Saya terbabas pagi ni. Tergesa gesa hidupkan enjin, dan terdengar dek Izzuddin, dia pun mahu ikut.
Sempat bungkus 10 kpg roti canai, 10 nasi lemak dan 20 kuih muih untuk sarapan pagi.
Ke kem Lapangan Terbang. Awi sedang bersiap. Sedih dan sayu pulak tengok babak ini, saya kaleh pandangan kat tempat lain, kamera Izzuddin yang fokus.
Saya terus pulang kerumah, bersiap untuk sarapan pagi.
Zaharah sekeluarga tiba seawal 810pagi, Kak Dah dan abang man terbabas lagi... hahaha.
Acara sarapan bermula 830 pagi, tak sangka sedap pulak nasi lemak bungkus ni.
Yalah, jauh tu, ke Kuantan memandu, nasib baik ada anak buah Zawawi yang turut serta dari kem Kuantan membantu pemanduan sekeluarga ini.
Kami sambung perhabis kuih muih dimeja.
Abang Man dah mula menyuruh Kak Dah bersiap untuk pulang ke Ipoh, padahal kalau dia nak kelik Ipoh, boleh bersaing dengan Zaharah tadi, tapi Haikal dan Adam masih lena. Saya
cadangkan , berjalan jalan sekitar Sungai Petani sahaja, mereka membisu. Macam anak dara tu, tanda setuju.
Jadi, saya segerakan gerakan, seawal 1020 pagi kami dah bergerak ke destinasi pertama, Gurun. Gurun dalam 25 km dari Sungai Petani, ke arah utara.
Gurun - Gunung Jerai dalam 12 km aje.
Jam 12 kami disini.
Macam kat mana ek? Oversea? Kashmir? atau Maxwell? Kami duduk di padang ni hingga ke jam 2 ptg, tak sedar, kerana udara dingin seolah baru jam 11 pagi.
Menyusur menuruni Gunung Jerai, mula terasa lapar.
Kami terus ke utara, ke pekan Guar Chempedak, dan membelok ke barat mengarah ke Yan.
Fikir punya fikir, akhirnya saya ke Pekan Yan Besar, ada pantai yang dinamakan Pantai Murni. Di situ ada Food Court mengadap laut
Kami di sini pun dah melebihi jam 230 ptg.
Pesan makanan goreng gorengan sahaja, sebab mudah.
Bergerak ke arah pantai, palig tepat, ke Tg Dawai lagi, beli ikan masin pulak.
Malam tadi makan makan dah agak lewat, banyak gerai ikan masin yang dah tutup jam 1 pagi.
Patah balik ke Sungai Petani, dah melepasi jam 4 petang pun, kununnya nak rehat sekejap dan mandi mandi segarkan badan, tapi.....
Abang Man lena hingga jam 830malam.
Makan malam dahulu.
Hujan renyai renyai, berlari anak memasuki kenderaan
Keluarga Abang Man Faridah hanya bergerak melepasi jam 10malam, punya lah lama mereka berfikir bila nak pulang, sejak dari pagi tadi.
Keluarga Abang Man Faridah hanya bergerak melepasi jam 10malam, punya lah lama mereka berfikir bila nak pulang, sejak dari pagi tadi.
Bukan apa, hanya mereka berdua yang tahu mengapa susah nak tinggalkan rumah ini, hehehe.
Tapat satu episod panjang diantara Kem Pakit/Ipoh/Georgetown/Sungai Petani ni.
Tunggu ajelah episod selanjutnya dalam siri lain
Latiff Hariri
1751 12122010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment