Bee Gees

Friday, 27 January 2012

Bergerak pulang ke Sungai Petani lewat Lenggong(iv)

Izzudin teruja dengan kisah neneknya yang bercerita tentang Ahli Sufi dari Iran di tahun 1207 dahulu.

Saya bangun lewat pagi ini. Emak dan Roziah dah sediakan kopi dan roti canai untuk sarapan pagi. 


Mandi dan makan ajelah.


Dalam kelewatan ini, saya masih belum membuat apa apa keputusan tentang acara hari ini. Mahu menziarah saudara terdekat, rakan terdekat pun sama, sebelum pulang ke Sungai Petani.


Sekitar pukul 930 pagi, Awie sudah mula mencari, mengajak kami sekeluarga bersarapan di rumah beliau. Hm , tak puas puas ni, hahaha.


Sekitar pukul 10 berpisah dengan emak.


Nasi Goreng, nasi lemak, cucoq, sambal udang, timun, ayam goreng, taucu.

&
Projek cucoq Kak Mah.

Makan makan makan

Lepas tu ambil oksigen diluar

Sekitar pukul 1130 baru kami bergerak.

Itu pun selepas congak sana, congak sini, mohon persetujuan semua tentang hala tuju msing masing.  Yang menariknya, abang Man kata ikut Faridah, saya kata, saya ikut kehendak anak anak, Awie mahu pulang ke Kuala Kangsar. Kak Mah memang nak balik Lenggong. Semuanya terbuka.


Saya boleh balik ke Sungai Petani lewat Lenggong-Gerik sahaja, tak jadi hal.


Terus bertanyakan Hasnah di Gelok tu, dimana kau berada.


"Ok" . jawapan dari Hasnah.


Melepasi Lubuk Merbau, si Faridah memberitahu saya, yang si Amran akan menunggu kami di sekitar Jambatan Raja Muda itu. Maknanya ramailah yang berkonvoi sempena sambutan Tahun Baru Cina ni.


Sekitar pukul 3 petang, kami sudah berada di kampung Luat, rumah kakak Rosmah.


Kami dijamu buah durian.

Elok cuaca petang ini

Berkisah di rumah kakak Rosmah pulak.

Sementara Awie mencari bantal untuk lena lena ayam.


Kami pekena saorang dua ulas durian

Pulang melepasi pukul 345 petang

Ke Gelok pulak untuk kerumah arwahnya Opah si Awie. Dalam perjalanan ini, saya sudah berhubung dengan ayahnya Asri untuk memesan ikan lome pekasam.



Abang Man menjengok keruang tengah , apa menu yang terhidang untuk 'orang perempuan'

Sakan!!! Kueteow-mee goreng yang panas panas serta bubur kanji yang teramat enak

Ish ish ish. Non-stop makan kami hari ini. Sebenarnya masih kenyang dengan sarapan di rumah Awie pagi tadi, tapi dek kerana enaknya hidangan ini, kami siap tambah lagi!!


Sekitar 4 lebih, kami bergerak ke rumah Hasnah pulak

Sakan juga Tahun Baru Cina ni!!

Saya tahu, kalau kerumah Hasnah ni, rezki hidangannya tak pernah putus. Sentiasa terhidang makanan untuk santapan tamu dan anak pinak arwah Pak Kassim tu!


Terkejut ke Hasnah dengan kehadiran 5 keluarga ni?

Haaaa, ambik kau, makan puas puas langsat tu.
,
Yang tak tahannya, siap ada lemang lagi untuk Tahun Baru Cina ni!!

Suasana ketika ini caca-merba dengan hilai ketawa. Saya boleh bayangkan ramai anak anak buah dan sanak saudara Hasnah yang menjengok jengok dari sisi rumah. 'Gang manalah yang mai buat gempak ni?'. Memang ceria dengan ketawa.

    Fatin nak adik lagi ke?


Gasaklah korang nak berposing sakan

Hidangan petang ini, buahnya rambutan, langsat, dokong, limau mandarin, lemang berendangkan ikan bilis, air sirap.


Dan di akhir pertemuan ini, kami dihidangkan lagi dengan pasembur yang dibeli anak anak Hasnah di Dataran Lenggong tu.


Memang rezki 'rimau' kami hari ni.



Terfikir saya, seawal usia kanak kanak dahulu, setepatnya usia 8 tahun di SRJK(I) Lenggong itu, tak pernah terbayang yang saya akan berada dirumah rakan rakan ini pada usia 48 tahun ini, bersama anak isteri saya, bersama anak isteri/suami rakan rakan sekelas saya ini.


Allah yang lebih mengetahui!!


Terima Kasih semua. Lenggong kampung ketiga kami selepas Taiping dan Sungai Petani


Dirumah Hasnah, berpisah sekitar pukul 6 petang.


Kami bergerak ke Banggol Belimbing untuk mencari ikan lome pekasam. Jumpa lah sedikit, tapi ikan talapia yang banyaknya.

Jadilah, janji ada ikan lome.

Mencari Kak Mah , tiada jawapannya untuk kami titipkan ikan pekasam ini, sedangkan faridah Abang man sudah tiba di Gerik, beliau hanya mahukan ikan lome sahaja, sedangkan stok tidak mencukupi untuk saya titipkan. Hanya Awie yang dapat saya titipkan sedikit.


Awie menanti kami di Dataran Lenggong..


Teragak agak samaada mahu memasuki simpang Sumpitan atau laluan Lenggong Gerik ini, akhirnya saya minta anak saya gunakan laluan Gerik bagi memudahkan pemanduan malam.

Laluan Gerik-Baling

Kami tiba di Sungai Petani melepasi pukul 930 malam, terus mencari restoran yang termudah, kerana kebanyakan restoran penuh dengan pelanggan dek cuti panjang. Makan apa yang ada sahaja. Dan kami berada di Teratai-Inn - dah,  sekitar pukul 1045 malam.


Saya tak boleh lena hingga melewati pukul 115 malam, baru saya mencari bantal kesayangan saya ni. Main internet yang lebih.


Letih tapi, banyak kenangan yang boleh kami ceritakan sepanjang Tahun Naga ini. Ini tahun kelahiran saya dan sebahagian rakan rakan SMDA81, selain dari Tahun Arnab .

Latiff Hariri
2058 25012012
Sungai Petani

No comments: