Kami tersesat mencari rumah rakan kita ini. Ya lah, rumah ada dua, satu kat Taiping, satu kat Ipoh. Yang Taiping senang cari sebab dari kecil memang dah berkayuh basikal ke daerah Taman Tasik itu.
Kami tiba di rmah ini melepasi 530 petang, hujan dah mula reda.
Dah tersedia berjenis jenis kueh untuk dijamu kami berenam ini.
Amnah pun tiba lebih kurang 30 minit kemudian
Tuan Puan rumah yang beria menjamu kami dengan perlbagai juadah dan minuman
Haaaa, Wak Joe dah sampai
Aik, macam menari ronggeng aje deme berdua ni bersalaman.
Saya dan Wak Joe jarang jarang dapat berjumpa.
Tersandar tuan rumah dengan kehadiran rakan rakan sekolah beliau. Rambutan dari rumah Amnah.
Haa, buka lagi botol air fresh oren tu, kasi perabih.
Ketawa ketawa dan ketawa
Kami yang paling jauh ni pun berura ura untuk pulang sebaik maghrib, tetapi dihalang si Zed dan Awie, yang masih mahu kami menunggu untuk makan malamnya pulak!!!
Hm, pukul berapa nak sampai SP ni?
Ish, sehat kami 3-4 hari ini, asyik makan di luar sahaja.
.
Nasi setimbun.....dan habis 3 mangkuk besar tu!!
Doa makan dimulakan
Laaa, banyak nasik tu Faridah..
Terima kasih kepada Zed dan Awie yang membelanja kami makan makan malam ini.
Satu pos untuk makan malam , malam ini.
Tersandar dan melangut dahi Wak Joe? Kekenyangan?!
Kenangan manis dipermulaan 2012 ini.
Latiff Hariri
1048 10012012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment