"Eh, aku pening ke ni?"
Semua terdiam dari aktiviti masing masing, saling berpandangan mencari jawapan. Saya melihat keatas menara telekom, ya, menara itu pun bergoyang. Hanya berhenti kira kira selepas 20 saat. Semua tertanya tanya, saya terus menalipon anak anak dirumah, mereka pun kata, lampu yang tergantung disiling rumah pun bergoncang. Sah! Gempa bumi ni.
Segera saya sms ke Kerinchi dan Medan, kenalan kenalan saya disana. Jawapan mereka, tiada apa apa, walaupun terasa goncangan kecil.
Tarikh sebenar saya kurang pasti, tapi, kira kiranya adalah sambutan bulan kelahiran saya berdua dengan Osman. Kami dah selalu bersama setiap kali bulan ni tiba. Osman dari Kuala Lumpur, dan kami ke Medan pagi tu melalui Pulau Pinang.
Tiket basnya sudah dibeli oleh kenalan saya di Medan, jadi tak ada masaalah dengan perjalanan. Seharian merayau di kota Medan berdua, kami hanya tumpang mandi dirumah kenalan, sebelum bas bertolak jam 2230 malam. Katanya kami akan tiba di Banda Acheh selepas subuh. Saya teruja nak melihat pekan Loksemawe yang akan kami lintasi dalam perjalanan nanti, tapi, tak pasti jam berapa boleh melewati pekan ini. Bukan apa, selain dari kota minyak yang sering abang saya kunjungi atas urusan kerja beliau, saya nak tengok tanah kelahiran P Ramlee!
Bas nya cukup menarik, kerusi 2+1, disediakan kain selimut, 2 bun roti dan segelas plastik air mineral. Disini mereka sebut Aqua aje.
Entahlah,mungkin keletihan, kami tidur lena, dan sesedarnya, sudah jam 0300 pagi, saya melihat diluar bas , gelap gelita, tiada lampu ,sesekali berselisih dengan bas dan truk. Di Indonesia mereka tak sebut lori, tetapi 'teruk ', kira sebutan baku bagi ejaan truck. Hm , agak kecewa, tak sedar bila masa bas ini melintasi Loksemawe.
View Larger Map
Klik(-) untuk kecilkan peta
Osman lena disebalah saya. Dalam kemamuman saya, jauh didepan, sudah kelihatan lampu lampu bas beratur disepanjang jalan kiri dan kanan. Bas kami pun berhenti mengikut aturan. Hm, apahal pulak ni. Lama jugak bas ni berhenti, saya sempat lena, bila tiba tiba lampu didalam bas dibuka, dan 2 anggota tentera menaiki bas kami sambil menyebut,
" Minta serahkan Ketepe(KTP)"maksudnya IC atau Kartu Tanda Pengenalan.
Saya masih terpingga pingga, saya kejutkan Osman, dia yang simpan paspot kami berdua. Digagaunya beg dibawah tempat kaki kami, lalu diserahkan kedua dua paspot kepada anggota tentera tersebut. Saya terkejut jugak, terus saje tentera tersebut berlalu menuruni bas. Eh, mana boleh ni, nanti hilang paspot kami. Secara pintas, saya terus bangun menuruni bas dan mengekori tentera tersebut yang langsung terus ke bawah khemah yang diterangi lampu gaselin sepertimana era Malaysia 60an dan awal 70an dulu.
Agak lama kami menunggu, ternyata pergolakan masih berlanjutan diantara Pejuang Pemisah Acheh dan Pemerintah.
" Maaf ya Bapak, yang Bapak ini kelihatannya saperti orang yang kami cari", pegawai yang menjaga khemah mulakan bicaranya.
Hahaha, saya ketawa selamba.
"Mana bisa Pak, kami dari Malaysia, ini paspot yang asli, lihat disini , disetiap muka surat, kami sering ke Jakarta serta Indonesia'"
" Ya , tapi, kelihatannya saperti yang kami cari"
Osman dah mula menunjukkan muka 'boring'nya. Terus di keluarkan dompet dari poket belakang celana jeansnya.
"Ini kartu majikan saya. Tip, hang bagi kad hang sama".
Saya turut menghulur kad perniagaan saya kepada pegawai tersebut.
Dia mengamati kad dan paspot kami berdua. Tapi, dari raut wajah, saya dah pasti, Pegawai tersebut sudah mula menerima kahadiran kami.
"Atas tujuan apa Bapak kemari?"
" Kami mahu menziarahi mangsa gempa bumi, dan ada kiriman pakaian serta bantuan uang dari Malaysia untuk warga Acheh. Ini bukan pertama kali , sudah banyak kali jugak kami ke Indonesia untuk tujuan begini." Itu penjelasan saya.
Osman sudah menunjukkan wajah 'cool'nya. Apa lagi, sekotak rokok dibuka , lalu dihulur kepada setiap anggota tentera didalam khemah, dan siap dinyalakan apinya sekali.
Ternyata semuanya aman, bila asap rokok dihembus keluar.
Akhirnya satu khemah menjadi kenalan baru kami, gara gara sebatang rokok yang siap terpasang diberi kepada setiap tentera didalam khemah.
Kerana kami berdua , bas tergendala melebihi 30 minit. Tapi, oklah, siap bersalaman lagi dengan mereka .
Didalam bas, kesemua penumpang dah tahu kami dari Malaysia, sebelum ini, muka kami pun muka Indonesia jugak!! Osman Jawa, saya Minang!
Tiba di stasiun bas jam 6 pagi, terpingga pingga. Stasiunnya tak berapa memuaskan. Tapi
boleh lah Solat Subuh dan cuci muka dan gigi. Dah ramai yang mulakan perniagaan. Kami pekena Kopi O panas, serta menjamu kuih muih di gerai yang tersedia. Sambil tu ramai penarik beca yang cuba mengumpan kami supaya menggunakan perkhidmatan mereka.
Saya 'part' tawar menawar ni, saya serahkan kepada Osman, sebab dia ni pakar menurunkan harga. Sampai mengeluh penjual terkena dengan Osman.
Akhirnya Mamat yang muda ni kami ambil jadi tourist guide kami.
Beca speda motor ni jadi mangsa kami. Bolehlah, sebab harganya patut. Dan dia sedia kami guna 24jam jika perlu.
Perjalanan dimulakan selewat jam 730 pagi, menyusuri jalan memasuki tengah Kota Banda Acheh.
Permulaannya agak ok, tapi, bila menghampiri pantai, dan pertengahan kota, sudah terlihat sisa sisa sampah, batu bangunan, atap zink dan apa jua yang boleh dibawa air , mengotori Banda Acheh.
Salah satu Masjid di perkampungan tepi pantai yang minima kerosakannya, tetapi seluruh kampung tiada lagi.
Masjid Raya Banda Acheh berdiri megah!!
Ini , dahulunya kawasan perumahan mewah.Sepertimana kawasan elit Subang Jaya, yang mana hanya banglo mewah terdiri disini.
Sekarang Padang Jarak Padang Terkukur.
Mobil Polisi jenis Kia Karen, yang hebat tu, jadi macam lempeng yang digoreng. Sayangnya, saya terlupa merakamnya. Sambil menaiki beca, kami melihat lihat sekitar. Tiada apa yang menarik selain dari runtuhan, serta orang ramai yang beraktiviti seperti baissa.
Tugu pesawat masih kukuh , yang lain habis dilanda tsunami.
Satu yang pasti, mamat Speda motor becak ni pasti
tersengeh setiap kali saya mengambil foto Bapak
Osman ni.
Salah satu Masjid ditepi pantai yang masih utuh
Kapal ini sebesar enam fery ke Pulau Pinang,
tersadai ditengah tengah kota Banda Acheh,
dibawa ombak Tsunami. Kata orang orang disini,
dibawah kapal, ada rumah orang bersama
warga yang berkubur dibawah kapal.
Bot yang tedampar begini kira 'ramai'lah di Kota Kuala Muda selepas Tsunami melanda daerah pantai Sungai Petani ni. Di KKM sedang berlangsung majlis perkahwinan, tiba tiba awan(ombak) hitam melanda persekitaran. Tetamu bertempiaran lari,ada yang membawa pinggan nasi sambil berlari. Jangan main main dugaan dariNya ni.
Kami bergerak memasuki perkampungan, sedar sedar sudah hampir tengahari. Di sepanjang perkampungan yang dilanda Tsunami ini , banyak terdirinya khemah dari negara negara Islam, terutama Kuwait dan Malaysia. Saya cukup bangga bila melihat khemah Mercy berada disetiap kampung. Sayangnya saya tak menjadi saorang doktor, hehehe.
Kami ketemu rumah anak anak yatim Darul Aytam ni. Tertulis perkataan dikelola/bantuan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami memasuki ke kawasan sekolah, merayau rayau mencari kantor kepala sekolah ini.
Rupanya, ketuanya tiada, yang ada hanya ibu ibu guru yang sedang bertugas. Mereka sambut kehadiran kami, dan diberi taklimat kecil tentang aktiviti Rumah Anak AnakYatim Darul Aytam ni. Hampir keseluruhan anak anak disini adalah yang yatim piatu waktu Tsunami yang lalu.
Satelah menghulurkan bantuan dari kami dan rakan rakan di Malaysia, kami pun mengudur diri, anak anak melambai tangan kepada kami.
Berfoto kenangan bersama ibu ibu guru .
Perjalanan kami teruskan, melihat bencana yang melanda, serta kegigihan warga Acheh membangunkan semula serpiha kehancuran. Kami melewati lebih dari 4 perkuburan besar, dimana mayat hanya dikaut mengguna jentolak lalu di'jatuhkan' kedalam kuburan besar yang sudah dikorek. Tiada lagi mandi jenazahnya sebab kematian melebihi 100,000 warga Acheh.
Salah satu kuburan besar yang terdapat disetiap daerah perkampungan di Banda Acheh.
Dari mulut mamat speda ni, ada ibu yang masih memeluk 3 anak erat, mati bersama , dan mayatnya tidak busuk atau pecah, begitu juga dengan ketiga tiga anak didalam pelukan. Ternyata amalan ibu muda ini begitu kuat.
Dan tidak dinafikan, dihari Natal 25hb itu, disebelah malamnya diadakan sambutan hiburan berhampiran pantai dimana anak anak muda bersosial melebihi batas. tapi, saya tak pasti anak anak Muslim pun turut serta ,atau hanya yang bukan Muslim. Tapi, bencana tak kira agamanya, semua terkena
Saya tak dapat membaca apa difikiran Osman, selesai saja kami menjamu selera di restoran di tengah kota, " Tip, kita balik hari ni jugak" Osman mengejutkan saya.
"La, esok la, kan kita nak tengok keadaan malam disini"
"Tak payah lah, jom kita ke Tour Agent, cek tiket kapal terbang" Lalu diberitahu kepada Mamat Speda Becak Motor untuk mencari tour agency.
Dalam hati saya, minta mintalah tiada kapalterbang. Jumpalah satu agent ni, dia pun membuka pcnya, terus di periksa jadual setiap pesawat yang memasuki Banda Acheh. Lama jugak menunggu, akhirnya.
"Pak, ada jam 3 langsung ke Medan. Bisa Pak?
Saya tak bisa, tapi Osman bisa. Akhirnya kami bayar aje harga tiketnya. Sudah pasti dengan tiketnya, baru Osman ceritakan isi hatinya.
"Tak boleh Tip, ake gerun nak bermalam disini, silap silapnya datang Tsunami kedua, kemana kita nak lari....."
Dengan berat hati, terus ke Bandara, sebab jam ditangan sudah menunjukkan jam 1 lebih.
Tak pe lah, ada jugak kebenaran kata kata Osman ni.
Kami naik AdamAir milik Bapak Gusdur, rakan baik Bapak Gusdir ni. Gusdir? Dr M la.
Sedang menapak, saya tersedar, ruapnya saya bersaing dengan Tengku Adnan pulak, orang kuat DK&S ni, heeee, boringla!! Kena jalan laju meninggalkan puak ni. Maaf ya Bapak Adnan.
Berjalan kaki ke pesawat, sambil mencuri ambil gambar diatas.
Tiba di Medan sejam kemudian. Semua macam mimpi. Itulah , ada kalanya kita rasa kita kuat melihat bencana musibah yang melanda, adakalanya, kita jadi gerun dan terasa kekerdilan diri bila melihat berpuluh kuburan besar yang terdapat disekitar kita, belum lagi melihat mayat bergelimpangan tidak terurus di keliling kita.
Sepertimana di Banda Acheh, di daerah Sungai Petani, khususnya, di daerah Kota Kuala Muda,ada yang hampir menjadi gila, gara gara melihat ombak hitam yang mengejar mereka , sambil melarikan diri ke daratan.
Allah Maha Besar.
Latiff Hariri
1802 14062010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment