Ahad malam tu, jam 2200 lebih sedikit, Faridah menalipon Roziah, katanya masih di Changlun, tapi berencana untuk singgah kerumah kami. Kami OK selalu.
Sebelum tu, petang Sabtu , semalam, Faridah ada bersms mengatakan baru bertolak dari Ipoh ke Padang Besar, nak join sama tak? Itu pertanyaan beliau kepada saya. Apakan daya, saya boleh merancang , tetapi, Dia yang menentukan. Bukan tak mahu, memang dah ada dalam rencana, tapi, dah ada tetamu bertandang, terpaksa meminta maaf dari Faridah sekeluarga.
Rupanya, Faridah masih berminat untuk singgah kerumah kami. Kecil rumah kami, SP Inn pun boleh kami aturkan. Dan mereka tiba dirumah kami menghampiri 0000 tengah malam. Saya terus 'menghadang' kereta mereka di parkir rumah. Bukan niat menghalang, lebih kepada, memang dah malam, tak kan nak jalan jugak!!
Itulah, orang dah letih, macam macam lah. Abg Man kata, masa talipon tadi, mereka ingat baru pukul 2000 mlm, jadi masih ok untuk bertandang kerumah orang. Tapi tersilap tengok jam, sebenarnya dah melebihi jam 2200. Itulah, orang dah letih, tengok jam pun dah bercelaru jarumnya.
Itu yang jadi terang mata saya ni, menanti Faridah dan Abang Man sekeluarga. Tertanya tanya, dah makan malam ke mereka ni?
Jam 2345 baru Abang Man menalipon , sudah keluar Tol SP Utara, dan saya berdua dengan Izzudin terus menjemput mereka di tepi jalanraya. Tepas jam 0000 14062010, mereka memasuki rumah kami.
Hm, sempat pulak Faridah ni bawa keluar 2 bungkus bubur kacang dan 2 bungkus laksa Perlis. Aik, kata dah makan, ada bungkus lagi. walaupun mereka berkeras mengatakan mereka dah makan, tapi, kenalah hidang jugak. Kira 'supper'lah.
sambil berborak didapur, saya menggoreng cempedak, sebab dah semerbak baunya didapur ini.
Ni makan tengah malam , nak tunggu Bola WorldCup lambat lagi. Yang berbungkus dah siap terhidang, kena tunggu pcik Latiff menggoreng cempedak sekejap.
Sambil makan, bersembang majlis perkahwinan di Padang Besar,bertandang dirumah Amran, tidur hingga ke maghrib sebab terlalu letih. Itu yang ceria sangat sangat hinggakan terlupa jam dah melepasi 2200 .
Jam 0200 baru semua masuk kebilik. Itu pun dua anak 'teruna' mereka tidur depan tv, kununnya nak tengok bola, tapi, bola yang tengok mereka. Hahaha.
Seperti pagi Sabtu lalu, saya terpa pokok cempedak dahulu, dapat lagi 2 biji, jadilah buat sarapan. Sementara tu Roziah dah siapkan nasi lemak untuk sarapan. Kira nak tunjukkan 'skill' kepada 2 orang tukang masak dari Ipoh ni. Siap diberi petua lagi macam mana nak lemakkan nasi lemak tanpa santan kelapa yang banyak.
Kami bertiga sarapan dahulu, sementara menanti yang lain bersiap. sempatlah Faridah melihat foto foto lama simpanan kami.
Selesai sarapan pun dah menghampiri jam 1100, Faridah dan Roziah masih didapur. Abang Man macam lelaki yang lain, ambil oksigen bila kekenyangan. Melepak kami di buaian luar. Barulah saya buka cerita aktiviti saya semenjak bermastautin di Sungai Petani ni. Terus dia masuk semula kerumah, tengok yang itu, tengok yang ini, kedapur, tengok lagi. Faridah pun sama, terus keluar, bilik setor diluar yang berserabut tu mereka masuk, lihat lihat apa yang berbaki.
" Patutlah pun, saya ingatkan Latif peminat Jati. Hinggakan bilik air pun ada kayu jati, rupanya....." Itu kata kata abang Man.
Faridah dah mula 'merengek ' nak yang itu, , yang ini. Hahaha, tiada niat ya, sekadar nak habiskan stok didalam rumah ni aje. Kalau nak sesama kita ke Jawa untuk belajar dengan saya , memang saya sudi sangat sangat.
Hampir jam 1200 baru Abang Man dan Faridah bergerak meninggalkan Taman Teratai Indah . Kami memang gembira dengan kehadiran Faridah sekeluarga ni. Begitu jua seterusnya kepada rakan rakan yang lain. Rumah kami sentiasa terbuka untuk semua, terutamanya kalau ada anak anak yang akan sambung belajar diUiTM Merbok, tak pun yang bercuti. Sudi sudikan lah.
Kami yang sepatutnya berterima kasih kepada Abang Man dan Faridah, yang sudi membawa 'rezeki' memasuki rumah kami ni.
Tak terucap rasanya kepuasan bila ramai tetamu yang bertandang kerumah kami sepanjang percutian ini. Letih?! Adalah sikit, tapi, bukannya selalu, memang dah 'standby' dengan setiap kali percutian sekolah.
Jangan serik tau, datanglah lagi.
Latiff Hariri
2100 14062010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment