tak, last week kita ada reunion di KL"
Lega, bila Suzaili kata dia tahu dan sudah maklumkan kpd pak Lan atas ketidakhadiran beliau.
Berbual sambil pekena sorang segelas kopi dan radix, rakan yang saorang ini sampai pulak.
Iras wajah Tingkatan 5 dulu masih ada, cuma semakin gempal berisi.
Salam pertama selepas 29 tahun berpisah. Terima kasih Jamal atas kesudian anda brsusah payah dari Ampang ke Nilai
Bila Suzaili dan Jamal bersalaman, dalam sekelip mata Jamal menyebut nama Suzaili, tetapi Suzaili gagal mengecam siapa yang bersalaman dengan beliau. Bagi ' clue' pun dia masih gagal.
Bermacam soalan, kelas mana, sastera atau sains, budak asrama, siapa gang gang Jamal pun, Suzaili masih 'blank'. Akhirnya diperkenalkan Jamal Wahid.....
Saya kata aje, ni gang jahat duduk belakang Kelas 5sc1 bersama Gelong, Raja Anuar, Dollah, Nazri, Latiff, Roziaedy......
Saya kisahkan semula tentang keglamouran Menglembu yang ditukar menjadi Melbourne oleh Jamal Wahid ketika Tingkatan 5 dahulu.
"Hang ingat Tip nama tu?"
Manakan saya lupa, memang kelakar, sebab ibubapa Jamal menetap di Balai Polis Menglembu. Dan saya katakan disini, si Suhaimi Gelong pernah berkelakar didalam kelas 5sc1 bila beliau menerima surat dari kenalan Indonesia , sorang cewek, yang suratnya dialamatkan ke Balai Polis Aulong. Mengikut telo Indonesia, Mi gelong bacakan alamat beliau sepertimana diterjemahkan gaya Indonesia," Kepada Suhaimi Ghani, JKR xxxx, Kantor Polisi Aulong, Taping Perak."
Ketawa basar kami di belakang sambil dijeling rakan rakan ulat buku dihadapan.
Hatta pulak bersalaman dengan Suzaili, yang dekat paling lewat sampai. Jamal dah tersengih melihat Hatta. Yalah, mereka dari 1 Rancangan Khas , seasrama.
Salaman pertama selepas 29 tahun. Wajah wajah ikhlas menadakan persahabatan ini masih utuh.
Saya dan Jamal lebih banyak bercerita kenangan pahit manis di asrama . Bukan mengungkit, lebih kepada dijadikan pengajaran baik buat kami berdua.
Di asrama terutamanya, kami bukannya jahat yg amat jahat, sekadar nakal, dan sering di denda oleh Cikgu Harun dan pengawas2 senior, hinggakan ada perasaan 'tertanya', mengapa senior terlalu mem'buli' kami waktu itu.
Tapi , pada saya Jamal ok, lebih kepada terikut ikut dengan saorang dua rakan yang nakal dari kelas lain, hehehe. Semasa Tingkatan 5 saya sekelas, saya buat dek aje dengan dia, hahaha.
Lagi pun , kelas pertama ni, bukan kelas hujung, semua jadi manusia apa? Termasuk yang dihujung pun.
Suzaili dangan Hatta, mereka ulat buku, jenis tak kacau orang, tapi saya yg suka kacau mereka terutamanya Hatta. disebabkan keperibadian mereka yang lembut, saya gagal jugak mengusik mereka ni, akhirnya, jadi kawan baik hingga kini.
Suzaili di Bangi Lama, Hatta di Enstek berhampiran F1 sedangkan Jamal Wahid di Ampang, saya di Shah Alam sek 4, ehhhh, dah tinggal kenanagan dah. Saya di SP, bukan SA.
Ini minum malam hingga ke dinihari yang dapat kami lakukan untuk minggu ini. Memang besar hati sangat sangat kepada rakan bertiga ini, kerana sanggup menyambut kehadiran saya didalam kesesakan malam serta hujan lebat.
Bila kenang semula kisah lama ni, saya pernah cerita didalam blog ini, tentang komen Cikgu Harun suatu tengahari di Seberang jaya , terduduk semeja makan sekeluarga dengan beliau.
Beliau bangga dengan kami semua, nakal tapi, jadi orang. Saya boleh bayangkan perasaan saorang guru yang memberi komen begitu.
Yang menjadi terbaliknya sekarang, ia, sepertimana roda, yang membuli kami sekarang ni, masih berjaya membuli warga Malaysia dengan terbabit dengan skandal 'pembunuhan' sensasi
dekad 90an dulu , dan yang terkini menjadi sebahagian dari Tok Dalang kes pembunuhan Teoh Beng Hock. Dua orang pulak tu !!
Saya suka memerhati, mereka masih tak berubah sepertimana alam persekolahan mereka.
Latiff Hariri
0822pagi 19122010
ITM Shah Alam
terbalik sebab syukur, kami jadi orang, yang membuli kami jadi........
No comments:
Post a Comment