Bee Gees

Sunday 27 June 2010

KAYUHAN PERTAMA

Tengahari Sabtu, selesai di tempat kerja, saya berhenti minum tengahari di Kepala Batas bersama Wan dan Fazrin. Sesekali berjumpa seronok jugak bercerita. Wan dan Fazrin ni, junior saya kira kira 14 dan 16 tahun. Saya sengaja beritahu perbezaan umur, yang sebenarnya, saya 'awet muda' sebab berkawan dengan orang orang muda ni lah!.

Rupanya Fazrin pun baru saja menderma duit lebihan gajinya, dengan membeli basikal untuk kayuhan bersama gang vateran seperti saya ni. Kata janji diputuskan, Wan harus beli basikal jugak, tapi yang ada handle satu belah kanan sahaja!! Ini lawak bodoh dengan Wan dan Fazrin. Hahaha , ketawa satu meja kat restoran Mamak tu.

@@@@@

Khutbah Jumaat kali ni agak biasa , lebih kepada keistimewaan bulan Rejab, dan tak lama lagi dah nak Ramadhan. Saya terkenangkan Raya tahun ni, ada re-union lagi tak?

" Agaknya, MTD tu bagus tak, kalau anak anak kita masuk?"

Itu pertanyaan rakan rakan muda, kepada saya yang mereka bahasakan abang Latiff.

Terus terang, saya memang 'envy' kepada rakan rakan yang dapat memasuki MTD 30 tahun lalu. Bukan apa, lebih kepada teruja dengan 'uniform ' tentera yang mereka pakai, serta , sudah pasti terjamin kerjaya mereka selepas tamat SPM.

Tapi kini, bila meningkat matang, saya jawab. " Tak payah la. Tak ada isitimewanya menghentak hentak kaki di bumi Allah ni. Belum tentu jadi pahlawan negara. Silap silap jadi 'pembunuh tak sengaja' kepada rakan rakan sendiri.

Lagipun dengan skandal yang terpalit sepertimana yang PDRM lalui, tak ada istimewanya berjawatan tentera baik berpangkat rendah mahupun tinggi, kerana, rata rata tiada kesedaran Islam didalam diri mereka.

'Tu, yang Ulamak Muda dari Universiti yang masuk kedalam DK&S tu, bang Latif?"

Hmmm, Ulamak muda pun ada ek? Ini istilah baru ni. Jawapan saya, sejak bila pulak pensyarah atau guru, atau siswa yang cenderung pada agama ni dipanggil Ulamak?

" Yang aku tahu, Ulamak hanya kepada yang kita pasti keteguhan Imannya terhadap hukum Allah. Kalau Mufti atau 'Ulamak' disana, yang tak berani kata yang Judi itu haram kepada pemerintah yang zalim, itu pun bukan Ulamak. Itu Ular dalam Semak"

Hehehe, Pak Nal menjeling 'sumbing ' kearah saya.

" Abang Nal, kenal tak Ularmamak?" Maz cuba mengubah suasana serius kepada jenaka.

"Kenal..." balas abang Nal.

"Kenal tak pa, kalau tak, kami nak cerita lanjut."


Tapi , tetiba je , bila dicanang JI kepada rakyat, berpuloh puloh kakitangan Universiti masuk DK&S, macam ada perjanjian dengan PDRM aje ni. Tak nak kena ISA kut?
#####

Kadang kadang rencana pagi Ahad ni , tak menentu. Yang pasti ,selesai di pasar tani agak awal dari biasa. Tapi, dah bertembung dengan abang pupu ni pulak di restoran Barkat, bersembanglah pulak. Lepas bayar bil TNB yang saya selesaikan 2 bulan sekali, bertembung pulak dengan 2 pupu lagi sorang ni, sambung pulak minum teh o di restoran Hussain Nasi Kandar. Nasib baik yang pertemuan pertama hanya bualan kosong tanpa menjamu selera. Semuanya kisah 'hutan simpanan' saya yang terbiar kosong, dan pertanyaan dari mereka, tak nak bangunkan ke?

Jam 925 si Wan dan Fazrin pun sampai, oooo, mahu test power basikal baru rupanya budak Fazrin ni, Jom! Saya On aje. Bermula jam 930 mengarah ke jambatan Semeling- Pekan Semeling. Baru 6km, Fazrin dah mengeluh " Bang dah pancit bang"

Aik , baru 6 km!! Koman sungguh!!

















Di atas Jambatan Semeling















Wan berfoto dulu di depan UiTM Merbok, Fazrin ketinggalan 600m dibelakang.















Fazrin baru sampai. Baru 12km, kata saya. Tapi Fazrin dah mengeluh. saya rencana nak ke rekreasi Tupah, mandi dahulu, lepas tu makan tengahari, dalam jam 1300 atau 1400 baru sampai semula ke rumah. Dari Uitm ke Tupah adalah lagi dalam 5 km.

Saya menghormati 'ketidakmampuan' orang orang muda ni dalam mengekori orang veteran berkayuh. Kami berpusing balik mengarah ke MRSM Merbok, dibelakang Uitm. Masa ni menuruni bukit, kelajuan maksima yang kami capai adalah 49.7km per/jam .

Berhenti pekena sarapan roti canai untuk tambah kolestrol yang baru dibakar sepanjang
12km tadi.
















Di sisi MRSM Merbok. Terpesona dengan tumbuhan ini yang lagenda/dongengnya berkenaan orang bunian/kerdil yang sering kita baca masa 'kecik kecik' dulu.
















Sebaik sahaja foto ini dirakam, Pak Syed pulak lalu bersama keluarganya . Apa lagi, Fazrin pun talipon lah suruh tunggu ditepi jalan.















Pak Syed menunggu kami .















Fazrin , Wan dan Pak Syed ni, memang pangkat adik adik dengan saya


.












Ini burung sebenar yang dalam genggaman saya , sepertimana usikan saya terhadap Pernikahan Azli-Fuadiah didalam penulisan terdahulu. Burung ni 'terlanggar' kenderaan. Masih pening lalat, adalah dalam 3km dalam genggaman saya, bila dia mula menggerak gerakkan kaki minta dibebaskan.







































Kami di perkarangan rumah saya, dalam jam 1130 pagi. Maknanya dalam 2 jam kayuhan, ditolak, makan minum, bergebang dengan Pak Syed, pukul rata dalam 1 jam 25 minit lah.

Memang ini kayuhan pertama Fazrin. Bukan niat mempersoal stamina orang muda, tapi, lebih kepada mengusik. Ini permulaan yang baik. Kayuhan pertama saya adalah melebihi 40km. Dari SP-Gurun, patah balik ke Bedong, dan Roziah ambil kami berdua ditepi jalan, bukan pancit, tetapi ada tetamu datang dari KL pada petang tu.

Sebelum Wan dan Fazrin pulang, Yazid, Sarjan tentera , jiran setaman pun bertandang.

"La, kenapa tak beritahu nak berkayuh, saya tak kemana hari ni." Yazid mengeluh kesal.

Ya, Yazid pun kaki kayuh jugak, dia dah ada 8 rakan tentera seangkatan dengannya, dalam hal berkayuh ni. Saya kata aje, insyaallah. Tapi, segan jugak, gang tentera ni stamina kuat.

'Tak ada la bang Latiff, setakat 20km pun ada yang dah pancit, tengok basikal memang takut, harga ribu ribu, kayuh tak kemana." Itu jawapan merendah diri Yazid.(?) .

Tak percayalah saya kalau tentera tiada stamina.

Jadi, begitulah hujung minggu, minggu ini. Minggu depan , belum pasti. Mahu ke KL atau memerap dirumah aje.

Jom makan, dah lapar ni. Hujan pulak tengahari ni


Latiff Hariri
1402 27062010
Sungai Petani

No comments: