Bee Gees

Wednesday, 15 December 2010

Tetamu dari Padang

11122010

Bila anak buah dari Padang ini menalipon saya, mengatakan yang emak beliau mahu bertandang ke Sungai Petani pada hujung minggu ini, saya terdiam dan meminta beliau menunggu keputusan saya, sebelum membeli tiket bas di Shah Alam.

Bukan apa, rencana agak padat pada hujung minggu ni.

Sabtunya, seawal jam 8 saya sudah berada di pejabat, dan jam 2 sudah mula bergerak semula dari SP ke Kuala Lumpur untuk perlawanan Ragbi di Al-Rawsha itu.

Tapi, kerana tidak mahu menghampakan, akhirnya mereka berdua saya minta menaiki bas
pada Jumaat malam, dan akan tiba di SP pada jam 4-5 pagi Sabtu.

Itu yang membuat saya tidak tidur melebihi 51 jam pada minggu itu.

Pagi Ahad, 12122010, saya tiba dari Kuala Lumpur pun dah jam 5 pagi, terus berFB , dan masih sempat ke pasar pada jam 745 pagi untuk stock makanan seminggu

Meri pun tahu, masa perjalanan dengan bas agak memenatkan, jadi sebaik pulang dari pasar, terus ke stesen bas beli tiket ke Shah Alam untuk perjalanan jam 1030 pagi.

Supaya senang diingati, saya dekatkan alamat rumah yang terpampang untuk simpanan mereka
bila pulang ke Padang nanti


Saya tak periksa salalsilah keluarga sebelah emak saya ini, saya kira, Aqilah dan Meri adalah sepupu ke lima , sedangkan saya adalah generasi ke 4.

Kalau susunan keluarga Janaton, saya generasi ke 7.

Bas begerak agak lewat, melepasi jam 11 pagi
Dan Meri hanya menalipon pada pukul 6 petang untuk memberitahu yang beliau dan emaknya selamat sampai ke Shah Alam.

Hujung minggu saya habis begitu sahaja, tanpa aktiviti mengeluarkan peluh, tapi padat dan penuh dengan kenangan manis.


Latiff Hariri
0815pg 18112010
Nilai, Negeri Sembilan

No comments: