Ingatkan di Kem Pakit yang pertama dan terakhir, rupanya ada pula peluang berkenalan dengan Pegawai Memerintah Kem Lapangan Terbang, di sungai Petani ni.
Ada juga sesekali saya memasuki Kem ini atas tujuan kerja, tetapi , tak tahu dan tak mengenali siapa bos nombor satu disini.
Awi jugak yang memungkinkan semua ini.....
Janjinya harus berada di Kem Lapangan Terbang jam 830 malam, kami terlewat 5 minit. Di rumah menanti kunjung kak Ainal , yang juga kenalan kepada Zawawi dan warga Lenggow sejati. Dia kecek Leggow sebijik.
Tiada masaalah memasuki Kem ini, sebelum ini, waktu saya berurusan kerja disini, kena tinggalkan kad pengenalan di pops kawalan.
Saya kira , kami yang terakhir sampai, dam majlis dimulakan 10 mint kemudian.
Makan , sembang, tambah makan, sembang, dengar anak anak muda ber'karoeke, befoto, itu aje acara malam ini. Lebih kepada rakan rakan ATM Zawawi yang sama sama memulakan karier awal mereka di Kem Lapangan Terbang. Mungkin juga seawal Leftenan Muda mahu pun Leftenan. Kira Zawawi dan Dr zaharah mulakan rumahtangga mereka disinilah jugak!
Akhir majlis jam 1140 malam. Saya sekeluarga bergerak ke hentian bas Sungai Petani, menghantar Kak Ainal yang mahu ke Kuala Lumpur , ziarahi anak beliau di sana.
Esok dah janji dengan Awi, minum petang dirumah serta jamuan makan malam di Tanjung Dawai.
Latiff Hariri
1000pg 07122010
Rumah Rehat Lenggong
No comments:
Post a Comment