Si Najib seawal 730 sudah terpacak dihadapan rumah saya. Beliau masih belum berpuas hati bersembang dengan abang Bacho.
Saya cadangkan beliau memandu kereta beliau, untuk kami berdua ke pasar Sungai Layar membeli kuih muih untuk sarapan pagi ini. Sedangkan kesemua tamu masih lena dibuai mimpi.
Tak sampai hati menggangu tamu yang keletihan itu. Saya biarkan sahaja sehingga melepasi pukul 9, bila saorang demi saorang beratur memasuki kamar mandi.
Sementara yang lain beratur untuk mandi saya dan Abang Bacho bersama Zul dan Najib menjamu selera dahulu.
Abang Bacho masih diraikan jiran tetangga saya.
Amboi Zul, kau bersila atas meja drum jati aku tu! Hehehe
Saya sudah lupa, samaada saya pernah membawa tetamu ini ke kebun hutan saya tu. Tapi jawapan abang Bacho membuat saya tertanya, hm, saya sangkakan pernah membawa Abang Bacho sekeluarga ke kebun ini pada kunjungan yang lalu.
Kebun pisang aje Abang oii.
Haaa, tengok , peladang ini sudah lengkap berkasut 'boot' untuk ke ladang
Hujan gerimis sepanjang perjalanan . Kami memasuki Tol Kepala Batas, dan perjalanan lancar ke selatan. Sambil memandu melepasi Nibong Tebal ini, saya terus mengirim pesanan ringkas kepada warga Taiping tu, dan beliau gembira membalasnya. Dijemputnya kami sekeluarga ke rumah baru beliau di Taman Tasik itu. Saya menolak dengan baik, tetapi mencadangkan beliau sekeluarga ke Restoran Doly sahaja.
" Hang order 5 pinggan kueteow, 5 pinggan nasi ayam, kami sampai terus makan", itu arahan saya kepada boss tentera ini, hehehe.
"Woit, aku belum mandi ni, hang sampai dulu kut", alasan orang tak mahu terima arahan.
Terus memasuki susur keluar Kamunting, sekitar 1240 tengahri. Saya memasuki pekan Aulong melalui simpang tiga Simpang Halt. Ini sebagai tanda kenangan kami dua keluarga ini yang pernah menginap disini sekitar tahun 60-80an dulu.
Saya dah tiada perasaan apa apa bila melintasi pekan kecil ini. Tetapi, Ala masih mahu bersentimental disini. Saya turutkan sahajalah. Sebabnya, tempat kita menimba ilmu ini, harus dikenang dan disentimentalkan selalu, sepertimana saya yang sering bernostalgia dengan King Edward saya itu.
Sekolahnya Zahalia dari darjah 1 - 6 .
Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sebenarnya Ala adalah contoh pelajar cemerlang dari sekolah pinggiran kota. Saya tahu, sebab sama sama sekampung dahulu, beliau pelajar contoh yang dilahirkan oleh SK Convent Aulong .
Guru Besarnya Cik Foo.
Sementara kami berbual diluar pagar, Ala teruskan bersentimental didalam kawasan sekolah.
Rakan baik saya yang saya arahkan menanti di restoran Doly itu melapurkan bahawa restoran ditutup hari ini. Laaa! Kecewanya!
Lalu saya arahkan beliau sekali lagi menanti di Casual market sahaja, paling tepat di gerai Mee Combat itu, hahaha.
Tapi, kami yang sampai dahulu, dan telah siap memesan makanan. Beliau sekeluarga tiba sekitar 10 minti kemudian.
Dalam kami dua keluarga ini mahu berpisah, masih ada pertemuan keluarga ketiga ini.
Saya perkenalkan Abang bacho kepada sidia, Zawawi Adam
Orang jauh dari Sandakan boleh berkenalan dengan orang yang baru pulang dari Sarawak ini, dalam sekelip mata terus menjadi kawan.
Kiranya, kami makan tengaharilah. Walaupun tak dapat makan kueteow Doly, tapi dapat kenalan baru, dan terubat dengan kueteow combat tu.
Zed berkenalan dengan Ala
Saya pekena kueteow combat, sementara Zawawi dan abang bacho pekena mee rebus combat
Disini melepasi pukul 140 tengahari.
Ini rumahnya yang baru, yang baru di'renovate', bertepian Taman Tasik Taiping tu.
Memang lega tengok rumah ini, sesuai dengan jawatan yang disandang tu. Pintunya sahaja menghampiri 40 buah!!
Ini laman hadapan ruang tamu, betapa 'sihat'nya. Awie dah berangan nak adakan majlis BBQ di kawasan ini
Sementara yang lainnya menjamu mata dengan foto foto kenangan sepanjang Zawawi bertugas sebagai Pegawai Memerintah Kem Pakit, Sri Aman. Yang sentimentalnya, foto group kami bertandang pun ada dimuatkan.
Telah terancang satu lagi pertemuan antara saya dan Zawawi sekluarga. Saya berhubung dengan saorang rakan di Ipoh, sementara Zawawi menghubingi 3 rakan yang berada disana. Perjalanan perlahan didalam hujan lebat, teramat lebat ini berakhir di tol Ipoh melepasi 330 petang. Saya terus menghantar abang Bacho sekeluarga di Ipoh, berhampiran stadium.
Hujan mencurah curah ketika ini. Habis lenjun baju.
Semua dah selamat sampai, kami seketika disini. Saat berpisah pun bermula.
Terima Kasih Mak Rose, Abang Bacho dan Ala yang sudi memeriahkan hujung tahun 2011 dan Tahun Baru 2012 kami. Kini, hanya foto fotonya menjadi kenangan, selain diminda.
Terima Kasih bang Bacho!!
Usia persahabatan kami yang boleh dikatakan baharu, tapi ikatan keluargaannya begitu utuh.
Bersalaman dan berpelukan, dan kami bergerak keluar didalam hujan lebat mengarah ke Kelebang Restu untuk dijemput rakan darjah 1 kami ni pulak.
Latiff Hariri
0748 07012012
Sungai Petani
901 - Tapak parkir Mahakamah Jalan Duta , Kuala Lumpur. Sejarah berulang......
No comments:
Post a Comment