Bee Gees

Monday 14 June 2010

NIKMATNYA BERTAMU I




Bila Kak Yus menalipon saya dari Padang , memberitahu yang beliau akan tiba di Kuala Lumpur pada 2 Jun 2010, saya tak ambil kisah sangat. Kerana, tujuan asal Kak Yus adalah untuk ke majlis pertunangan anak saudaranya di sungai Penchala. Saya tak mahu mengganggu aturcara Kak Yus di sana nanti.


Jadual cuti sekolah pun padat, terutamanya dihujung minggu , yang bertindan majlis perkahwinan.
Selesai Sabtu pertama dirumah Faridah, Ahadnya lebih kepada rehat di rumah. Isninnya kerja seperti biasa, tapi , tetiba Kak Yus talipon, menanya , bila boleh saya mengambilnya untuk bertandang ke Sungai Petani. Kepala saya ligat mengatur perjalanan supaya tumpuan kerja tidak terganggu

Petang Rabu , saya ke rumah abang di Cheras, untuk menjemput Kak Yus. Perjalanan agak lewat, jam 1900 baru mengarah ke Hi-way Plus, bertemankan anak teruna saya.
Hanya berbekal 3 bun roti dan air mineral. Kami tiba di Pandan Jaya jam 2230, setelah pasti kawan baik saya ni belum ber'dinner' lagi.

Dia teman serumah saya di akhir 1999 hingga awal 2001, semasa saya membujang selama setahun sebelum berpindah ke Sungai Petani. Dia OCBC, Orang Cina Bukan Cina. Tak reti berbahasa Mandarin langsung, tapi petah berbahasa Melayu. Baba Melaka lah katakan.















David Koh namanya. Kawan baik dari 1997 hingga sekarang.

Kami makan nasi berlaukkan Tomyam aje malam tu. Terkejut besar David melihat Izzudin yang sama tinggi dengan saya. Dia teringat semasa Izzudin berumur 4 tahun, kecil sangat sangat, sekarang dah mengalahkan bapaknya.

Kami bergerak ke Cheras, dan tiba di rumah abang jam 1145 malam. Tidur diruang tamu aje malam tu, senang nak bangun pagi nanti. Jam 0515 saya dah bangun dan bersiap . Selesai sarapan kopi 'O' jam 0645 ,kami pun berangkat meninggalkan Cheras.















Berfoto dengan emak sebelum berpisah. Emak Kurang sihat. Kak Yus bersama abang kandungnya, Pak Andang, dan adik sepupunya Nom.

Kami ke arah Sungai Buloh, menuju ke rumah Pcik Rosli untuk sarapan sebenar. Pcik Rosli pun dah beria menanti kehadiran Kak Yus ni. Sarapan mee goreng dan dua jenis kueh. Siap ada ole ole lagi untuk Kak Yus. Pcik Rosli pernah ke Padang bersama saya di tahun 2008, berIdul Adha disana, dan menetap dirumah Kak Yus.















Bersama Pcik Rosli dan Mcik Maznah serta cucunya.

Selesai sarapan , jam 0820 kami pun bergerak ke Hi-way Guthrie menuju utara.

Saya sudah berkira, boleh sampai Pulau Pinang sebelum jam 12 ni. Jalan agak sibuk, dan semua seakan berlumba, saya hanya tersedar kelajuan saya, bila ada kenderaan di arah bertentangan memberi lampu amaran supaya perlahan , kerana ada operasi Trafik di depan. Habislah saya kali ni, mesti dapat surat cinta ni.

Agak melebihi 20km, baru ada sekatan Traffic, sah lah, mesti kena ni, sambil berdoalah juga. Syukur, tiada apa apa. Lepas tu baru pandu ikut had laju.

Tiba di Jambatan Pulau Pinang jam 1140, langsung saya ke Gurney Drive dan sekitarnya untuk berfoto, tanda kenangan Kak Yus, Pak Andang dan Nom .

































Padang Kota
















Kota Conwallis


















Dalam Ferry balik ke Butterworth
















Dari Butterworth , saya menggunakan jalan lama.Perut pun dah berkeroncong. Kami tiba di rumah jam 1330 , dan sudah terhidang nasi dan lauk tunjuk, yang anak saya beli , untuk sambut tetamu jauh ni. Nak buat macam mana Kak Yus, semua kerja, makan malam yang sempurna dirumah ni. Kalau siang hari, pandai pandailah mencari.

Saya tahu mereka keletihan. Lena sementara menanti Asar, dan kami bergerak ke 'Hutan' simpanan kami,mencari pucuk ubi dan jantung pisang untuk dilaukkan malam nanti. Tahun ni durian saya tak menjadi, sebab gangguan monyet dan kera.

Rupanya Kak Yus ada membawa ole ole rendang Padang untuk kami malam tu. Kami tak malu lagi, masak sambal ikan kurung, rebus jantung pisang buat tambahan lauk rendang. Ternyata makan malam , malam ini pun kurang sempurna dari kaca mata saya, sebab lauknya hanya ikan sardin.































Sepanjang malam bercerita tentang anak anak Kak Yus. Si Zul sudah berpindah ke arah Bukit Tinggi, isterinya di Batu sangkar , menanti saat kelahiran anak kedua Zul. Si Des masih di Lubuk Basung. Si Mul di Pekan Baru.
Jumaat

Untungnya di Kedah ni, hujung minggunya hari Jumaat, jadi hari ni agak sempurna makan tengaharinya, sebab Bie pun becuti. Tak mahu menghampakan percutian mereka, saya membawa Kak Yus ke Merbok melihat lihat persekitaran, manalah tahu ada rezeki durian kat kebun orang. sebelum tu singgah ke UiTM buat kenang.

















Sementara menanti Jumaat, saya memasuki kebun Abang Shuib ni, tengok tengok apa yang boleh 'dibalas' untuk melapik perut. Hahaha .

Keluasan kebun melebihi 7 ekar, berpuloh pokok durian, manggis, cempedak, petai, nangka. Rumah Banglo satu bilik, serta ada jeram kecil di tepi banglo comel ni.

Menuju ke atas bukit, ada 'homestay' yang dihuni beberapa 'mat salleh' yang begitu teruja dengan suasana hutan di kaki Gunung Jerai ni.

Tengoklah buan durian ni!!
































Sayangnya, masih terlalu awal untuk kenduri durian disini. Buah buah ni akan mula luruh selewat lewatnya akhir Jun ni, atau Julai mendatang.

Tapi, oklah, dapat jugak sebiji dua buat basahkan tekak kami,
















Selesai di kebun Bang Shuib, kami balik kerumah untuk berJumaaat di Masjid Al-Amin.
Abang Shuib ni sepupu kepada Roziah. Bekas guru, dan suka berjenaka orangnya.

Berimamkan Uztad Ibrahim. Saya jarang bersolat Jumaat disini, lebih disekitar Butterworth. Ustad Ibrahim akan berUmrah lagi pada bulan Julai ni. Murah sungguh rezeki adik saya yang sorang ni.

Selesai Solat, makan tenghari berlaukkan gulai lomak pucuk ubi dan ikan cencaru sambal. Dan begitulah, semua lena lepas makan tengahari. Terpaksa saya kejutkan untuk Asar, dan menuju ke Gunung Jerai. Nasib tak menyebelahi kami, hujan sepanjang jalan. Syukur ...., disebalik Gunung tidak hujan rupanya. Kami menaiki Gunung agak lewat, melepasi jam 1800. Tapi, oklah, memang saya rancang begitu.















Cantikkan.







































Menuruni Gunung Jerai, terus ke arah Guar Chempedak, dan memasuki simpang ke Yan. Hujan renyai renyai, tapi masih jelas pemanduan. Berhenti di Masjid melepasi pekan Yan Besar untuk Solat Maghrib.

Hanya berSMS dengan adik Mat, makanan pun saya pesan. " Mesti siap jam 2030 tau ."

Itu aje yang saya tahu, setibanya di Gerai Mak Anjang di Tanjung Dawai, tak sampai 12minit menunggu, makanan dah terhidang. Makan besar malam tu bersama tamu tamu dari Sumatera Barat ni.



















































Haaa, dah 'clear' pinggan, dan semua tersenyum puas.


Memang sedap dan istimewa masakan disini. Kami bergerak meninggalkan Gerai Mak Anjang jam 2115, ke kedai ikan masin Shahanim pulak, beli ikan bilis buat ole ole untuk Kak Yus. Dalam menanti tu, si Aziz pulak SMS.

"Tip, kul bape nak sampai?"

Saya kata aje ' on the way, mungkin dalam 2215. Kak Yus tak tahu pun yang saya nak kerumah Aziz. Tak nak menghampakan Aziz, walaupun kami dah kenyang.

Dah tersedia roti jala berkuahkan kari daging untuk kami.

Kak Yus tak habis habis mengusik Aziz. Katanya, Aziz ni suka bercerita. Pada saya, Aziz ni kuat gebang dan buat lawak senario. Tak kira tua muda, semua dia sakat.




























































Selesai dirumah Aziz pun , jam dah menunjukkan angka 2300.

Saya terus ke tengah Bandar Sungai Petani, kearah pasar malam minggu yang beroperasi sejak pemerintahan Pakatan Rakyat ni. Aktiviti hanya bermula selepas Isyak dan tamat jam 2 pagi. Kemudian ke stesyen bas ekspress dan keretapi, kearah kem tentera yang mana sebentar tadi masih beroperasi Heli Nuri di udara SP diwaktu malam, sebelum saya berkeputusan untuk balik sahaja. Tamu pun dah 'capek'.

Sebelum lena, siap SMS dengan Osman.

"Aku bertolak lepas bola ni, mungkin jam 0100 pagi" .

Penuh lagi rumah saya ni dengan tetamu tetamu. Lebih kurang jam 0100 , masuk lagi SMS , sangka saya dariOsman, rupanya tidak, dari Zul, anak kak Yus di Batu Bangkar.

" Syukur Alhamdullillah, kelahiran Puteri yang cantik............."

Neneknya ada di Kedah diwaktu dia dilahirkan.

Sabtu.

Seawal jam 545 saya sudah menalipon Osman, tiada jawapan. Kiranya jam 615 baru dia talipon. Sudah di Juru , Solat subuh rupanya

Tetamu akan bertambah lagi ni. Pokok cempedak menjadi sasaran saya, syukurlah,, dapat 4 biji lagi. Sambil menggoreng, mata melirik ke arah jalan, tunggu tamu datang. Tepat jam 0730, sampai Osman sekeluarga. Kecoh rumah, sarapan sedang disediakan.

Osman jugak pernah bertandang ke rumah Kak Yus di Padang, jadi tak timbul soal segan. Sepertimana Aziz, Osman pun kaki gebang dan senang nak berborak dengan orang lain.





















Sarapan tersedia, dan kami 12 orang menjamu selera, tidak termasuk Bie dan Qilah, yang terus ke Pantai Merdeka, Hari Keluarga UiTM Kedah.

Puas bila tetamu dapat bersantapan sesama mereka, walau pun jauh, dapat jugak bersarapan semeja dengan masakan kami berdua ni.































Bila perut dah kenyang, anak anak pun apa lagi, berbasikal keliling taman. Teruja , terus merengek dengan abah mereka, supaya dibelikan basikal serupa untuk mereka.

Selesai sarapan , Wan pun sampai, bertambah lagi 5 tetamu, maknanya pagi sabtu ni ada
15 tetamu dirumah kami. Moga kehadiran ini memurahkan rezeki kita bersama.


















Anisha Hanum sempat menunjukkan kebolehan bermain piano, kira Izzuddin harus tercabar dalam masa tedekat ni, jika beliau bersambil lewa belajar.

















Satu kenangan abadi.

Kami bergerak 2 kereta ke Pantai Merdeka. Selain dari mengekori Roziah dan Qilah ke Hari Keluarga, dapat juga membawa tetamu tetamu ni bersiar siar.


















Kak Yus, Pak Addang dan Nom di Pantai Merdeka.




















Adam dan Anisha Hanum




























Kami bergerak meninggalkan Pantai Merdeka untuk pulang ke SP. Saya sudah berura ura untuk ke Alor Setar, majlis perkahwinan anak anak Pcik Jamil dan Mcik Sarah. Dalam duk merancang, teringat kepada Raja Anuar, kawan ketat masa tingkatan 3-5 dulu.

Dia dah dalam perjalanan ke Alor Setar dari Selama, dan beria nak jumpa kami di sekitar Kota Kuala Muda. Maka berjumpalah lagi tetamu tetamu ni. Raja Anuar pun kawan kepada Osman, dan jugak pernah bertandang ke rumah Kak Yus di Padang. Kira gempaklah jugak kat kota kecil ni.

Osman meneruskan aktiviti sekeluarga di SP, saya dan Raja Anuar terus ke Alor Setar, paling tepat Bukit Pinang.

Pcik Jamil mula saya kenali diwaktu menunggu keputusan SPM. Pertama kali menjejakkan kaki ke Anak Bukit, berkenalan, hingga sekarang masih berutus khabar. Pcik Jamil pun ada anak sebaya kami, sayangnya Supardi dah pergi dahulu. Moga Rohnya aman di sana.
Raja Anuar adalah anak saudara beliau, kerana emak Raja Anuar adalah kakak kepada Pcik Jamil


Tahniah Pcik Jamil & Mcik Sarah. Dapat sepasang menantu perempuan serentak.



































Raja Anuar, Pak Andang dan Pak Latiff























Kenangan bersama Pcik Jamil. Dah lebih 26 tahun saya mengenali Pcik kepada Raja Anuar ni.


Kami bergerak meninggalkan Bukit Pinang dalam 1430. Ke arah bandar Alor Setar. Yang saya tahu tempat menarik di Alor Setar ni ialah Menaranya. Kira yang ke 19 tertinggi di dunia. Kearah lain saya tak pasti menariknya. Lama jugak kami disini, ditambah pulak hujan lebat, berkhemah terus.

















Di pintu gerbang Istana Anak Bukit
































































Masjid Zahir









































Kami balik terus ke SP selepas itu. Tak kemana dah, hanya sekejap dikedai Foto untuk 'burn' foto kedalam cd, supaya mudah dibawa ke Padang nanti..

Osman sekeluarga menetap di SP Inn, kira kira 1 km dari rumah saya, sememangnya Osman dan anak anak begitu, selalunya mereka bermalam di Kelab Cinta Sayang. Disebabkan penuh, hanya SP Inn yang dapat, kira oklah, sebab ada kolam untuk anak anak berendam,

Saya di rumah lebih kepada berbual kisah lama diawal perkenalan dengan Kak Yus di Padang, gara gara Rahman mengejar Siti Nurbayanya.

















Pagi Ahad,selesai rutin harian di pasar tani, kami pun bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Berakhirnya kenangan 4 hari 3 malam kak Yus sekeluarga di Kedah. Bergerak jam 0800, mengarah ke Pinang Tunggal. Wan Setuju menjadi teman pemanduan saya.















Kami singgah di kebun bendi milik peladang di kampung Ekor Kuching ni. Kak Yus begitu meminati kekacang ini, sebab jarang terdapat di Padang dan Bukit Tinggi. Dapatlah dibawa pulang biji benih untuk semaian di Padang nanti.


















Bertemankan Amar anak Wan, Izzuddin, kami bertujuh terus ke Sungai Penchala.
Sempat meminta maaf kepada Osman kerana tidak dapat melayan beliau sepenuhnya. Osman bergerak lewat tengahari ke Sri Iskandar untuk persedia pendaftaran Adam memasuki UiTM Perak nanti.






























Kami tiba di rumah Abang Bahari jam 1215, sudah tersedia makanan tengahari untuk kami. Selesai , dalam jam 1330, kami pun berpatah balik ke Utara. Letih tapi menyeronokkan. Sempat singgah ke Gerai No 11 hentian Sungai Perak untuk beli gulai
tempoyak .

Kami tiba di Sungai Petani jam 1830. Selesai satu episod.

Memang dah berura ura nak tidur awal malam ni. Tapi, agaknya bila terlalu letih, mata pun susah nak pejam. Handphone saya dah padam seawal jam 1830 tadi, tak mahu diganggu Putera nak beradu.

Tiba Tiba , Izzuddin menerpa ke bilik ni pulak," Abah, abah, auntie Faridah nak datang . Abah tidur dulu, sat gi kejut ."

Tidur dulu? Mana boleh, tamu nak datang ni


Latiff Hariri
2130 13062010
Sungai Petani

No comments: