Bee Gees

Thursday 30 June 2011

Have Gun Will Travel

Terus terang cakap aje, sememang saya cuti sakit hari ini, dan dibekalkan Doktor ubat untuk turunkan tekanan darah ni. Tapi, saya sebenarnya bukan pengidap penyakit ini, selalunya saya normal. Tapi, pengakuan saya kepada doktor , " Saya melantak durian setiap pagi dan malam doktor."

"Eh, mana boleh macam tu Latiff, kita bukan orang muda...kurangkan makan durian." Itu nasihar doktor.

Tapi, hati saya muda pe?



Asri yang bawak aku mai sini, aku tak nak pun, kepala berdenyut denyut.

Perjalanan mengambil masa 2 jam, sarapan di rumah orang tua Asri , nasi berlaukkan gulai sukun dan ikan bilis goreng, hmm, bertambahlah tekanan darah tinggi dan angin ni.

Selain dari si Asri yang ada temu-janji dengan pihak PDRM, saya sempat juga membeli ikan pekasam dan ikan talapia hidup untuk dilaukkan malam nanti.

Kami berada di sekitar Permatang Kedondong pukul 315 petang, dan bermulanya acara serang hendap ini , tanpa berundur.

Kalau dahulu , main Police and Thief ni, hanya buah terung menjadi pelurunya, kini, sasarannya pelurunya yang 'hidup' dan sasaranya pun benda hidup. Dah lama saya 'mark' 'mereka' ni dari jauh. Nasib baik si Asri ada senapang ni.


Aksi ini agak ganas, senapang terpaksa dicensor dengan pokok kelapa.

Hanya mencuba dua tembakan, yang saya jangka satu kena pada sasarannya. Tetapi foto tidak boleh ditunjukkan, dijangka akan men'trauma'kan yang melihatnya.

Ini yang pakarnya.


Ada gaya Clint Eastwood tu.

High Chaparral di sawah bendang

Sekadar menghabiskan empat peluru hidup disini selama dua jam setengah.

Upahnya, makan durian di kebun dan dibawa pulang.

Tu, Asri dah jumpa sebiji untuk partner dirumahnya.

Laaaa, makan kat sini rupanya.

Kami tamatkan acara ini sekitar 630 petang. Pulang ke rumah untuk mandi dan solat, sebelum bergerak ke Pulau Pinang menghantar Asri ke Jamilah semula.

Dan bukan Jamilah yang menanti di tepi lebuhraya berhadapan Tesco ini, tetapi Gen2 yang bertayarkan kempis. Gen2 ini pancit tayarnya semasa Jamilah memandu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, dan ditinggalkan kepada Asri untuk diproseskan.

Sekitar 9mlm di Lebihraya pantai mengarah ke Jety dari jambatan Pulau Pinang.

Tak lama pun kami disini, Asri cukup mahir dengan Gen2 beliau.

Tart sering menjadi teman saya untuk perjalanan malam/jauh. Untung berkawan dengan orang muda dan bujang ni.

Akhirnya baldi berdurian serta senapang ini dikeluarkan untuk diserahkan kepada tuannya.


Jangan tanya berapa biji duriannya.

Tart yang paling seronok bergaya dengan senapang ini.

Bergerak ke Semenanjung sekitar 945 malam, dan kami berlima hanya berada semula di Sungai Petani sekitar 1030 malam. Entahlah, boleh kerjakah saya esoknya? Urat dibelakang leher ni berat aje. Cuma makan seulas durian sahaja hari ini.

Latiff Hariri
2118 27062011
Sungai Petani

Tuesday 28 June 2011

Riadah petang Ahad 19 Jun 2011

19062011

Petang Ahad ni, buat pertamakalinya , kami berriadahkan meja pingpong ni. Bersukan sambil melayan durian. Mainpun dah agak lewat , sekitar 6 petang.


Tart melayan anak anak buahnya.

Permainan pingpong ni, mula saya kenali di rumah Tok Bab , di Talang Kuala Kangsar sekitar usia saya 5/6 tahun. Setiap kali pulang ke Kuala Kangsar ditahun 70an dulu, meja pingpong Tok Bab( tapi sebenarnya Pak Cik Mat, adik bongsu Bapak) itu kami buka. Warnanya sama, biru, tetapi berkakikan kayu. Saya dan abang saya Rahman, akan bermain bersama pakcik Mat, yang saya kira, usianya sekitar 14-15 tahun ketika itu. Dari situlah minat saya kepada sukan yang kurang meletihkan ini.

Dan permainan beregu yang saya gemar, kerana kita boleh kucar-kacirkan balasan bola kepada pehak lawan yang terleka menanti giliran untuk memukul. dan pasti penuh dengan gelak ketawa bila pihak lawan alpa dengan pukulan dari kita.

Dah lenjun kemeja tu Najib! Balik rumah dulu, salin pakaian tu.

Oh, lawannya bebudak sekolah, patutlah pun.

Haaa, yang ini baru kena, pakcik2 berpartnerkan orang bujang.

Dan yang menang, hadiahnya durian yang dikopek oleh yang kalah.

Lena tidur malam tu dek kerana berpeluh.


Latiff Hariri
2140 27062011
Sungai Petani


Sunday 26 June 2011

Rancang, tapi Lain Yang Jadinya

Jumaat 17062011

Adakalanya kita merancang awal, kita doa supaya rancangan kita menjadi kenyataan, tapi adalakalanya lah, rancang sangat sangat , lain yg jadi. Tak rancang lagilah jadi caca merba akhirnya. Fikir fikir, dan bicara sana sini bersama rakan rakan. Siap pujuk , siap 'reminder' dikirim, akhirnya terpaksa tukar haluan.

Selesai kerja sekitar 5ptg, saya terus pulang, menjenguk durian yang luruh di kebun. Hm, sekadar 1 biji!? Ya, dua pokok yang lebat luruhnya sudah hampir kehabisan buah. Tak sampai sekitar 20 biji yang masih bergayut. Sedangkan yang 3 lagi,masih segan untuk luruh sepenuhnya.

Bila saya kirakan durian yang ada di dapur ni tidak melebihi 50 biji, saya terpaksa tukar haluan. Hantar dahulu apa yang ada untuk keluarga di Kuala Lumpur. Dan cuba aturkan minggu yang lain untuk rakan rakan OE/SMDA ni.

Untungnya ramai yang mahu menemani saya ke Kuala Lumpur. Anak anak jiran saya, Abang Omar, Si Mokhtar dan Zulkkifly menyerah diri untuk menjadi pemandu perjalanan malam ini. Dan disaat akhirnya juga, jiran, Najib memohon turut serta. Tak kan saya nak menolak.

Kami bergerak sekitar 630 petang sewaktu dengan Izzuddin mengarah ke kelas pianonya. Kami berempat memasuki Tol Kepala Batas sekitar 650 petang. Melepasi Taiping sekitar 8 malam, dipandu sepenuhnya oleh Mokhtar. Angkatan pakcik pakcik duduk dibelakang.

Mungkin pertamakali Mokhtar memandu memasuki Kuala Lumpur dengan bantuan hala tuju dari saya. Dan kami hanya tiba di Bandar Tun Hussein Onn sekitar 1130 malam.


Di rumah Rahman Hariri , bersama Zul, Tart dan Najib.

Selesai menurunkan sekitar 40 biji durian di rumah Rahman, kami dihidangkan kopi panas, mertabak segera serta lauk lomak cili padi berisikan umbut kelapa dan 'lobster' kecil. Meleleh air liur kami . Sekadar sorang satu dua hirupan tanpa nasi. Mengelak makan nasi supaya tidak mengganggu rancangan awal saya untuk menjamu jiran jiran ini di tempat kebiasaan saya.

Kami memasuki Al Rawsha sekitar jam 1230 malam untuk makan malam!


Selalu depa duk tengok aje dalam foto, la ni depa yang berada dalam foto disini.

Selesai makan sekitar 120 pagi. satu untuk kenangan.

Terus mengarah ke Dataran Merdeka, juga dipandu Mokhtar, untuk melihat apa yang 'happening' disini.

Datuk Najib dan Pak Latiff, jiran setaman. 130 pagi 18 June 2011

Untuk rekod aje memasuki Dataran ini, yang kami dah sampai KL, kami terus ke Shah Alam untuk kiriman durian kepada anakanda dan adik saya disana .

Tiba di Seksyen 17 sekitar 230 pagi.

Dalam diam, Mokhtar sudah mengayat pakciknya di Seksyen 25 untuk diajak keluar, dan diterima dengan besar hati oleh abang kita ni.

Bersama Bg Shipol, pakcik kepada Mokhtar/Zulkifly ni, Jam 3 pagi.

Selesai acara ini kami teruskan perjalanan pulang . Perjalanan dipandu oleh Mokhtar, Zul dan Najib, saya rilex aje.

Berhenti rehat di Tapah dan solat subuh di Kuala Kangsar sekitar jam 620 pagi. Memulanya, nak minum pagi disini, tapi saya cadangkan sarapan di SP sahaja, tapi sebelum tu kena jengok durian dulu.

Kami tiba di kebun sekitar 8 pagi, dan inilah hasilnya.



Sarapan durian di kebun.

Dapat dalam 10 biji pagi ni.

Dua biji kami langsaikan di kebun, 5 biji saya sedekahkan untuk Wan di Pinang Tunggal, lagi 3 saya bawa balik kerumah untuk anak anak.


Siap mandi, saya sambung lena hingga jam 3.30 petang. Itu yang panggilan tidak berjawab melebihi 6 panggilan tu. Semuanya dari rakan rakan SMDA yang menanti dan mengharap kehadiran saya untuk minum petang di Setiawangsa.

Maafkan saya semua, terutamanya Kak Mah , dik Nah dan Awie. Memang saya tak berdaya dan ada rasa bersalah, mengapalah hanya sekadar 40 biji durian yang gugur untuk dibawa ke KL. Kalau melebihi 50 biji, harus saya bawa bersama untuk minum petang bersama mereka. Ini alasan saya, tapi sebenarnya banyak alasan lain yang terpaksa saya terima demi keluarga dan anak anak. Letih tau, travel harian ni, kerana Ahadnya adalah hari bersekolah dan bekerja di Sungai Petani.

Saya pun terfikir juga, adalah baik kiranya rakan rakan SMDA dapat bersama sesama mereka, tanpa kehadiran saya dan Roziah.

Dalam duk berangan diatas katil ni, Badrul Hisham menalipon saya, yang beliau akan hadir untuk bertandang kerumah waris waris rakan OE1981, untuk permulaan agihan sumbangan dari rakan rakan OE1981.

Hanya teh o untuk Badrul sebelum kami berangkat kerumah Arwah Radzi dan , masih menanti panggilan Linda, adik kepada Arwah Yusree.

Dah siap tandatangan cek dan surat lampiran kepada 7 penerima yang pertama, sementara Arwah Aziz Basheer masih dinanti nama penuh emaknya , dari Jawaed.

Kami menuju ke rumah Cikgu Shamsinar, balu Allahyarham Radzi.

Di rumah Arwah Radzi sekitar 630 petang.

Sham menandatangani surat pendua sebagai pengesahan penerimaan cek dari OE1981.

Kiriman kata kata dari Cikgu Shamsinar , " Sampaikan salam saya dan anak anak untuk semua rakan Radzi dan ucapan terima kasih atas ingatan ini. "

Dan saya ingatkan Shamsinar supaya sentiasa kemaskini perkembangan pelajaran anak anak, dan berkongsi saat suka duka mereka bersama OE1981.

Linda adik Yusree masih membisu dan kami hanya sekadar 10 minit dirumah Shamsinar.

Bergerak ke kebun saya untuk tengok apa yang ada , Badrul mengekori dari belakang.


Memasuki kebun.

Badrul bertanya, apa rancangan selanjutnya di kebun ini. Jawapan saya , nak bina apartment 10 tingkat, hahahha. Apa punya jawapan!!?

Senja di Permatang Kedondong.

Dapat 2 biji durian senja ini, satu untuk engkau, satu untuk aku.


Sebelum beredar, dua rakan yang tarikh lahirnya sama ni, berfoto dahulu, bezanya mak pak lain lain. Tapi lahirnya di Taiping jugak, nasib baik tak tertukar masa kat hospital tu.

Menghantar Badrul sehingga simpang Pinang Tunggal, untuk beliau pulang ke Kulim melewati Padang Serai-Lunas.

Sekejap aje pun , tapi sebagai Setiausaha Bersama OE Class 81 ni, dia sanggup datang untuk pengagihan sumbangan kepada anak anak yatim OE1981.

Terima kasih Badrul. Terima Kasih Mokhtar, Zul dan Najib yang sudi menjadi pemandu sepanjang perjalanan pergi balik ke KL tu.


Latiff Hariri
1340 19062011
Sungai Petani

Disiarkan serentak dengan sarapan pagi bersama rakan rakan SK King Edward VII-1 di Taiping.

Friday 24 June 2011

Sepanjang Minggu Yang Berlalu

Minggu kedua Jun ini banyak saya habiskan masa di pejabat dan di rumah sahaja, selain berkebun. Nak berjalan lagi, poket dah tenat rasanya, hahaha.

Jumaat malamnya , Aqilah pun pulang dari Shah Alam ,semata mata untuk hadiri kenduri kawin dibelakang rumah, serta menjenguk sebiji dua durian di kebun

Jadi sekadar ke kebun pada petang Sabtu 11 Jun. Selain dari majlis perkahwinan anak jiran dibelakang rumah, Abang Rahman.

Sebab majlis terlalu dekat, saya dan Najeeb hanya bertandang sekitar pukul 230 petang, tapi kami yang paling lama bertandang. Kami meninggalkan majlis melepasi azan Asar.



Kami makan nasi berlaukkan kampung, saorang dua pinggan. Selamba aje, nak segan apa?

Rumah jiran setaman .
Rizal dan Adda

Dah kenyang, apa yang menarik untuk dilakukan?

Daripada saya lena petang , ada baiknya saya ke kebun sahaja. Kalau tak jengok , nanti monyet pulak yang tolong jengok buah buah tu.

Dalam perjalanan , bertembung pulak dengan kesesakan lalulintas.

Selekohnya tak tajam, tapi bagi mereka yang lalai pasti kecundang. Ini yang terjadi berhampiran jalan Padang Temusu-SP, mengarah ke Giant, petang Sabtu.

Maut seorang anak teruna Melayu

Petang ni dapat 3 biji sahaja.

Izzuddin menebang sebatang pokok pisang awak yang sudah tua buahnya.

Ini yang masih gagal meluruhkan buahnya, ada lebih 50 biji

Nangka Madu ni ada dalam 3 biji buahnya, kau nanti aje lah pokok oi....

Cempedak.

Pokok padi remaja.

Akhirnya, dapat setandan pisang, jantung , daun pisang dan durian untuk diraikan dirumah nanti.

Tapi, mereka bukannya nak berdinnerkan buah buah tersebut, lebih kepada Chicken Chops & Steaks di Hotmas.

Makanan murah dan mewah di restoran Hotmas Sungai Petani.

Ini durian yang cuba saya simpan dan peram untuk dibawa bertandang ke Kuala Lumpur 17 Jun nanti.

Tapi dalam duk menanti kehadiran rakan rakan ni, Kak Ainal yang menjadi tetamu pertama yang menyahut cabaran 'bau' durian di Teratai Indah ini.

Kak Ainal..... tak pernah kenalpun masa di Lenggong, hanya mula kenal di SP, asalkan pernah duk di Lenggow, pasti akan jadi rakan/kawan seterusnya.

Kira Kak Ainal yang kedua, yang pertama menjamah durian ni, si Asri, cuma foto tiada,sebab buahnya di ambil dari bonet kereta saya semasa saya sedang bekerja petang selasa 7 hb. Itu yang bertukar dengan ikan lome pekasam 20 bungkus tu!!

Ada rakan rakan pejabat yang mula menanya dan meminta saya menjadi tukang supply ikan lome pekasam ni, saya fikirkan , kalau bulan ramadhan ni, buka gerai pasar malam jual ikan lome ni, boleh kaya ni.

Dan rakan rakan Izzuddin turut memeriahkan pesta durian ni.

Kawan kawan basikal Izzuddin.


Latiff Hariri
1120 19062011
Sungai Petani

Wednesday 22 June 2011

Minum Petang Bersama Tok Ibrahim/Makcik Esah

Sebaik keluar dari rumah Emak, kami pun terus mengarah ke Kamunting, paling tepat Kg Jana, untuk mencari rumah tok Berahim dan mcik Esah. Jiran Polis kami, masa di Balai Polis Aulong.

Pak Ibrahim ada 8 anak rasanya. Yang masih saya ingat Arwah abang Zainal, kak Zainab, Zaimah, Yeye, Arwah Zul, dan 2-3 lagi yang saya kira masih terlalu kecil masa itu, untuk saya kenali.

Ternyata rumah lama mereka telah diambil alih oleh KTMB untuk trek berkembar, dan terus bertanya rumah jiran bersebelahan kemana mereka berpindah. Dan tertanya dirumah Kak Khairiah ni, yang juga rakan satu kelas kakak saya Shamsiah. Kak Khairiah kini guru di Sekolah Convent Taiping.

Senang kerja kan, kalau ramai yang kita kenal dan kita pun dikenali.

Rupanya rumah Tok Ibrahim ni diluar berdekatan jalan besar Kamunting.


Faiqah bersalaman dengan Makcik Esah

Kena soal jawab dengan isteri Polis, hehe, nasib baik bukan dengan Polis.

Dengan Makcik Esah ni, banyak benda yang dia soal. Yalah, setiap 10 tahun kali baru saya timbul, hahaha.



Pak Ibrahim , anak buah Pakcik Mokhtar di Balai Polis Aulong tu. Pak cik Ibrahim baru lepas dibedah jantungnya. Tapi suara masih power dan ingatan kuat. Banyak kisah lama masa di Aulong diungkit semula untuk saya jawab dan selesaikan. Kemana perginya anak anak Hariri, anak anak polis yang lain....

Kami dijamu kuih donut air tangan Mcik Esah dan Zaimah. Sepatutnya kuih tu untuk Hotel di Pahang. Jauhnya pesanan!!



Kami disini sekitar 40 minit. Dah melepasi tengahari, mata mula mengantuk semula.

Saya jangka akan tiba di SP sekitar pukul 5 petang, untuk bertandang kedusun durian melihat ada dak buah yang gugur.


Latiff Hariri
1050 19062011
Sungai Petani

Monday 20 June 2011

Kayuhan Santai D' Taman Danau Taiping

Sesampai di rumah, menjadi kebiasaan saya, mengeluarkan kesemua baju kotor dan dicampakkan kedalam mesin basuh untuk dicuci segera dan boleh dijemurkan pada malam hari. Jimat masa.

Dalam membelek belek durian ni, saya masih berdolak dalih, samaada mahu menerima undangan adik saya ini, supaya pulang ke Taiping untuk berbasikal . Awal lagi pun untuk buat keputusan, biar selesai mengemas pakaian dan durian ni dulu.



Antara durian yang dapat kami kutip pada malam buta ni.

Selesai semua, sekitar pukul 10 malam, saya membuat keputusan untuk pulang ke Taiping. Hanya ganti pakaian baru kedalam beg, kami berpatah balik ke selatan.


Begini jadinya bila dari remaja 'gile' berbasikal.

Tapi , sebelum pulang, kami supper dahulu di restoran kegemaran anak anak ni, HotMas.

Makan pun sekitar pukul 11 malam.

Yang ringan bagi saya, mihun goreng.

Kami memasuki Tol SP Selatan sekitar pukul 12 malam, perjalanan lancar dan hanya tiba di rumah Emak sekitar 120pagi. Terus lena.

Paginya, sekitar 650pagi, kami sudah memulakan kayuhan , keluar dari Seri Kota mengarah ke Rumah Hijau Pokok Assam untuk menjemput abang Khalid yang sanggup datang dari Shah Alam semata mata mahu merasai suasana Taman Tasik Taiping.

5 Jun 2011


Dewan orang ramai, Taman Seri Kota.

Sekitar 710 pagi kami sudah berada didalam kawasan Tupai, mengarak ke Lake Garden dengan laluan 'shorcut' yang terus memasuki Taman Tasik.

Mengelilingi separuh dari Taman Tasik, terus mengarah ke Penjara Taiping, dan langsung ke SR King Edward VII-2/Treacher Methodist Girl School ni. Memasuki MRSM dan terus ke kaki Bukit Larut.

Rashi dan abang Khalid sekeluarga mahu mendaki puncak Bukit Maxwell dengan basikal..., eh, dengan jeep la. Beratur beli tiket.

Hmmm, dulu dulu ada jugak 'syok-syok' kat bebudak sekolah ni, tapi jauh la dari SRKEVII-1 tu.

Lagi pun rival terdekat (adik tiri) ni berjiran dengan TMGS, itu yang tak jadi dengan bebudak TMGS, mengarah ke Convent pulak!!

Kalau nak mendaki dengan berjalan kaki seperti masa Tingkatan 2 dahulu, taubat ek, saya tak akan menyusahkan diri lagi!!

Masa tu saya dan rakan rakan Aulong terutamanya Zairul, abangnya, adiknya, melebihi 10 orang rasanya. Terima kasih semua atas kenangan indah ini 33 tahun yang lalu.


Tiket hanya ada untuk jeep pukul 2 petang dan turunnya 4 petang. Beli aje lah.

Selesai membeli, kami mengarah ke sebelah kanan untuk mendaki Kolam Jabatan Bekalan Air Taiping ni. Tak ada kuasa dah masa ni.

Lihat air terjun dibelakang tu. Angkatan lewat 40an sedang beraksi.

Air terjun yang menyegarkan,hanya untuk basuhan muka sahaja.

Seakan akan jambatan zaman perang dunia kedua dahulu. Masih kukuh, tapi mengapalah jabatan Muzium tak ambil inisiatif untuk memeliharanya?

Abang Khalid Mokhtar didepan War Memorial

Dalam kawasan Bermeese Pool

Manalah tahu, lepas ni basikal bertukar menjadi kuda pulak

Rendang dan nyaman, laluan ditepi Zoo Taiping

Syahdunya...ini lokasinya tahun 70 dulu, Broery Marantika dan Sharifah Aini

Pasangan ceria abang Khalid dan Liza pulak menggantikan Broery dan Sharifah di tahun 2011

Pos mengancam dari Izzuddin

Sojuk mato den.

Kat sini, kalau tak posing maut, silaplah. Ini 'trade-mark' Lake Garden Taiping.

Kami tamatkan acara kayuhan santai ini sekitar pukul 11 pagi. Letih? Tak ada lah. Seronok ada le. Rasa macam usia remaja jugak, sekitar 30 tahun lalu berjayuh dengan rakan rakan sekolah disini, tak pun 'Cross Country' Sekolah, yang saya anggap deraan dari sekolah kepada murid murid yang kaki 'bangku' ni. Ada ke dipaksa habiskan larian 3 km lebih untuk setiap pagi sabtu/Ahad. kalau tak hadir kena DC . Kejam sungguh, hahaha.


Ini acara exercise perut

Selesai sarapan tengahari ni, kami balik kerumah, membute sejam dua, sebelum makan tengahari dan bergerak pulang ke Sungai Petani. Kali ini saya nak gunakan laluan Kamunting-Changkat Larah-Kubu Gajah-Selama-Kulim-Padang Serai-Sungai Petani.


Latiff Hariri
1031 19062011
Sungai Petani