Hujung minggu ini dijangkakan tidak membosankan. Selain dari kunjungan Ariff Kashani Abul Rahman bersama emaknya tanpa diduga itu, saya sudah menduga bersama Din Selamat untuk sama bertemu pada petang Ahad ini. Pada awalnya Din mengajak saya mencuba Mee Udang Sungai Dua, saya terima aje walaupun saya sudah ada aturcara sendiri untuk menyambut kedatangan Din sekeluarga. Terus terang, saya tak lah teruja untuk membawa rakan rakan jauh ini untuk menjamu selera di Mee Udang Sungai Dua itu.
Tunggu punya tunggu, pukul 640 petang baru Din Selamat menghubungi saya, dan satu temu janji saya aturkan. Makan malam bersama.
Tidak saya lupakan rakan rakan berdekatan. Saya jemput juga Faizan sekeluarga, ZulRahim Sekeluarga dan Badrul Hisham sekeluarga. Saya tidak warwarkan awal bagi mengelakkan dari mangganggu rencana rakan rakan yang saya pasti sudah direncana terlebih awal.
Terima kasih semua , dengan baik mereka menolak. Ada yang berada di Trengganu, ada yang berada di Kuala Lumpur dan ada yang berada di bandar kenangan, Taiping. Jadi kami dua keluarga ajelah nampak.
Janjinya bertemu di TOL BKE , tetapi untungnya Din membawa anak buah beliau Ustaz Hafiz , yang merupakan orang Bukit Mertajam.
Kami bertemu disini sekitar pukul 845 malam. Memang susah nak percaya didalam jalan kampung yang kecil ini, terdapat sebuah restoran yang boleh dibanggakan.
Faiqah - jangan silap ya, yang ini Faiqah Latiff, yang itu Najwa Latiff
Yang menyeronokan saya adalah apabila abang kepada Din, yang mahu turut serta meraikan makan malam ini, yang saya jangkkan hanya 8 orang, kini menjadi 12 orang.
Abang Nirman Kamal, Ustaz Muhammad Hafiz dan Nafiz Nirman.
Anak anak cuba menggoda Dhiya malam ini, kurang mendapat perhatian dari Dhiya. Dhiya masih malu malu.
Buku menu yang besar serta berwarna warni dengan foto hidangan yang pelbagai.
Kami terus memesan makanan. Terbahagi kepada 2 pilihan utama dari kami, Nasi Beriayani Kambing dan Steak Kambing/Arnab . Serta hidangan airnya, Air Kelapa Susu Kambing.
Saya menanya kepada pelayan, apakah kami perlu menunggu lama untuk menanti pesanan makanan. Jawapannya, tidak, kerana nasi sememangnya sudah tersedia, cuma perlu menanti masakan steak sahaja.
Adakah melebihi 30 minit? Saya masih mahu menduga. Ini kali pertama saya kesini, dan saya mahu memastikan layanan terbaik.
Tidak melebihi 30 miniti sudah tiba pesanan steak pertama.
Ya! Ini layanan terbaik.
.
Nasi Beriaya Kambing Power
berserta cendawan goreng.
Steak arnab pilahan Najwa Latiff, hahaha.
Din melayan buah hati kesayangannya nya.
Sebenar acara ini tidak perlu, tetapi dek kerana anak anak sudah mahu pulang ke asrama masing masing keesokkan harinya, jadi acara menyambut hari ulang tahun ini dikedepankan supaya dapat diraikan bersama ibu mereka.
Doa selamat dari Uztaz Nafiz.
Satu foto kenangan bersama dari warga Taiping. Terima kasih kepada abang Nirman sekeluarga, Din Selamat Sekeluarga yang sudi bersama kami pada malam ini.
Acara berakhir sekitar pukul 11 malam. Itu pun kerana Din sekeluarga mahu berziarah ke rumah keluarga di Pulau Pinang pulak, pada malam ini jugak.
Terima kasih Din!!
Latiff Hariri
0838 31122011
Sungai Petani
1 comment:
Alhamdullilah. Trima Kasih banyak-banyak Latiff & family. Harap-harap bila Dhiya dah besar nanti, dia dapat view page ni. Friends forever :)
Post a Comment