Bee Gees

Sunday, 11 July 2010

MERISIK RAKAN SRJK(I) LENGGONG

Sebenarnya , sepanjang akhir June 2010 yang lalu, di pejabat, saya melayari nama rakan rakan sekolah, yang tiba tiba datang menerpa, walaupun sebelum ini saya terfikir , nama siapakah lagi yang hampir terpadam didalam ingatan ini. Layar punya layar, jumpalah dua atau tiga nama yang sepadan, cuma nombor negeri tercatit bukan asalnya Perak.

Nama yang saorang ini , saya pasti orang yang saya cari. Tapi, sepertimana setiapkali nama perempuan ni, saya jadi ragu ragu , mungkin jugak agak segan untuk mulakan.

Di rumah, saya utarakan nama beliau serta no talian Hp kepada Roziah. Kalau dia pun segan, inikan saya.

29 Jun 2010, dalam perjalanan pulang dari pejabat, tetiba perasan berani muncul pada diri saya. Setibanya di gerai tomyam berhampiran( Ya, mlm tu, makan lauk tomyan bungkus aje, tak ada selera nak makan masakan di rumah), sebaik aje memesan makanan, terus saya dail no talian pejabat beliau. Berbunyi....

"Hallo.... , ini Cik .....................?". Permulaan bualan yang baik.

"Ya, saya...? Balas penerima panggilan.

" Saya membuat panggilan dari .......Adakah ini Cik .............yang asalnya dari Lenggong?" Soalan utama, samaada perbualan bakal diteruskan, atau ditamatkan sahaja.

" Ya, saya ................., ya, saya asal Lenggong", jawapan ini cukup untuk pengesahan , inilah orangnya. Kalau dia jawab bukan pun, mustahil ada yang nama serupa pada tahun kelahiran dan negeri yang sama tercatit didalam KP beliau.

" Saya Latiff dari Sungai Petani, kawan sekolah anda." Jawapan menduga saya.

" Latiff!!!! Monitor darjah 1 dan 2 tu!!. Eeee, mcm mana boleh dapat nombor talipon saya ni? Apa Khabar? Ada dimana sekarang ni?" Aik , saya pulak yang ditemuduganya.

Saya mengatakan, bahawa nama dan no telipon beliau, saya perolehi di pejabat saya. Beliau kata sememang saya pandai mencari beliau. Kami bertukar tukar maklumat , sepanjang peninggalan dari pekan Lenggong . Ternyata beliau mempunyai 2 orang anak, dan saya sudah punya 3 . Banyak kenangan manis waktu SRJK dan SMDA di ketengahkan oleh beliau.

" Eh , di mana Faridah ek? Saya rapat dengan dia masa sekolah?" itu yang beliau tanya.

Saya perjelaskan tentang mini reunion di majlis perkahwinanan tempohari.
Agak lama kami berbual, saya rasa pesanan makanan saya pun dah lama siap.

" Adakah saya rakan......u, yang pertama u call". Soal beliau.

Saya ia kan aje. Memang pun. Saya pun menyebut 2 rakan seangkatan beliau yang masih saya ingat namanya. Dan beliau menambah lagi saorang rakan , yang sudah bermastautin di Amerika, sedangkan yang lagi saorang tu, berada di Kota Bharu.

Sebelum itu, nama rakan yang di Kota Bharu ni terpapar di PC pejabat saya, kenapa alamatnya Kelantan, kini terjawab.

"Agaknya, selain dari Faridah, siapa rakan perempuan Melayu yang rapat dengan u, masa SRK dulu?" Saya cuba memancing ingatan beliau terhadap Roziah.

"Hmmm. Faridah...., Haniza......Roziah....., Haniza ada di Johor ya?" hanya tiga nama yang mula bermain diingatan beliau.

"Tak lah, dia di Bangi. Itu aje nama yang u ingat ke? Mcm ni lah, saya rasa kita pun dah lama berbual ni. Nanti malam saya call lagi boleh? Ada surprise " . Saya terpaksa tamatkan perbualan yang saya jangka melebihi 15 minit ini, bukan bosan, saya menalipon beliau di pejabat beliau, dan ternyata beliau masih bekerja.

"Boleh, kenapa? Nak ajak dinner ke? U ada di KL ke?" Makin 'excited kawan kita ni.

" Tak , ada lah, nanti saya call, saya kat Sungai Petani, nanti malam ada sesaorang yang akan menalipon u" . Jawab saya.

Ternyata, bukan saya saorang yang teruja, beliau pun sama. Ditanyanya saya, siapa yang akan telipon beliau nanti. Tak sampai hati pulak saya.

"Macam ni lah, kawan baik u Roziah akan talipon u. Kami berdua suami isteri."

"What?!! Mcm mana ni? " Dan beliau mula ketawa . Ya saya faham, masa darjah 1 & 2, saya dan Roziah tak rapat langsung , walaupun pernah duduk bersebelahan. Mungkin beliau pun tahu kisahnya.

Setiba di rumah, terus saya dial no talian beliau, dan menyerahkan Hp kepada Roziah. Roziah tertanya, siapa? Saya kata jawab ajelah, dan Roziah yang di'surprisekan, bukan lagi beliau.

Dan mereka berdua ketawa besar senja tu. Saya cuma pasang pasang telinga aje. Dah agak dah, soalan soalan yang akan beliau 'persoalkan ' kepada Roziah. Saya kira mereka berdua pun berbual panjang.

Mulai dari saat itu, saya , Roziah dan Chew Ka Gee menjadi rakan SMS dan email paling rapat terkini .

Terima kasih Ka Gee. Kisah kisah menarik anda, tersimpan didalam rahsia hati kami berdua, itu yang pasti. Pasti, bila kami turun ke Lenggong, kami akan menjengok emak anda.

Begitulah kisahnya. Hati saya memang tersentuh bila saya masih diingati rakan rakan walaupun hanya bersama selama dua tahun.

Memang ada yang kurang mengingati saya, itu tak menjadi soal , yang penting, kini saya telah menjadi sebahagian dari kenalan anda. Rakan SMDA yang saya tak pernah kenalpun, dah jadi rakan FB saya, inikan rakan SRJK.

Lepas ni siapa pulak akan menjadi 'mangsa' saya. Saya akan terpa lagi rakan rakan SRJK(I) dan SRKE VII-I selepas ini. Tunggu ajelah.

Ramadhan pun makin menjelang, tak nampak pun tanda tanda anak bulan Reunion bakal menjelang Syawal ni....., hmmm....


Latiff Hariri
1125 11072010
Sungai Petani

No comments: